H A L U A N S i s w a

Bersahsiah Dekat & Bererti

You are here: Laman Utama Bicara Pengerusi Post Mortem Ramadhan

Post Mortem Ramadhan

E-mail Print PDF

Assalamualaikum wbt,

Sahabat dan akhowat HALUANSiswa sekalian,

Tahniah kepada sahabat dan akhowat yang sudah berjaya melalui madrasah Ramadan dengan jayanya. Eid Mubarak. Taqabbalallahu minna wa minkum, siyamana wa siyamakum.

Selamat menghabiskan puasa sunat 6 syawal, insyaAllah.

Diriyawatkan daripada Abu Ayyub Al Ansari ra, bahawasanya Nabi SAW bersabda:

"Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan lalu diiringi dengan enam hari bulan Shawal, maka seolah-olah ia telah berpuasa sepanjang masa (setahun)"

Menurut huraian daripada kitab Fiqh Sunnah karangan Sayyid Sabiq, pahala setahun itu diperolehi daripada formula berikut:

Setiap kebaikan akan diberikan ganjaran 10 kali ganda.
~ Jika 1 bulan, ianya akan menjadi 10 bulan.
~ Jika 6 hari puasa sunnat = 60 hari = 2 bulan.

Oleh itu, 10 BULAN + 2 BULAN = 12 BULAN = 1 tahun.

 

Sahabat dan akhowat HALUANSiswa sekalian,

Tema perbincangan pada kali ini masih berkisar mengenai post mortem Ramadan, iaitu bagaimana nak mengelakkan berlakunya futur selepas Ramadan?

Semasa membuat persediaan ceramah Ramadan untuk staf-staf di Kilang Denso, Bangi baru-baru ini saya sempat membelek-belek kitab kecil yang dikarang oleh Sheikh Wajdi Ghunaim yang bertajuk, ‘Maza ba’da Ramadan?’ Antara isi kandungan yang dikongsi beliau ialah: Janganlah kita menjadi hamba Ramadan. Kita semua perlu menjadi hamba Allah SWT. Usahlah kita hanya giat melakukan pelbagai ibadah di dalam bulan Ramadan sahaja. Tetapi di bulan-bulan yang lain, kita terus menjadi lemah dan futur. Ujar beliau lagi, tuhan kita bukan di bulan ramadan sahaja. Tuhan kita juga adalah dalam bulan Shawwal dan 11 bulan yang lainnya. Justeru itu, marilah kita berusaha agar fenonema futur ini tidak berulang seperti tahun-tahun yang sebelum ini.

 

Sahabat dan akhowat HALUANSiswa sekalian,

Saya tertarik dengan penulisan oleh Solikhin Abu Izzuddin di dalam kitabnya berjudul, Management Ramadan. Beliau menjelaskan ada 10 indikasi seseorang itu gagal meraih keutamaan Ramadan. Antaranya ialah seperti berikut:-

1. Kurang optimal melakukan warming up dgn lakukan ibadah sunat di bulan Rejab dan Sya'ban.

2. Ketika sasaran pembacaan Al Quran disasarkan, minimumnya 1 kali khatam tidak terpenuhi selama satu bulan Ramadzan.

3. Ketika puasa tak menghalangi seseorang dari penyimpangan mulut seperti membicarakan keburukan orang, mengeluarkan kata-kata kasar, membuka rahsia, mengadu domba, menebar fitnah, berdusta dan sebagainya.

4. Ketika puasa tidak biasa menjadikan pelakunya berupaya memelihara mata dari melihat yang haram.

5. Ketika malam-malam Ramadan menjadi tak ada bezanya dengan malam selainnya.

6. Jika saat berbuka puasa menjadi saat melahap semua keinginan nafsunya yang tertahan sejak pagi hingga petang.

7. Ketika bulan Ramadan tidak dioptimalkan utk banyak mengeluarkan infaq dan sedekah.

8. Ketika Eidul Fitri lebih sibuk dgn persiapan lahir dan tidk memasukkan perbekalan ruhani sebanyak-banyaknya pada 10 hari terakhir utk memperbanyak ibadah.

9. Ketika Edul fitri tiba, dirayakan laksana hari merdeka, seperti orang yang keluar dari penjara; dan kembali melakukan perbagai penyimpangan.

10. Setelah Ramadan, nyaris tak ada ibadah yang tidak diteruskan di bulan selanjutnya


Sahabat dan akhowat HALUANSiswa sekalian,

Sebagai penutupnya,

Mari teruskan diri kita dgn ‘amal dalam Ramadan agar berterusan melalui perancangan di dalam unit-unit halaqah anda.
i. Qiyam
ii. Baca quran
iii. Sadaqah
iv. Puasa sunat 6

Semuanya ini adalah bekal untuk kita melakukan amar makruf, nahi munkar dan jihad fi sabilillah.

 

Sdr Solehuddin Shuib
Pengerusi HALUANSiswa Nasionall

Shah Alam, Selangor

 

Siapa Kami?

Kelab Siswa HALUAN Malaysia (HALUANSiswa) ialah sebuah kelab yang ditubuhkan di bawah HALUAN Malaysia. Kelab ini menjadi platform kepada ahli-ahli yang terdiri daripada semua mahasiswa institusi pengajian tinggi awam dan swasta sama ada di dalam atau di luar negara untuk bergabung tenaga bagi menjayakan visi dan misi HALUAN. PPM 969/88

Who's Online

We have 11 guests online

Counter

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday31
mod_vvisit_counterYesterday469
mod_vvisit_counterThis week2641
mod_vvisit_counterLast week3253
mod_vvisit_counterThis Month4585
mod_vvisit_counterAll days291549