Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh…
Bismillahirahmannirrahim..
Setinggi kesyukuran kepada Allah SWT, Rabb yang maha sempurna dan memiliki
zat-zat keagungan , Maha menciptakan dan Maha Mengatur alam ini. Tiada suatu
apapun yang tidak diketahui Allah, segalanya dalam pengawasan Allah dengan penuh
ketelitian dan amatan yang amat-amat rapi, Allah jauh dari kelalaian, kelupaan
dan kealpaan. Inilah kebesaran dan keagungan Allah yang WAJIB kita yakini dan
imani jauh dilubuk HATI terdalam.
Allah maha berkuasa dalam segenap aspek kehidupan ini, sesuatu yang telah
berlaku, sedang berlaku dan bakal berlaku segalanya direncana dan disusun Allah.
Inilah hakikat dalam memahami dan mengimani qada’ dan qadar Allah. Sungguhpun
begitu, Allah memuliakan manusia itu dengan akal fikirannya, kemampuan berfikir
yang tidak terdapat pada makhluk-makhluk yang lain. Manusia itu mampu memahami
ilmu-ilmu duniawi dan ukhrawi yang Allah anugerahkan. Allah mewahyukan Al-Quran
dan mengutuskan Rasulullah SAW sebagai petunjuk dan pembimbing kepada seluruh
umat manusia akhir zaman ini.
Selawat dan Salam keatas junjungan besar, rasul dakwah, rasul tarbiyah, Muhammad
SAW. Usaha baginda telah memekarkan kembangan dan haruman Islam ke seluruh
dunia. Wangian iman terus-menerus dapat dihidu dan dirasai biarpun hampir 1450
tahun lamanya telah berlalu. Kesungguhan baginda memimpin dan membentuk
keperibadian sahabat-sahabat baginda, generasi pencetus dakwah dan tarbiyah
telah memberikan impak terbesar dalam sejarah ketamadunan manusia sehinggalah ke
saat ini.
HALUANSiswa sekalian,
Sesungguhnya siapapun yang dilantik untuk memimpin dan menerajui organisasi ini,
bukanlah bermakna ia adalah orang tang terbaik akhlaknya, ibadahnya, ilmunya,
amalnya dan sebagainya. Barangkali, ia mungkin adalah orang yang paling rendah
akhlaknya, ilmunya, amalnya dan selainnya. Apa yang terpenting, pemimpin itu
WAJIB dipatuhi dan ditaati selagi mana urusannya, arahannya tidak berlawanan
dengan syariat ISLAM yang syumul ini apatah lagi jika ianya mendokong
sekukuh-kukuhnya ad-deen ini. Inilah hak yang perlu diberikan kepada kepimpinan
dalam ISLAM. Jika situasi berbeza, kepimpinan yang jauh dari syariat ISLAM,
tidak bernaskan Al-Quran dan Sunnah, tegurlah ia dan bimbinglah ia kembali.
Kita memahami matlamat penubuhan kita, atas dasar apa kita bangunkan wasilah
dakwah dan tarbiyah ini. Segalanya kembali kepada asas penciptaan kita,
berubudiah kepada Allah dengan sebenar-benar ubudiah. Kita memahami tuntutan
dakwah dan tarbiyah ini adalah suatu kewajipan yang perlu kita pikul bersama dan
ianya adalah suatu urgensi UTAMA, bukan perkara kedua atau ketiga. Bebanan ini
amat berat dan hanya dapat terlaksana secara beramai-ramai dan jama’ei. Baginda
Rasulullah SAW sendiri membentuk dan membimbing sahabat-sahabat baginda untuk
membantu baginda melaksanakan amanah ini secara berjemaah, tidak berseorangan
dan secara individu. Perkara ini adalah suatu SUNNAH yang jelas ditunjukkan
baginda dan sewajibnya kita yakini dan amalkan. InsyaAllah.
HALUANSiswa sekalian,
Kepimpinan ini adalah suatu masuliah yang sering menjadi ancaman Allah SWT di
dalam Al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah. Ini bukanlah kenikmatan atau satu
ganjaran untuk kita merasa bangga dengannya. Mana mungkin manusia itu bangga
akan ancaman yang bakal menimpanya, bahkan ia akan gundah gulana, tidak tenteram
memikirkannya dan berperancangan menghindarkannya.
Ini tidak bermaksud, kita harus menjauhi ancaman-ancaman ini, tetapi harus kita
sedar, dengan menjauhi masuliah ini, kita sebenarnya lebih mendekati
ancaman-ancaman Allah, iaitu neraka Allah SWT. Naudzubillah. Dengan menjauhi
amanah Allah beerti kita tidak melaksanakan amanah ini, kita tidak melaksanakan
perintah Allah dan amanah yang dipertanggungjawabkan oleh Allah kepada kita.
inilah yang dikategorikan sebagaiorang munafik, kerana ia menghindari perintah2
Allah walaupun ia mengaku beriman kepada Allah. seorang munafik itu jauh lebih
buruk dan tidak disukai Allah berbanding orang yang kufur, kerana Keimananya
penuh dengan kepura-puraan dan kepalsuan. Naudzubillah.
Seharusnya, kita perlu sedari, satu-satunya jalan untuk kita hindari
ancaman-ancaman Allah terhadap pemimpin adalah dengan melaksanakannya dengan
penuh amanah dan adil. Justeru, setiap barisan kepimpinan haruslah dengan
seluruh upaya dan tenaga yang ada berusaha melaksanakan amanah ini. Haruslah
kita persiapankan diri dengan memahami Al-Quran dan As-Sunnah dengan sebenarnya.
Di dalamnya terkandung kaedah-kaedah memimpin yang bisa menjauhkan kita dari
ancaman Allah SWT. InsyaAllah.
Sebagai pengakhir perkongsian yang serba ringkas ini, marilah bersama kita
muhasabah hubungan HATI kita dengan Allah SWT. Adakah masuliah ini telah
benar-benar kita laksanakan? Apakah Allah benar-benar menjadi tempat kita
mengadu dan memohon pertolongan? Adakah kita masih ragu akan kewujudan Allah dan
pertolongannya yang pelbagai? Adakah masih belum jelas akan hakikat sebenar
kehidupan ini?Apakah masih belum memadai segala bukti yang terkandung di dalam
Al-Quran?
Ingatlah, bisikan-bisikan kelemahan dan ketidakmampuan itu hanyalah mainan
syaitan. Syaitan dan sekutunya sentiasa mengancam kita dari segenap sudut.
Setiap detik berjalannya, musuh-musuh Allah ini akan sentiasa berterusan
mengancam kita, berusaha mencari sudut yang terlemah dan paling rapuh. Hanya
mereka yang teguh iman dan amalnya akan terhindar dari pengaruh-pengaruh
sebegini.
Ayuh para JUNDULLAH!!
Perkasakan Iman dengan 6 prinsip UTAMAnya..
Teguhkan ISLAM dengan 5 tiang UTAMAnya..
banyakkan ZIKRULLAH…
lazimi TAHAJJUD disepertiga malam..
BERUSAHAlah memimpin DIRI, keluarga, masyarakat ke arah ISLAM yang sebenarnya!!
Allahuakhbar!!
Jazakumullahukhairan kathira.
Muhammad Siddiqi Bin Jamalludin
Presiden,
Kelab Siswa HALUAN Malaysia Nasional.
HALUANSiswa Nasional













