H A L U A N S i s w a

Bersahsiah Dekat & Bererti

You are here: Laman Utama Bicara Pengerusi Ketulusan Niat & Memperkasakan Saf

Ketulusan Niat & Memperkasakan Saf

E-mail Print PDF

Assalamu ‘alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Alhamdulillah, pertama dan utamanya saya ingin merafa’ atau memanjatkan rasa syukur kepada Allah swt diatas kesempatan perjumpaan kita ini. Kata Saidina Ali r.a, “Sesungguhnya perjumpaan dengan ikhwan-ikhwanku merupakan ubat kepada kesedihan”. Dengan itu, saya berharap agar pertemuan ini dapat membekasi hati-hati kita semua yang ingin pergi terus melaju melangkah arus amal islami serta memenangi janji-janji Allah swt.

Barisan Haluansiswa yang dikasihi sekalian,

Harus diingat bahawa terdapat dua perkara yang harus selalu diambil peduli oleh kita semua dalam berdakwah untuk mengembalikan manusia kepada Islam. Perkara tersebut adalah ketulusan dan keikhlasan niat dan memperkasakan saff.

Seperti yang saya maklumkan, niat adalah perkara yang sangat mendasar atau perkara asasi dalam ajaran Islam. Seluruh amal perbuatan kita tanpa disertai niat tidak akan diterima oleh Allah swt. Bahkan, niatlah yang menjadi pembeza diantara amal yang bersifat ibadat atau bersifat adat. Sebagai contohnya, mandi pagi boleh dinilai ibadah dan boleh juga dinilai adat rutin seharian. itu bergantung kepada apa yang kita niatkan ketika kita melakukannya.

Karena itu, melurus dan mengikhlaskan niat merupakan perkara yang asasi yang terpenting. Oleh itu, ingin saya lontarkan persoalan kepada kita semua? Apakah niat kita dalam berdakwah? Apakah niat kita menyertai Halauansiswa? Adakah sudah kita jadikan Lillahi ta’ala? Iaitu ikhlas dengan mengharapkan mardhatillah semata-mata dan bukan karana mendapatkan jawatan, atau popularity dan sebagainya. Nabi saw meningatkan kita semua perihal kepentingan meluruskan niat ini melalui hadisnya yang bermaksud:

“Semua perbuatan bergantung kepada niat dan (balasan) bagi tiap-tiap orang (bergantung) kepada apa yang diniatkan, barangsiapa berhijrah kerana Allah dan Rasul, maka dia akan mendapat balasan daripada Allah dan Rasul, dan barangsiapa niat hijrahnya kerana dunia yang diingininya atau kerana seorang perempuan yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya adalah kepada apa dia diniatkan tersebut.” (Bukhari)

Barisan Haluansiswa yang dikasihi sekalian,

Jika niat kita ikhlas Lillahi Ta’ala, maka itulah perjanjian kita di hadapan Allah swt. Lantas, sudahkan kita teguh dengan al-ahd (perjanjian) itu? Allah swt. mengkhabarkan kepada kita tentang para dai sebelum kita. Mereka memiliki keteguhan dalam memegang janjinya. Firman Allah swt, “Diantara orang-orang mukmin itu ada golongan yang membenarkan janjinya kepada Allah, sebagian diantaranya telah menunaikan janjinya (dengan menemui kesyahidan) dan sebagian lagi masih menanti, tanpa mengubah janji itu sedikitpun”. (Al Ahzab: 23)

Karena itu, tidak salah jika kita selalu mengulang-ulangkan ikrar keikhlasan janji kita di setiap kali menunaikan solat, “Sesungguhnya shalatku, ibadahku, hidup dan matiku untuk Allah Pencipta alam semesta.” (Al-An’am: 162). Jadi, kita secara sedar meluruskan niat kita dalam sekurang-kurangnya lima kali sehari semalam.

Selain itu, pengajaran dari surah al-Ahzab juga mengajar kita bahawa pentingnya al-istimroriyah iaitu penerusan di jalan dakwah, Ia dikira termasuk didalam salah satu perjanjian kita di hadapan Allah swt. Dan memang begitulah yang dicontohkan oleh para dai generasi awal Islam yang dibimbing oleh Rasulullah saw. Mereka tidak kenal lelah dan putus asa. Sahabat-sahabat Nabi saw. menjalani setiap fasa dakwah biarpun cubaan demi cubaan yang harus mereka lalui. Kepada mereka, Rasulullah saw. menceritakan pengalaman dai generasi sebelumnya. Mereka ada yang digergaji, Tetapi mereka tetap sabar dan tsabat.

Apa yang membuat para sahabat bisa demikian teguh di medan dakwah? Tidak lain dan tidak bukan adalah Husnu tsiqah dan bersandar terus kepada Allah Ta’ala yang memberikan ketenangan kepada mereka semua untuk terus melangkah. Dengan begitu, mereka lebih tenang dan tegar meski zaman ini cepat sekali berubah tanpa terasa. Seorang tabi’in (generasi setelah sahabat Nabi) berkata, “Ayahku bercerita kepadaku: ‘Aku melihat Romawi menjatuhkan Parsi, kemudian aku melihat pula Parsi menjatuhkan Rom. Dan akhirnya aku melihat Islam meruntuhkan kedua-duanya hanya dalam waktu 15 tahun saja”. Tumbangnya Parsi dan Rom oleh kekuatan Islam hanya memakan waktu tidak lebih dari 15 tahun. Begitulah pencapaian dakwah yang dibawa oleh dai-dai yang ikhlas, teguh dalam memegang perjanjiannya dengan Allah dan beramal secara berterusan. Itulah buah dari kekuatan iman.

Barisan Haluansiswa yang dikasihi sekalian,

Perkara kedua yang harus selalu dilakukan oleh para dai adalah memperkasakan saff. Hal ini harus menjadi visi para dai bahwa mereka mempunyai peranan sebagai penyatu ummat. Firman Allah swt yang bermaksud,

“Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, Maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.” (Ali Imran: 103)

Firman Allah swt lagi,

“Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh.” (Ash-Shaf: 4)

Suatu ketika beberapa orang sahabat datang kepada Rasulullah saw, sebagaimana diriwayatkan oleh Ibnu Majah. Mereka berkata “Kami semua makan, ya Rasulullah, tapi tidak pernah merasa kenyang,” Cuba kita perhatikan, bagaimana Rasulullah mengajar kepada kita suatu adab dan akhlak yang baik. Apa jawab baginda atas pertanyaan sahabat tadi?

“Boleh jadi kamu makan sendiri-sendiri?” Beliau bertanya lebih lanjut. Maka, sahabat kemudian menjawab, “Benar, ya Rasulullah.” Maka Rasulullah bersabda: “Kullu (kalian diharuskan untuk makan) mujtami’in (bersama-sama) fa inna al barakah ma’al jama’ah (karena keberkahan selalu beserta mereka yang berjamaah).” Nah, disini kita dapat lihat pengajarannya untuk makan saja Rasulullah saw. menyuruh kita untuk berjama’ah, apalagi untuk berdakwah. Kerana itu, para dai harus berperanan sebagai penyatu kepada kesatuan ummat. Apapun kekurangan yang terdapat dalam tubuh umat, itulah kondisi yang harus kita perbaiki secara bersama.

Barisan Haluansiswa yang dikasihi sekalian,

Memang sukar menguruskan kerja-kerja menyatukan ummat dalam satu barisan yang kukuh. Tetapi, apa pun yang kita telah, sedang dan akan capai daripada kerja-kerja kita semuanya termasuk dalam erti kata kebaikan dan jauh sekali daripada kegagalan. Kita semua menyedari bahawa dalam kamus seorang dai tidak ada ada istilah “kekalahan atau kegagalan”. Para dai pada hakikatnya selalu “menang”. Kalau tidak menang didunia pun, di akhirat sudah pasti dijanjikan dengan kemenangan. Orang boleh menilai agenda penyatuan umat yang kita laung dan serukan tidak membuahkan hasil yang signifikan, tetapi kita melihat kenyataan itu sebagai perkara yang paling baik buat kita semua saat ini.

Boleh jadi itulah cara Allah swt. menguji keteguhan kita dalam berdakwah. Tujuannya adalah untuk memberikan motivasi dan dorongan kepada kita agar semakin gigih dalam berdakwah. Mujahid Sa’id Hawwa dalam bukunya “Al Madkhal” bercerita tentang berbagai ujian. Ia mengatakan, Man lam yakun lahu bidayah muhriqah laisa lahu nihayah musyriqah.” “Barangsiapa tidak memulai dengan muhriqah (sesuatu yang membuat terbakar, penuh semangat dan kesusahan), maka tidak akan mendapat akhir yang musyriqah (cemerlang).”

Akhir sekali, saya menyeru semua ahli Haluansiswa agar dapat mencernakan dua perkara ini dalam aktiviti dakwah kita seharian. Wa Allahu ‘alam.

Ustaz Wan Mohd Nahar b Othman

Timbalan Pengerusi HALUANSISWA Nasional

 

Siapa Kami?

Kelab Siswa HALUAN Malaysia (HALUANSiswa) ialah sebuah kelab yang ditubuhkan di bawah HALUAN Malaysia. Kelab ini menjadi platform kepada ahli-ahli yang terdiri daripada semua mahasiswa institusi pengajian tinggi awam dan swasta sama ada di dalam atau di luar negara untuk bergabung tenaga bagi menjayakan visi dan misi HALUAN. PPM 969/88

Who's Online

We have 13 guests online

Counter

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday204
mod_vvisit_counterYesterday460
mod_vvisit_counterThis week1561
mod_vvisit_counterLast week3292
mod_vvisit_counterThis Month7409
mod_vvisit_counterAll days339630