H A L U A N S i s w a

Bersahsiah Dekat & Bererti

You are here: Laman Utama Berita HS HS Wilayah Utara Outbound Gunung Jerai Anjuran HALUANSiswa Wilayah Utara

Outbound Gunung Jerai Anjuran HALUANSiswa Wilayah Utara

E-mail Print PDF

GUNUNG JERAI, 25 Julai - Kelab Siswa HALUAN Malaysia (HALUANSiswa) Zon Utara dengan

kerjasama Kelab Diskusi Islam, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) telah berjaya mengadakan program Outbound Gunung Jerai 2009 dari 25 hingga 26 Julai lalu. Program yang diadakan di Pusat Rekreasi Gunung Jerai ini telah dihadiri oleh 80 orang peserta yang terdiri daripada mahasiswa yang datang dari Institusi Pengajian Tinggi (IPT) bahagian wilayah zon utara termasuk pelajar PTSS sendiri. Tema program pada kali ini ialah “Jadikan Hidup mu Semanis Coklat”.

 

Pendaftaran awal program ini telah pun bermula semenjak dua minggu sebelum program. Para peserta yang berminat sebahagiannya telah mengisi butiran diri secara online dan sebahagiannya menghantar khidmat pesanan ringkas (sms) untuk diproses oleh urusetia program bagi memudahkan pendaftaran.

Program ini memberikan pengalaman yang berharga kepada para peserta XPDC Gunung Jerai kerana persekitaran kawasan program yang mengekalkan keaslian flora dan fauna alam. Keadaan ini telah dimanfaatkan sepenuhnya oleh pihak urusetia dengan merangka aktiviti dan modul yang bersesuaian dengan tempat tersebut. Bermula sejak hari pertama selepas pendaftaran, para peserta telah melalui aktiviti pendakian Gunung Jerai yang sangat mencabar. Peserta dikehendaki mendaki sejauh lebih kurang 9 hingga 10 km untuk sampai ke kawasan perkhemahan program. Pengisian rohani diisi juga oleh Cikgu Azmi Bahari dan Ustaz Sharihan Shahidan semasa pendakian gunung kerana program ini mementingkan aspek rohani di samping aspek jasmani. Setelah sampai, para peserta menikmati air mata air semula jadi di pusat rekreasi tersebut. Airnya sejuk seperti baru keluar dari peti sejuk dan sangat sesuai diminum. Berbagai-bagai modul dirangka untuk menepati tema program ini. Pada sebelah malamnya pula, para peserta melalui aktiviti Ta’aruf dan Ice-Breaking yang hanya berbekalkan lampu suluh. Aktiviti ini sangat berkesan kerana para peserta lebih mudah berkongsi rasa dan pendapat.

Program diteruskan pada hari kedua dengan aktiviti yang lebih mencabar. Selepas qiamullail, solat subuh, kuliah subuh dan sarapan, para peserta dibawa merentas puncak Gunung Jerai. Para peserta perlu melalui kawasan sungai dan hutan berjam-jam lamanya , melepasi halangan dan sebagainya. Selepas sampai ke puncak, peserta kemudian dibawa singgah berehat ke tempat bersejarah di sana iaitu Telaga Tok Sheikh di mana airnya sangat sejuk dan mengandungi kandungan mineral yang tinggi. Kemudian pengisian rohani telah disampaikan oleh Cikgu Azmi Bahari dan Ustaz Sharihan Shahidan.

Menurut pengarah program, saudara Ahmad Ikhwan Bin Rosli, program ini walaupun kelihatan santai, tetapi sebenarnya penuh dengan modul-modul yang dirangka untuk memenuhi objektif program. Ia dapat membina rasa ukhuwah yang mendalam di antara peserta serta menguji ketahanan mental dan fizikal peserta, menurut beliau lagi program ini diharapkan dapat menjadi titik tolak dalam pelaksanaan program yang lebih efektif di masa hadapan selain dapat mengelakkan berlaku masalah komunikasi kelak. Alhamdulillah tiada kemalangan jiwa dilaporkan sepanjang program ini berjalan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak Pusat Rekreasi Gunung Jerai kerana menyediakan tempat program yang menarik. Tidak dilupakan juga kepada urusetia dan HALUAN Malaysia sendiri yang menyokong program ini.

 

Siapa Kami?

Kelab Siswa HALUAN Malaysia (HALUANSiswa) ialah sebuah kelab yang ditubuhkan di bawah HALUAN Malaysia. Kelab ini menjadi platform kepada ahli-ahli yang terdiri daripada semua mahasiswa institusi pengajian tinggi awam dan swasta sama ada di dalam atau di luar negara untuk bergabung tenaga bagi menjayakan visi dan misi HALUAN. PPM 969/88

Who's Online

We have 11 guests online

Counter

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday194
mod_vvisit_counterYesterday460
mod_vvisit_counterThis week1551
mod_vvisit_counterLast week3292
mod_vvisit_counterThis Month7399
mod_vvisit_counterAll days339620