H A L U A N S i s w a

Bersahsiah Dekat & Bererti

You are here: Laman Utama Bicara Pengerusi Ramadan Menjana Taqwa & Masuliyyah HALUANSiswa Pada Masa Sekarang

Ramadan Menjana Taqwa & Masuliyyah HALUANSiswa Pada Masa Sekarang

E-mail Print PDF

Assalamualaikum wbt,

Sahabat dan akhowat HALUANSiswa sekalian,

Marilah sama-sama kita mempertingkatkan ketaqwaan kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala dengan terus komited terhadap perintah Allah Subhanahu Wa Ta'ala, suruhan dan tegahan-Nya.  Dan marilah kita terus bersyukur kepada-Nya kerana kita dipanjangkan umur, bertemu dan berada dalam bulan Ramadan al-Mubarak.  Bulan yang agung dan penuh keberkatan serta diliputi suasana didikan dan latihan bagi melahirkan insan yang bertaqwa dalam erti kata yang sebenarnya.

Ustaz Said Hawwa dalam kitabnya Al-Islam pernah menyatakan bahawa,  Ramadan pada hakikatnya adalah  umpama sekolah.  Ertinya tempat, masa, suasana dan persekitaran didikan yang khusus lagi istimewa dan tiada bandingannya.  Kelebihan dan fazdilatnya adalah ditentukan oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala

Didikan pertama dan utama daripada madrasah Ramadan adalah didikan iman.  Bulan Ramadan menurut Dr. Muhamaad Al Bahi, adalah bulan iman.  Ini kerana semua amalan yang dilaksanakan oleh orang-orang yang benar-benar berpuasa di dalam bulan Ramadan melambangkan amalan yang lahir daripada keimanan kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan memperilihatkan keteguhan iman serta kekuatan hubungan dengan ajaran Islam.  Sekaligus didikan iman itu adalah didikan ruh – jiwa ditazkiyah dengan didikan iman melalui ibadah siyam, qiyam Ramadan, tilawah quran, istighfar, do’a dan amalan-amalan syar’i yang mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

 


Sahabat dan akhowat HALUANSiswa sekalian,

Kedudukan kita di peringkat mana sekalipun dalam medan 'amal Islami adalah tanggungjawab yang besar dan amanah yang berat.   Ia bukan kemegahan dan kehormatan.   Ia adalah tanggungjawab atau amanah deen yakni mengajak manusia kepada Rabb al 'Alamin atau mencapai matlamat mengapa manusia dijadikan di atas muka bumi ini. Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala yang bermaksud:

"Tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk ber'ubudiyyah kepadaKu."

51:56

Deen Islam bukan merupakan deen individu atau deen nafsi-nafsi tetapi ianya merupakan deen ummah yakni deen yang mencakupi sistem-sistem dan peraturan hidup manusia secara bermasyarakat.

Mas'uliyyah Islam yang sama-sama kita pikul ini adalah hasil dari kesedaran kita terhadap tanggungjawab deen yang dipilih oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala supaya kita berada di dalamnya. Lahir dari ikatan iman, timbul dari 'ubudiyyah kita kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala bukan dari maslahat, kepentingan atau dorongan yang murah dan bersifat duniawi semata-mata, firman Allah Allah Subhanahu Wa Ta'ala:

"Dan mereka tidak disuruh atau diperintah melainkan untuk ber'ubudiyyah kepada Allah, ikhlas kerana Allah Subhanahu Wa Ta'ala mengikut deen-Nya."

98:5

Kesedaran rasa mas'uliyyah yang lahir dari iman yang suci ini sentiasa hidup segar di sanubari kita setiap masa dan ketika, berperanan dalam menghasilkan kerja-kerja Islam di mana sahaja dan apa jua kerja yang diamanahkan kepada kita kerana ianya merupakan hakikat perlaksanaan 'ubudiyyah kita kepada Allah subhanahu wa ta'ala semata-mata. Rasa mas'uliyyah yang bersih kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala ini akan menghindarkan kita dari gejala-gejala syirik yang sangat ditakuti oleh Rasulullah salallahu 'alaihi wasallam menimpa ummatnya:

"Syirik yang tidak nampak itu lebih sulit dari semut yang hitam di malam yang gelap."

Mas'uliyyah ini akan meletakkan seseorang itu di kedudukan yang tinggi, mulia dan terhormat sebagai seorang insan hamba Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Dengan kesedaran dan rasa mas'uliyyah atau tanggungjawab terhadap deen inilah kita duduk bersama-sama untuk menyempurnakan ta'abbud kita kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

Sudah semestinya da'wah yang diberkati oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala ini sedang melalui tahap baru dalam tugas dan perancangannya. Kita telah maklumi bahawa da'wah Islamiyyah perlu menekankan aulawiyyat atau keutamaan dalam perencanaan dan perlaksanaannya supaya kita dalam konteks HALUANSiswa dapat melaksanakan matlamat dasar HALUAN itu sendiri.



Sahabat dan akhowat HALUANSiswa sekalian,

Sebenarnya tanggungjawab atau tugas yang dimainkan oleh HALUANSiswa sungguh banyak dan bermacam-macam pula. Secara keseluruhannya boleh dibahagikan kepada tiga iaitu:

1. Insyaa jil qiyaadiy - mengasaskan generasi kepimpinan

2. Ihkamu tandzim - mengemaskinikan organisasi

3. Mujaabah at tahaddi - menghadapi cabaran


1. Pembinaan generasi kepimpinan (Jil Qiyaadiy)

Pembinaan ini menjadikan perkara asas atau utama bagi setiap organisasi yang ingin maju dan berkembang dengan memperluaskan tenaga dan bidang kepimpinannya.  Kita tidak dapat membina jil Qiyadiyy melainkan dengan perancangan dan program yang lengkap dan menyeluruh. Antaranya dengan:

  • Mengadakan kursus kepimpinan secara intensif bagi mempertingkatkan barisan kepimpinan HALUANSiswa dengan  da'wah Islamiyyah dari segi rohani, tsaqafi atau 'aqli dan organisasinya.
  • Mengadakan bengkel-bengkel  yang betul-betul praktik dan berkesan serta mempertingkatkannya dari masa ke semasa dengan berbagai-bagai metod yang berkesan.
  • Menyuburkan ruh dialog yang sihat, penuh mesra di kalangan HALUANSswa dan juga di antara organisasi-organisasi Islam  yang lain. Tanpa merasa tinggi atau sebagainya.  Kita mempraktikkan pendekatan dengan organisasi Islam lain untuk mereka juga dapat turut serta menjayakan melaksanakan kerja-kerja mendidik dan berbakti kepada masyarakat, insyaAllah.
  • Mengembangkan atau memperbanyakkan spesialisasi  atau kemampuan takhassus dalam bidang keilmuan  tertentu untuk melahirkan tenaga yang kreatif dalam berbagai-bagai lapangan hidup agar dapat memberi manfaat kepada Islam.
  • Latihan 'amal 'amali dalam berbagai-bagai kehidupan yang berfaedah yang ada konteks dengan da'wah dan tarbiyyah Islamiyyah.
  • Mengeluarkan sebaran-sebaran, brosur, blog dan sebagainya bagi menolong perkembangan da'wah dan tarbiyyah dari masa ke semasa.

 

2. Mengemaskini tandzim (organisasi)

Ianya bermaksud:

  • Mengawas, mengendalikan organisasi tanpa berlaku sebarang kecuaian.
  • Mengadakan perancangan, peraturan, panduan dalam rangka pengawasan dan pengendalian yang tersusun.
  • Mengadakan senarai tugas atau tanggungjawab dalam berbagai-bagai peringkat dalam HALUANSiswa supaya organisasi dapat memainkan peranannya dengan rapi dan tersusun
  • (Yang penting dalam mengemaskinikan tandzim ialah) Memperkuatkan hubungan ukhuwwah di antara ahli-ahli HALUANSiswa.
  • Memudahkan penyaluran atau penyimpanan maklumat, arahan-arahan dan berita-berita di antara HALUANSiswa.
  • Menyebarkan tentang kerja-kerja atau usaha-usaha untuk melahirkan pelapis-pelapis dan penambahan relawan dengan menitikberatkan aspek TARBAWI kerana kita rasakan aspek tersebut beransur-ansur lemah sejak kebelakangan ini.
  • Dengan memberikan perhatian yang serius dan sungguh-sungguh pada aspek ini akan melahirkan perkembangan dan penambahan ahli yang sihat dan berkesan kepada HALUAN dari masa ke semasa.

 

3. Menghadapi cabaran

Dapat kita lihat bahawa  organisasi Islam menghadapi cabaran dari musuh Islam.   Musuh Islam bekerja tanpa henti untuk menghancurkan Islam.  Justeru itu, perlulah bagi kita membuat perancangan dalam banyak perkara bagi menghadapi cabaran tersebut. Sebagai contoh:

  • HALUANSiswa perlu memberi penekanan tau'iyyah yang menyeluruh dan tarbiyyah yang dapat mengawal dari berlakunya penyelewengan atau dibawa kepada masalah-masalah juziyyah yang merugikan tenaga para du'at semata-mata.
  • HALUANSiswa perlu turun ke dalam masyarakat kampus dan masyarakat umum dengan berbagai-bagai rupa dan bentuk aktiviti, sejajar dengan kemampuan dan zuruf.
  • HALUANSiswa perlu mempastikan segala kegiatan da'wah perlu berlandaskan syara' agar ikatan masyarakat dengan kita adalah ikatan 'aqidah.

 

Sahabat dan akhowat Haluansiswa sekalian,

Ringkasnya, sayugialah kita memberikan perhatian yang serius kepada ketiga-tiga aspek di atas. Penyediaan yang rapi dari segi perancangan dan tarbiyyah amatlah perlu dalam menghadapi cabaran dari musuh Islam. Ianya perlu disegerakan dan tidak boleh ditangguh-tangguhkan lagi memandangkan suasana yang ada dan keadaan masyarakat yang sofistikated dalam realiti sekarang ini.

InsyaAllah, dengan penjelasan yang ringkas ini akan memberikan satu kesedaran atau rasa masuliyyah untuk kita turut serta dalam usaha MENDIDIK dan BERBAKTI. Kita perlu hadamkan perkara-perkara ini supaya kita akan menyedari hakikat kita yang semestinya memikul tanggungjawab tarbiyyah dan takwin yang diamanahkan kepada kita. Semoga sahabat dan sahibah HALUANSiswa dapat maju jaya dalam bidang pelajaran, kegiatan da'wah dan tarbiyyah yang sama-sama kita pikul ini.

Al faqir ilallah,



Sdr Solehuddin Shuib
Pengerusi HALUANSiswa
Shah Alam, Selangor
07 Ramadan 1430

 

Siapa Kami?

Kelab Siswa HALUAN Malaysia (HALUANSiswa) ialah sebuah kelab yang ditubuhkan di bawah HALUAN Malaysia. Kelab ini menjadi platform kepada ahli-ahli yang terdiri daripada semua mahasiswa institusi pengajian tinggi awam dan swasta sama ada di dalam atau di luar negara untuk bergabung tenaga bagi menjayakan visi dan misi HALUAN. PPM 969/88

Who's Online

We have 12 guests online

Counter

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday270
mod_vvisit_counterYesterday469
mod_vvisit_counterThis week2050
mod_vvisit_counterLast week3676
mod_vvisit_counterThis Month4824
mod_vvisit_counterAll days291788