H A L U A N S i s w a

Bersahsiah Dekat & Bererti

You are here: Laman Utama Bicara Pengerusi Saat Langit Berwarna Merah Saga!

Saat Langit Berwarna Merah Saga!

E-mail Print PDF

Sahabat dan akhowat HALUANSiswa sekalian,

Tahniah diucapkan kepada adik-adik lepasan SPM 2009 yang diterima masuk ke IPTS/S di dalam negeri dan di luar negara. Semoga apa yg diperolehi semasa Program Hijrah ke Menara Gading 2010, UKM lalu dapat menyuntik semangat baru utk adik-adik semuanya cemerlang dalam akademik, cemerlang dalam akhlak, aktif berdakwah melalui rangkaian Haluansiswa dan bijak dalam pemilihan bidang/kursus yang tepat sesuai dengan kelayakan. Hubungilah abang-abang dan kakak kakak Haluansiswa di IPT masing-masing atau yang berdekatan untuk penerusan tarbiah di mana sahaja anda berada. Apa yang pentingnya ialah nikmat hidayah yang diberi Allah SWT kepada kita perlu dijaga, dipertahankan dan disebarkan. Ingatlah sirah Salman Al Farisi ra. Yang berkelana ratusan batu mencari hidayah dan panduan yang dibawa oleh Ar Rasul SAW. Saya berkesempatan bertanyakan alumni jatidiri I dan Himega 2010 baru-baru ini, mengapa beliau hajat mengambil bidang perubatan? Jawabnya dengan bersahaja dan penuh yakin:

`Saya ambil medic kerana gunakan utk berdakwah dan bangunkan Islam. ‘


Sahabat dan akhowat HALUANSiswa sekalian,


Adalah diharapkan HaluanSiswa proaktif menghubungi, dan menolong adik-adik yang baru menjejakkan kaki ke IPT. Mereka amat berhajat dan memerlukan khidmat bantuan pelbagai. Inilah peluang yang Allah SWT berikan kepada kita untk menghulurkan bantuan dengan ikhlas dan dedikasi. Tajamkan seni dan kemahiran dakwah fardiah bagi membina jambatan hati dan menawan hati-hati yang hanif dan berkhuluq hasan untuk diajak bersama-sama melaksanakan kerja-kerja ubudiah, mendidik dan berbakti kepada masyarakat. Ingatlah firman Allah SWT dalam surah Yasin, ayat 20-21 mengenai seorang pemuda yang bergegas dari hujung kota untuk pergi berdakwah kepada kaumnnya.

Dan telah datang dari hujung kota, seorang lelaki dengan bergegas-gegas, ia berkata: "Hai kaumku, ikutilah rasul-rasul itu. Ikutilah orang yang tiada meminta balasan kepadamu, dan mereka (rasul-rasul) adalah orang-orang yang mendapat petunjuk.

Ingatlah juga pesanan Ar Rasul SAW:

“Jika Allah s.w.t memberi hidayah kepada seorang lelaki lantaran anda, itu lebih baik

bagimu daripada setiap apa yang disinari matahari.”

(Riwayat at-Tabrani)

Pengalaman sahabat-sahabat lama Haluan masa lalu, mereka sanggup bermusafir puluhan bahkan ratusan kilometer semata-mata untuk menghubungi adik-adik yang baru masuk ke IPT.

Imam Muslim meriwayatkan daripada Nabi Salallahu’alaihiwasallam (yang bermafhum):

Bahawa seorang lelaki menziarahi saudaranya di jalan Allah di desa lain. Kemudian di tengah perjalanan, Allah mempertemukannya dengan seorang lelaki. Ketika dia sampai kepadanya, dia ditanya, “Mahu ke mana engkau?”. Dia menjawab, “Aku mahu pergi menziarahi seorang saudaraku di desa ini”. Lelaki berkata, “Apakah engkau mempunyai suatu hikmah (harta) yang diurus olehnya?” Dia berkata, “Tidak, hanya saja aku ini mencintainya di jalan Allah Ta’ala”. Lelaki berkata, “Sesungguhnya aku ini adalah utusan Allah yang diutus kepadamu untuk menerangkan bahawa Allah telah mencintaimu sebagaimana engkau telah mencintainya di jalanNya.”

Tentunya yang memotivasi mereka berbuat demikian adalah dorongan rabbani. Dorongan jual beli mereka dengan Allah SWT.


Sahabat dan akhowat HALUANSiswa sekalian,


Cuti semester yang panjang ini sewajarnya dimanfaatkan sepenuhnya oleh Haluansiswa.

Firman Allah SWT:

Demi Masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan-pesan agar mentaati kebenaran dan berpesan-pesan agar menetapi kesabaran.

Al Asr: 1-3

Aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan oleh kita adalah seperti berikut:-

· Perbaiki kelemahan diri…

· Meningkatkan potensi-potensi diri…

· Eratkan silaturrahim di dalam keluarga…

· Perbaiki hubungan dengan sahabat yang soleh…

· Melaksanakan projek untuk bantu Islam dan ziarahi ulama’ dan berkongsi-kongsi pengalaman…

Sahabat dan akhowat HALUANSiswa sekalian

Tahniah diucapkan kepada sahabah-sohibah Haluansiswa yang telah bertungkus lumus membantu projek Life Line 4 Gaza. Projek ini adalah satu projek inisiatif bersama dengan NGO-NGO tempatan dan di luar negara untuk penghantaran bekalan makanan, ubatan, bahan binaan rumah, dan sebagainya menggunakan 20 kapal yang sarat muatan yang belayar dari negara Turki ke Gaza pada 15 Mei, 2010 ini. Jihad ini adalah jihad yang berterusan untuk membantu umat Islam yang ada di Palestin. Tahniah kepada Haluansiswa luar negara dan dalam negara yang prihatin membantu membuat kutipan. Syabas kepada pelajar di Mesir yang membuat kutipan RM100ribu, begitu juga pelajar Malaysia di India juga berjaya kutip RM10 ribu di India. Kita pula bagaimana? Aktiviti `freeze’ di pasaraya dan pasar tani oleh HS juga amat dihargai. Semoga Allah SWT memberi pahala bagi setiap peluh yang menitis di dahi dan membasahi tubuh kita. Inilah yang mampu kita lakukan yang terbaik untuk membantu saudara-saudara kita di Palestin.


Al Faqir Ilallah,

Sdr Solehuddin Shuib
Pengerusi HALUANSiswa Nasional
Shah Alam, Selangor
4 Mei 2010 
20 Jamadil Awal 1431

 

Siapa Kami?

Kelab Siswa HALUAN Malaysia (HALUANSiswa) ialah sebuah kelab yang ditubuhkan di bawah HALUAN Malaysia. Kelab ini menjadi platform kepada ahli-ahli yang terdiri daripada semua mahasiswa institusi pengajian tinggi awam dan swasta sama ada di dalam atau di luar negara untuk bergabung tenaga bagi menjayakan visi dan misi HALUAN. PPM 969/88

Who's Online

We have 9 guests online

Counter

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday53
mod_vvisit_counterYesterday469
mod_vvisit_counterThis week2663
mod_vvisit_counterLast week3253
mod_vvisit_counterThis Month4607
mod_vvisit_counterAll days291571