Pengenalan dan Latar Belakang


Hijrah Menara Gading atau disingkatkan sebagai HIMEGA adalah merupakan sebuah program untuk memberi kefahaman dan kesedaran kepada bakal mahasiswa agar lebih mempersiapkan diri dengan cabaran-cabaran yang akan mendatang.

Pada peringkat awal, HIMEGA dilaksanakan sepenuhnya di bawah HALUAN Malaysia, sebuah badan bukan kerajaan yang telah menjalankan pelbagai program kebajikan di dalam mahupun luar negeri. Namun sekarang, perlaksanaannya telah diberikan sepenuhnya kepada HaluanSiswa. Namun, HALUAN Malaysia masih memantau pergerakan dan perjalanan program ini

Objektif


  • Mendedahkan para peserta tentang kepentingan menyambung pengajian sehingga ke peringkat Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan menjadi mahasiswa yang cemerlang dalam semua aspek fakulti insan.
  • Mengenal potensi diri dan menyalurkannya kepada jalan yang benar berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah dalam merealisasikan usaha kerajaan membentuk masyarakat berfikiran glokal
  • Mengenalpasti kursus dan kerjaya berdasarkan minat dan kelayakan para peserta
  • Membawa para peserta tampil ke dalam masyarakat bersama kefahaman dan ilmu yang jelas.

Tema


"Nurturing 'Alim Mujahid"

Yuran


RM70 / peserta ( makanan, penginapan, nota, fail, dan sijil )

Pemakaian


  1. Sila pastikan anda memakai pakaian yang sesuai pada sepanjang program.
  2. Semasa majlis perasmian, bagi lelaki anda perlu memakai baju kemeka-L dan seluar slack, manakala bagi peserta wanita, anda perlu memakai tudung berwarna cream atau putih

Pengangkutan


Sekiranya anda memerlukan pengangkutan untuk ke tempat program, sila hubungi saudara Azam( 0132988003 | azam_sa92@yahoo.com ) atau saudari Sharifah ( 0133575234 | insafidaiman@yahoo.com )

Pengangkutan akan disediakan dari stesen-stesen berikut ke tempat program

  • Hentian sebelah UPM-Serdang, lebuhraya utara-selatan
  • Stesen bas Kajang
  • Stesen ktm Bangi

Tentatif penuh program boleh dilihat di sini.


Daftar


Tajaan