H A L U A N S i s w a

Bersahsiah Dekat & Bererti

You are here: Laman Utama Bicara Pengerusi TAKZIAH ATAS PEMERGIAN TOKOH PENDIDIK ISLAM KE RAHMATULLAH

TAKZIAH ATAS PEMERGIAN TOKOH PENDIDIK ISLAM KE RAHMATULLAH

E-mail Print PDF

PERLIS, 18 September - Pihak Kepimpinan HALUANSiswa Nasional mewakil ahli HALUANSiswa

menyatakan rasa kesedihan dan takziah buat keluarga Almarhum Dato` Kaya Bakti Ustaz Dahlan @ Dahaman b Mohd Zain, Mudir Ma`had Attarbiyah Al-Islamiyah, Tunjung, Perlis yang telah kembali ke rahmatullah pada hari Sabtu 18 September 2010 di rumah beliau di Kg Kerisik sejurus dibawa pulang dari Hospital Tuanku Fauziah setelah 41 hari dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Jantung (CCU).

Pemergian almarhum meninggalkan kesan amat besar dalam dunia pendidikan Islam di mana beliau merupakan individu yang banyak berjasa dan berbakti kepada pembangunan Islam di Malaysia. Kesungguhan beliau di dalam berdakwah dan mendidik masyarakat serta keramahan beliau di dalam berhubungan menyebabkan beliau amat disayangi oleh masyarakat. Justeru pemergian beliau ini merupakan kehilangan yang besar kepada warga pendidik.

Almarhum Dato' Ustaz Dahlan meninggalkan seorang balu dan empat orang anak serta ramai anak-anak didik yang bertebaran di serata pelusuk negara. Pihak kepimpinan HALUANSiswa mengucapkan takziah kepada keluarga serta anak-anak didik Almarhum Ustaz Dahlan. Semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat keatas rohnya dan ditempatkan dibarisan para solihin, para sodiqqin dan syuhada.

Sdr Solehuddin Shuib
Pengerusi HALUANSiswa Nasional
12 Syawal 1431H

 

 

Siapa Kami?

Kelab Siswa HALUAN Malaysia (HALUANSiswa) ialah sebuah kelab yang ditubuhkan di bawah HALUAN Malaysia. Kelab ini menjadi platform kepada ahli-ahli yang terdiri daripada semua mahasiswa institusi pengajian tinggi awam dan swasta sama ada di dalam atau di luar negara untuk bergabung tenaga bagi menjayakan visi dan misi HALUAN. PPM 969/88

Who's Online

We have 14 guests online

Counter

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday202
mod_vvisit_counterYesterday460
mod_vvisit_counterThis week1559
mod_vvisit_counterLast week3292
mod_vvisit_counterThis Month7407
mod_vvisit_counterAll days339628