Puasa Generasi Akhirat
Tidak ada.
Bimbinglah dan didiklah anak-anak supaya menjadi generasi akhirat !
Afdholul Rahman b Che Ani
HASIZU
http://tinninun-alislam.blogspot.com
Bersahsiah Dekat & Bererti
Tidak ada.
Bimbinglah dan didiklah anak-anak supaya menjadi generasi akhirat !
Afdholul Rahman b Che Ani
HASIZU
http://tinninun-alislam.blogspot.com
Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Alhamdulillah, Setinggi rasa syukur kepada Allah SWT, Rabb yang menciptakan kehidupan ini kepada kita, Rabb yang Maha Mengasihani hamba-hambaNya dan senantiasa mencurahkan kenikmatan demi kenikmatan. Sungguhpun terlalu banyak yang telah Allah kurniakan, ianya tidak mengurangkan sedikit pun kekayaan dan keagungan Allah SWT.Subhanallah.
Selawat dan Salam kita panjatkan ke atas junjungan besar kita, Rasul akhir zaman, penghulu segala anbia, Muhammad SAW dan para-para penyokong baginda, sahabat2 baginda,ulama’2 dan pemikir2 Islam. Baginda telah membina dan membentuk generasi penyambung risalah dakwah dan tarbiyah ini. Baginda telah mengerahkan seluruh kehidupan baginda bagi menjamin ketulenan dan kesucian Islam itu sentiasa terpelihara sehinggalah sepertimana yang kita rasai pada hari ini.
Alhamdulillah, Allah SWT masih mengizinkan kita berada dalam lingkungan suasana solehah, kita yakini akan kesucian biah yang kita bina ini, yang diusahakan bersama-sama oleh hati-hati yang sedar dan faham akan tujuan sebenar kehidupan ini. InsyaAllah, hal ini akan sentiasa kita saling peringatkan di antara satu sama lain, agar dasar ini tidak akan terpesong dan lari dari matlamat ubudiah kita kepada Allah. Agar suasana ini hanya subur dengan suasana untuk kembali kepada Allah, meletakkan kampung akhirat sebagai agenda UTAMA dalam segala aspek perbincangan. Agar Allah SWT sentiasa meredhai segala apa yang kita bentukkan dalam suasana ini.
Barisan kepimpinan yang dirahmati Allah,
Alhamdulillah, Allah SWT mengizinkan ana berkesempatan untuk hadir sebagai pemerhati ke Mesyuarat Tahunan Perwakilan HALUAN ke 22 di USM pulau pinang. Alhamdulillah, terpanggil untuk berkongsi rasa dan harapan yang diletakkan kepada kita, bakal-bakal kepimpinan HALUAN masa hadapan. Kita adalah pewaris yang bakal menerajui kepimpinan yang ada sekarang. Barisan kepimpinan syuyukh yang ratanya melebihi purata umur 50 tahun ke atas.
Pertamanya, marilah kita melihat kembali sejarah perjalanan organisasi ini, bagaimana diawal fasa permulaannya, kemudian fasa pembentukkan ahli2 dan seterusnya fasa untuk tampil dan berkhidmat kepada masyarakat sepertimana sekarang ini. Ketahuilah, kita berada di fasa yang ketiga ini, HALUAN telah keluar ke masyarakat dan menjalankan pelbagai program2 khidmat masyarakat.
HALUAN menuntut semua biro2 dan kelab2 untuk bersama menjayakan fasa ini tanpa kita abaikan dan lupakan fasa fundamental atau asas utama kita, iaitu pembentukkan fahaman fikrah dan akhlak2 setiap ahli, termasuklah HALUANSiswa(HS) sendiri. Asas UTAMA inilah yang telah melahirkan kekuatan sepertimana yang ada pada hari ini. Kekuatan yang mampu bertahan sehingga 30 tahun lamanya, menjangkaui usia kebanyakkan kita di dalam HS.
Barisan kepimpinan yang dirahmati Allah,
Keduanya, berbalik kepada kita adalah sebagai pewaris kepimpinan HALUAN. Sesuatu yang perlu kita fahami adalah perkaitannya antara fasa fundamental atau asas utama tadi dengan kepimpinan dalam HALUAN. Lahirnya, tokoh2 kepimpinan dan murabbi2 yang ada sepertimana sekarang ini adalah berasaskan pengukuhan yang mendalam terhadap fasa fundamental. mereka benar2 melalui fasa ini dengan tersusun dan penuh istiqamah disamping usaha individu yang secara total.
Pembentukan fikrah ini, bukanlah semata-mata dengan menghadiri halaqah2 mingguan, ijtima'am2 mingguan, program2 dalaman lainnya. Perkara itu tetap menjadi tunjang tanpa kita abaikan. Tetapi, kekuatan asas pembentukan fikrah yang benar2 mendalam juga adalah berdasarkan USAHA secara INDIVIDU masing2. Hal ini haruslah dipertingkatkan dengan bacaan2 bahan2 fikrah penulisan ulama'2 muktabar dengan lebih mendalam, dipertingkatkan dengan amalan2 ibadah yang khusus, memperbanyakkan lagi hubungan HATI dengan Allah SWT. Sentiasa berusaha memperbaiki kelemahan2 dan kekurangan2 DIRI dan tidak tertipu dengan tahapan amalan2 yang kita lakukan sekarang.
Sepertimana firman Allah SWT:
"Bagi tiap-tiap seorang ada penjaga malaikatnya yang silih berganti dari hadapannya dan belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah mengkehendaki untyk menimpakan bala bencana kepada sesuatu kaum(disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tiada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."- Ar - Rad:11
fahamlah kita akan kepentingan mengubah DIRI kita sendiri, mempertingkatkan lagi kefahaman terhadap fikrah ini. Memperbaiki lagi hubungan HATI dengan Allah SWT agar kita benar2 dapat merasai kemanisan dan kelazatan berubudiah kepada Allah SWT. Sekaligus, fasa pemantapan ini bakal melahirkan DIRI kita kepada yang lebih baik, lebih kuat dan lebih konsisten dengan kerja2 amali dakwah ini.
InsyaAllah, pengukuhan fasa fundamental ini akan bakal memberikan kita keyakinan dan kesungguhan menggalas cabaran kepimpinan yang mendatang. Bukanlah tujuan dan matlamat kepimpinan itu yang menjadi sandaran kepada usaha2 kita ini. Tetapi, kepimpinan itu hanyalah wasilah kepada kita untuk meraih redha Allah. Kepimpinan ini adalah jalan dalam menuju menegakkan kembali syariat Allah SWT. Kepimpinan itu adalah tanggungjawab yang telah Allah berikan kepada kita.
Barisan kepimpinan yang dirahmati Allah,
Ketiganya, sejurus kita memahami kepentingan pembinaan kefahaman dan keimanan kepada Allah SWT. kita juga telah merasai kepentingan melaksanakan amar ma'ruf dan nahi mungkar melalui tanggungjawab kepimpinan. Seterusnya, Kita juga harus menitikberatkan penyusunan organisasi HALUANSiswa ini. HS merupakan organisasi yang kita bersama-sama bertanggungjawab menggerakkannya. Segala pengukuhan dalam setiap pergerakkan HS haruslah bersama-sama kita perhatikan. Organisasi ini bukanlah sesuatu yang bersifat kepunyaan individu, bukanlah hak mutlak kepimpinan semata-mata, malahan organisasi ini adalah milik kita bersama, wasilah kita bersama.
Penubuhan organisasi HS ini bermatlamat mengerakkan DnT di IPT2 dalam dan luar Negara. Di samping itu, HS juga adalah sebagai medan amali kita untuk lebih serius dalam menjalankan dakwah kampus. Juga sebagai medan melatih kepimpinan dan sifat2 daei dalam diri kita. Oleh itu, bagi menjayakan segala matlamat yang telah digariskan, tidak dapat tidak, segala perancagan haruslah disusun rapi mengikut tahapan dan kesesuaiannya.
Menjadi fokus dan agenda utama HS pada tahun ini untuk kita benar2 memantapkan struktur HS itu sendiri. Pemantapan ini haruslah dibayangi tunjang asas fundamental itu tadi. Bermaksud, pemilihan kepimpinan haruslah kita lihat dari sudut penglibatan ahli2 melalui program2 dalaman, syakhsiah dan ibadah2 khusus kepada Allah SWT. Asas ini adalah asas kekuatan utama seorang daei dalam memikul bebanan amanah yang besar ini.
Kita meyakini, pertolongan Allah SWT hanya akan berlaku apabila seluruh Hati2 yang bergabung dalam organisasi benar2 ikhlas dan suci hanyasanya mengharap KEREDHAAN Allah SWT. Kita sekali-kali tidak menginginkan ahli2 yang hanya mampu menjana modal keewangan yang banyak, menguruskan aktiviti2 dengan kemas dan tersusun tetapi tidak mempunyai hubungan hati yang kuat dengan Allah SWT. Kerana, tanpa kejelasan matlamat ini dan kebergantungan yang tinggi terhadap Allah SWT, wasilah yang dibentuk ini bakal terpesong dan akan lahir daripada agenda asalnya.
Barisan kepimpinan yang dikasihi sekalian,
Keempatnya, ketersusunan organisasi haruslah selaras dan selari dengan apa yang telah direncanakan organisasi induk, iaitu HALUAN sendiri. HS adalah salah satu kelab di antara pelbagai biro2 dan kelab2 di bawah HALUAN. Oleh itu, keseragaman perancangan amat2 penting bagi memastikan segala aktiviti yang dirancang memberikan impak yang menyeluruh dan tidak bercanggahan antara satu sama lain. Hal ini juga amat penting agar saluran tenaga dapat dimanfaatkan sebaik mungkin dan tidak membebankan ahli2 yang terbabit dengan perancangan dan pelaksanaan aktiviti2 terbabit.
Keseragaman perancangan juga akan memberikan impak yang lebih besar dan menyeluruh. Hal ini akan mempercepatkan lagi perkembangan fikrah ini dan mengurangkan pengunaan masa yang banyak tetapi tidak efektif dan berkesan. Selanjutnya, ukhuwwah sesama ahli2 dan biro2 dalam HALUAN dapat dipertingkatkan apabila berlakunya sinergi dalam melaksanakan aktiviti2 dakwah nanti. Tambahan, ahli2 HS dapat mengambil peluang memperbaiki skil2 kemahiran dalam amali dakwah dengan melibatkan diri dalam biro2 yang lainnya.
Walaubagaimanapun, keutamaan HS adalah dakwah kampus di IPT2. Hal ini seharusnya menjadi agenda pemusatan pemikiran setiap ahli2 HS baik kepimpinan mahupun ahli2 yang tidak berjawatan. Pelaksanaan tanggungjawab ini bukanlah diukur atas jawatan yang disandang, tetapi haruslah diukur atas dasar tanggungjawab sebagai hamba Allah SWT. Kerana ini adalah amanah yang Allah berikan kepada kita. Pangkat dan jawatan hanyalah saluran dalam beramal dan tetap bakal dipersoal oleh Allah SWT.
Barisan kepimpinan yang dirahmati Allah,
Akhir kalam, marilah bersama-sama kita mendekatkan diri kepada Allah, memperbaiki amalan2 lahiriah dan batiniah diri masing2. Hanya kita yang benar2 mengetahui tahapan2 amalan diri kita. Sejauh mana amalan2 itu benar2 ikhlas kerana Allah, hanya Hati sendiri yang dapat menilainya. Sejauh mana kita merasai kenikmatan Iman dan Amal itu, hanya kita sendiri juga yang merasainya.
Janganlah pernah kita berputus asa dengan rahmat dan pertolongan Allah SWT. Ketahuilah, ujian2 dan cabaran2 yang bakal kita tempuh bakal jauh lebih mencabar dan menekan di masa hadapan nanti. Janganlah dunia ini melemahkan kita dan memesongkan kita dari landasan ini. Tidakkah kita benar2 meyakini HANYA dengan melalui apa yang kita laksanakan ini mampu memberikan kita ganjaran SYURGA Allah? Tidakkah kita yakin, HANYA dengan berpandukan jalan ini, Allah akan menjauhkan NERAKANya daripada kita?
Ana memohon maaf di atas segala kekurangan dan kelemahan. Maaf jika ada yang kurang memahami apa yang ingin dikongsikan di sini. Moga2 Allah memudahkan kita untuk memahaminya. Jika ada kesilapan, mohon diperbetulkan. Ana benar2 masih belajar dan masih dalam rangka untuk benar2 memahami fikrah ini, manhaj ini dan tanzim ini. Mungkin ada yang lebih mengetahui dikalangan antum. Jadi amat2 bermanfaat jika dapat dikongsikan bersama.
Sekian, Semoga Allah menetapkan hati kita terus menerus dalam kerahmatan ini. Semoga kita tidak dikeluarkan oleh Allah disebabkan kemaksiatan dan kelalaian kita.Naudzubillah. Moga-moga Allah jauhkan hal2 sebegitu daripada kita.
Wallahu’alam.jazakallahukhairan kathira.
MUHAMMAD SIDDIQI BIN JAMALLUDIN
Presiden SiswaHALUAN
HALUANSiswa Nasional.
UIAM.

BERGERAKLAH! BINA CITA-CITA BARU
Pemuda-pemudi Islam sejati!
Taufiq, hidayah, rahmat dan keberkatan sangat-sangat diharapkan, moga sentiasa Allah limpahkan. Kita berlindung kepada Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui daripada gangguan syaitan yang terkutuk. Kita yakini Allah sebaik-baik pelindung bagi orang-orang beriman. Dia mengeluarkan kita daripada kegelapan kepada cahaya iman.
Semoga Allah merestui junjungan kita Nabi Muhammad SAW dan keluarga baginda sebagaimana Allah merestui Nabi Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya Allah sangat berhak dipuji dan diagungkan.
Mensyukuri Kebahagiaan Hakiki
Anak-anakku yang ibu rindui dan kasihi dengan kasihsayang Islam,
Bersyukurlah kerana kita masih dikurniakan hayat yang sihat. Kesyukuran yang utama dan sentiasa mesti kita rasai adalah mensyukuri nikmat berada dalam agama Islam. Jika sebaliknya yang berlaku…Nauzubillah! Kita di dalam kawah kesesatan dan kehancuran! Tidakkah kalian ngeri, bila heboh diperkatakan dewasa ini…golongan remaja diancam gejala berbahaya iaitu murtad dan menukar agama. Astaghfirullah!.
“La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minazh zhalimin”- Tiada Ilah (Tuhan yang disembah) yang hak selain Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang zalim.” (QS Al-Anbiya’: 87)
Ketahuilah anak-anakku, gejala tersebut berlaku disebabkan insan muslim sudah jauh terpesong dari hakikat Islam dan iman. Kabur tentang ikatan dan hubungannya dengan Allah rabbul ‘alamin. Juga keliru dalam memilih jalan hidup yang telah dicontohkan oleh Ar-Rasul SAW. Bagi meluruskan pegangan kalian, mari kita teliti ke dalam diri sendiri.
Ingatlah kembali gambaran sewaktu kecil kalian. Kanak-kanak yang baru lahir tidak mengetahui sesuatu apapun, kemudian Allah bekalkan dengan pendengaran, penglihatan dan akal. Semua persediaan ini sesuai dengan keperluannya dalam meneruskan kehidupan.
Hayati firman Allah dalam surah An-Nahl, ayat 78: “Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatu pun, dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati supaya kamu bersyukur.”
Seterusnya anak-anakku,
Bayangkan seandainya kanak-kanak yang dimaksudkan hilang pendengaran, sudah tentu dia akan mengalami kesukaran dalam hidupnya. Dia akan kurang pengetahuan dan tidak boleh bercakap kerana tidak mendengar sebarang bunyi. Sukar juga untuk kita menyampaikan maklumat kepadanya dengan bahasa isyarat.
Manakala kanak-kanak yang hilang penglihatan pula, dia dapat menggunakan pendengaran untuk belajar bercakap. Namun tidak dapat mengetahui bentuk atau warna sesuatu benda. Lebih bermasalah lagi kanak-kanak yang hilang akal atau terencat akal. Sepanjang hidupnya menjadi kelam.
Pemuda-pemudi Islam yang sentiasa berfikir ,
Bagaimana pula hal keadaan kanak-kanak yang hilang ketiga-tiga persediaan hidupnya. Hilang pendengaran, penglihatan dan akal?
Ya…pasti hidupnya sangat susah. Tidak ada apa yang dapat diketahui dan tidak ada apa yang dapat disampaikan. Seolah-olah terputus dari hakikat kehidupan sebenar. Di samping itu, seiring nikmat dan kebahagiaan yang besar melalui persediaan hidup yang Allah anugerahkan, kita juga ada tanggungjawab besar iaitu sebagai khalifah Allah di atas muka bumi.
Berbalik kepada persoalan orang yang hilang nikmat hidup secara fizikal, kita cuba pula fikirkan…bagaimana jika hilang nikmat hidup berbentuk kejiwaan? Dengan lain perkataan, hilang perasaan di hati dan hatinya tidak dapat merasai hakikat kebenaran. Sudah tentu keadaannya akan menjadi lebih buruk. Perhatikan dengan teliti maksud firman Allah dalam surah Al-A’raf, ayat 179,
“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka jahanam) kebanyakan daripada jin dan manusia, mereka mempunyai hati tetapi tidak dipergunakan untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tetapi tidak digunakan untuk melihat (tanda-tanda) kekuasaan Allah, dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak digunakan untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.”
Begitulah anak-anakku, dengan pengamatan ini ibu berharap kalian dapat menilai betapa sebesarnya setiap nikmat yang Allah sediakan. Terutamanya nikmat pancaindera yang sepatutnya digunakan untuk mengenali Allah dan menghambakan diri kepada-Nya.
Ingatlah anak-anakku, sekurang-kurangnya darjat syukur yang mesti ada pada kita adalah untuk taat kepada Allah dan serentak dengan itu menjauhi maksiat. Sepertimana maksud firman Allah dalam surah Al-Isra’, ayat 36, “Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati semuanya itu dipertanggungjawabkan di sisi Allah.”
Allah tidak sedikit pun membebani hamba-hamba-Nya dengan tanggungjawab yang diberi. Sesungguhnya semua peranan yang perlu dilaksanakan sesuai dan setara dengan keupayaan yang Allah anugerahkan. Ketahuilah modal utama kehidupan kalian adalah segala anugerah tersebut yang berupa keupayaan pancaindera, kesihatan jasmani dan rohani juga kebebasan akal fikiran. Semua ini begitu tinggi nilainya sehingga tidak dapat dibayar dengan kebendaan. Hanya kita yang kurang menghitung apa yang telah diberikan Allah kepada kita. Keasyikan menyebut perkara-perkara yang tidak diberi kepada kita menjerumuskan kita untuk mengkufuri segala nikmat yang Allah anugerahkan. Seandainya kita sentiasa berfikir dan menggunakan akal, akan terlihatlah bahawa bumi dan langit diciptakan untuk memudahkan kita beribadah. Ayuh! Mari kita mulakan sekarang untuk menggunakan sebaik-baiknya setiap bekalan yang tersedia untuk beramal soleh.
wallahu'alam.
UMMU ANAS

Allah telah memikulkan ke atas umat Islam sebesar-besar dan seberat-beratnya amanah. Firman Allah Subha Nahu Wa Ta’ala;
“Demikianlah Kami jadikan kamu umat pertengahan untuk menjadi saksi ke atas manusia, dan Rasul pula menjadi saksi ke atas kamu.” (Al-Baqarah: 143)
Agar mereka menunaikan amanah ini dengan sebaik-baiknya dan melaksanakan tanggungjawab, Allah Subha Nahu Wa Ta’ala telah memfardhukan jihad pada jalan-Nya, jihad dengan maknanya yang luas lagi menyeluruh sehingga dakwah terus hidup.
Mereka dituntut memberikan pengorbanan pada jalan Allah Subha Nahu Wa Ta’ala dengan tujuan menolong agamaNya. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah mentarbiyah para sahabatnya untuk berjihad pada jalan Allah Subha Nahu Wa Ta’ala dan mengorbankan setiap apa yang berharga dan bernilai bagi memenangkan agama ini. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam adalah imam kepada mereka dalam jihad dan pengorbanan. Sesungguhnya umat ini tidak akan baik melainkan dengan perkara yang menyebabkan umat dahulu menjadi baik, dan sekali-kali mereka tidak akan menjadi mulia melainkan dengan perkara yang menyebabkan umat dahulu menjadi mulia.
Sesiapa yang mahukan kebaikan dan islah (perubahan), keagungan dan kemuliaan tanpa jihad dan pengorbanan, maka beliau bermimpi di siang hari.
Sepotong syair Arab ada meyebut;
“Sesiapa yang mengejar ketinggian tanpa berpenat lelah maka dia telah mensia-siakan kerjanya dalam menuntut sesuatu yang mustahil.”
Pengorbanan yang dituntut
Setiap orang yang meredhai Allah Subha Nahu Wa Ta’ala sebagai Tuhan, Islam sebagai agama dan Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam sebagai Nabi dan Rasul, maka dituntut darinya melakukan pengorbanan. Setiap yang bernazar dan berjanji kepada Tuhannya untuk bekerja dan berjihad untuk Islam dituntut darinya melahirkan kesungguhan dan pengorbanan yang berharga. Hakikat ini mesti jelas dengan sejelas-jelasnya pada seorang Muslim. Menjadi kewajipan ke atasnya menyiapkan diri dan menyediakan dirinya bagi pengorbanan tersebut. Jadi apakah dia pengorbanan yang dituntut itu?
“Mengorbankan jiwa, harta, masa, kehidupan dan semua perkara untuk mencapai matlamat.”
Ya, inilah pengorbanan yang dituntut daripada seorang Muslim. Inilah pengorbanan yang diseru oleh Allah Subha Nahu Wa Ta’ala dan dididik para sahabat oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Allah berfirman;
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang Mukmin, jiwa-jiwa mereka dan harta-harta mereka dan membayarnya dengan syurga. Mereka berperang pada jalan Allah, lalu membunuh atau dibunuh. Itulah janji yang benar yang disebut di dalam kitab Taurat, Injil dan Quran. Sesiapa yang menunaikan janjinya dengan Allah, maka bergembiralah dengan janji yang kamu meterikan itu. Yang demikian adalah kemenangan yang besar.” (At-Taubah: 111)
FirmanNya lagi;
“Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah dengan pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan melipatgandakan pembayaran kepadanya dengan gandaan yang banyak.” (Al-Baqarah:245)
Apabila Abu Darda’ mendengar ayat ini, dia merasakan tidak ada pilihan lain melainkan bersedekah dengan hartanya yang paling dikasihi lagi berharga.
Begitulah kita lihat tarbiyah Nabawiyah yang dinikmati oleh para sahabat secara praktikal.
Abu Bakar Radhiallahu ‘Anhu telah mengorbankan dan membelanjakan seluruh hartanya. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bertanya kepadanya: “Apakah yang telah kamu tinggalkan kepada keluarga kamu?” Lalu beliau menjawab: “Aku telah tinggalkan untuk mereka Allah dan RasulNya.”
Suhaib Ar-Rumi telah mengorbankan seluruh apa yang beliau miliki demi untuk menolong agama Allah. Lantas Allah menurunkan untuknya dan orang yang sepertinya ayat Al-Quran yang dapat dibaca. Firman Allah Subha Nahu Wa Ta’ala;
“Dan di antara mereka ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredhaan Allah, dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hambaNya.” (Al-Baqarah: 207)
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam menyambutnya seraya bersabda;
“Beruntunglah perniagaan kamu, wahai Suhaib”
Mus’ab adalah pemuda yang kaya lagi dimanjakan keluarganya mengorbankan semua yang ada padanya dan menjadi satu tanda daripada bukti-bukti jihad kepada syabab (pemuda) Muslim pada setiap zaman.
Begitu juga para Sahabiyat r.a. yang melakukan pengorbanan untuk Islam. Khadijah, Ummu Salamah, Ummu Sulaim, Nusaibah, Asma’ dan lain-lain. Mereka semua mempunyai sikap yang telah termaklum, kehidupan yang dimakmurkan dengan melakukan pengorbanan yang bernilai. Sejarah para sahabat dipenuhi dengan kisah-kisah pengorbanan dengan harta dan jiwa demi memenangkan agama Allah.
Rujukan: Pandangan Semula kepada Risalah Ta’alim, Muhammad Abdullah al KhatibAllah telah memikulkan ke atas umat Islam sebesar-besar dan seberat-beratnya amanah. Firman Allah Subha Nahu Wa Ta’ala;
“Demikianlah Kami jadikan kamu umat pertengahan untuk menjadi saksi ke atas manusia, dan Rasul pula menjadi saksi ke atas kamu.” (Al-Baqarah: 143)
Agar mereka menunaikan amanah ini dengan sebaik-baiknya dan melaksanakan tanggungjawab, Allah Subha Nahu Wa Ta’ala telah memfardhukan jihad pada jalan-Nya, jihad dengan maknanya yang luas lagi menyeluruh sehingga dakwah terus hidup.
Mereka dituntut memberikan pengorbanan pada jalan Allah Subha Nahu Wa Ta’ala dengan tujuan menolong agamaNya. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah mentarbiyah para sahabatnya untuk berjihad pada jalan Allah Subha Nahu Wa Ta’ala dan mengorbankan setiap apa yang berharga dan bernilai bagi memenangkan agama ini. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam adalah imam kepada mereka dalam jihad dan pengorbanan. Sesungguhnya umat ini tidak akan baik melainkan dengan perkara yang menyebabkan umat dahulu menjadi baik, dan sekali-kali mereka tidak akan menjadi mulia melainkan dengan perkara yang menyebabkan umat dahulu menjadi mulia.
Sesiapa yang mahukan kebaikan dan islah (perubahan), keagungan dan kemuliaan tanpa jihad dan pengorbanan, maka beliau bermimpi di siang hari.
Sepotong syair Arab ada meyebut;
“Sesiapa yang mengejar ketinggian tanpa berpenat lelah maka dia telah mensia-siakan kerjanya dalam menuntut sesuatu yang mustahil.”
Pengorbanan yang dituntut
Setiap orang yang meredhai Allah Subha Nahu Wa Ta’ala sebagai Tuhan, Islam sebagai agama dan Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam sebagai Nabi dan Rasul, maka dituntut darinya melakukan pengorbanan. Setiap yang bernazar dan berjanji kepada Tuhannya untuk bekerja dan berjihad untuk Islam dituntut darinya melahirkan kesungguhan dan pengorbanan yang berharga. Hakikat ini mesti jelas dengan sejelas-jelasnya pada seorang Muslim. Menjadi kewajipan ke atasnya menyiapkan diri dan menyediakan dirinya bagi pengorbanan tersebut. Jadi apakah dia pengorbanan yang dituntut itu?
“Mengorbankan jiwa, harta, masa, kehidupan dan semua perkara untuk mencapai matlamat.”
Ya, inilah pengorbanan yang dituntut daripada seorang Muslim. Inilah pengorbanan yang diseru oleh Allah Subha Nahu Wa Ta’ala dan dididik para sahabat oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Allah berfirman;
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang Mukmin, jiwa-jiwa mereka dan harta-harta mereka dan membayarnya dengan syurga. Mereka berperang pada jalan Allah, lalu membunuh atau dibunuh. Itulah janji yang benar yang disebut di dalam kitab Taurat, Injil dan Quran. Sesiapa yang menunaikan janjinya dengan Allah, maka bergembiralah dengan janji yang kamu meterikan itu. Yang demikian adalah kemenangan yang besar.” (At-Taubah: 111)
FirmanNya lagi;
“Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah dengan pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan melipatgandakan pembayaran kepadanya dengan gandaan yang banyak.” (Al-Baqarah:245)
Apabila Abu Darda’ mendengar ayat ini, dia merasakan tidak ada pilihan lain melainkan bersedekah dengan hartanya yang paling dikasihi lagi berharga.
Begitulah kita lihat tarbiyah Nabawiyah yang dinikmati oleh para sahabat secara praktikal.
Abu Bakar Radhiallahu ‘Anhu telah mengorbankan dan membelanjakan seluruh hartanya. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bertanya kepadanya: “Apakah yang telah kamu tinggalkan kepada keluarga kamu?” Lalu beliau menjawab: “Aku telah tinggalkan untuk mereka Allah dan RasulNya.”
Suhaib Ar-Rumi telah mengorbankan seluruh apa yang beliau miliki demi untuk menolong agama Allah. Lantas Allah menurunkan untuknya dan orang yang sepertinya ayat Al-Quran yang dapat dibaca. Firman Allah Subha Nahu Wa Ta’ala;
“Dan di antara mereka ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredhaan Allah, dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hambaNya.” (Al-Baqarah: 207)
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam menyambutnya seraya bersabda;
“Beruntunglah perniagaan kamu, wahai Suhaib”
Mus’ab adalah pemuda yang kaya lagi dimanjakan keluarganya mengorbankan semua yang ada padanya dan menjadi satu tanda daripada bukti-bukti jihad kepada syabab (pemuda) Muslim pada setiap zaman.
Begitu juga para Sahabiyat r.a. yang melakukan pengorbanan untuk Islam. Khadijah, Ummu Salamah, Ummu Sulaim, Nusaibah, Asma’ dan lain-lain. Mereka semua mempunyai sikap yang telah termaklum, kehidupan yang dimakmurkan dengan melakukan pengorbanan yang bernilai. Sejarah para sahabat dipenuhi dengan kisah-kisah pengorbanan dengan harta dan jiwa demi memenangkan agama Allah.
Rujukan: Pandangan Semula kepada Risalah Ta’alim, Muhammad Abdullah al Khatib

Usrah telah diperkenalkan oleh Hasan Al-Banna sejak awal penubuhan Ikhwanul Muslimin (tahun 1928). Sehingga kini memang banyak pihak memperkatakan tentang usrah. Tajuk ini akan menjelaskan tentang konsep dan hakikat usrah serta apa yang perlu diisi di dalamnya.
Usrah dianggap sebagai tulang belakang bagi pembinaan harakah Islam (pergerakan Islam). Malah, dalam teori pengurusan usrah terbaru, sekiranya sistem usrah diuruskan dengan baik, maka ia adalah asas bagi melahirkan kewibawaan dan pengurusan harakah yang terbaik. Ini kerana pelbagai aktiviti dan kegiatan da’wah dalam pelbagai suasana dapat dilaksanakan melalui usrah.
Usrah dianggap sebagai institusi pendidikan yang lengkap bagi melaksanakan proses ta’lim, tarbiyah dan melahirkan individu-individu mithali.
Dalam institusi usrahlah bermulanya kerja-kerja da’wah ke dalam masyarakat. Melalui institusi usrahlah terlaksana penyediaan dan pembinaan anggota-anggota selaras dengan manhaj yang disediakan. Melalui usrah lahir rasa masuliyah dan persefahaman di kalangan anggota untuk memikul tanggungjawab dan tuntutan ’amal Islami.
Usrah merupakan sebuah kompleks pendidikan yang lengkap. Terlaksana di dalamnya pelbagai aktiviti seperti bantu membantu menjalankan tugas, mengumpul maklumat dan mengasah bakat anggota-anggota.
Melalui usrah, disampaikan keputusan harakah dan pengaliran maklumat antara kepimpinan dan anggota. Kejayaan pengurusan atau pengendalian program-program yang diatur dalam manhaj usrah boleh memaju dan memantapkan pembinaan harakah secara keseluruhannya, serta mencapai matlamat harakah, tahap demi tahap, sehinggalah tercapai matlamat terbesar harakah, iaitu untuk membentuk ummah Islamiyah yang melaksanakan Islam syumul, InsyaAllah.
Sebenarnya kejayaan operasi, pengajaran, pendidikan dan pengurusan harakah adalah bermula daripada kejayaan pengendalian usrah-usrah. Bila kuat pembinaan usrah-usrah (dari segi tarbiyah, ta’lim dan pengurusannya), maka akan kuatlah harakah. Akan sukarlah harakah itu diganggu gugat.
Berdasarkan hakikat tersebut, maka murabbi memikul peranan besar yang mesti dilaksanakan dalam mengendali atau menguruskan usrah (dalam konteks tajuk ini murrabi ialah orang yang dipertanggungjawabkan oleh harakah untuk mengetuai, mengendali dan menguruskan usrah).
Sebagai murabbi usrah, dari aspek tarbiyah beliau adalah pendidik kepada anggota-anggota dalam usrahnya. Beliau adalah contoh ikutan. Beliau menjadi mithali dalam tingkah laku dan pergaulan.
Dari aspek ta’lim, murabbi adalah guru. Beliau melaksanakan tanggungjawab mengajar atau memberi pelajaran. Beliau mengajar fikrah Islam, usul syari’at, ilmu syara’, seni berda’wah dan seni berharakah dalam pelbagai realiti. Pada waktu yang sama, murid (anggota usrah) akan berhadapan dengan murabbinya dan belajar darinya.
Melalui proses input dan output (menerima dan memberi) antara anggota dan murabbi, maka akan lahirlah usrah (seterusnya harakah) yang bersatu padu. Harakah akan kukuh, kuat dan berdaya untuk memikul serta melaksanakan tugas da’wah dan segala tanggungjawabnya.
Memandangkan kedudukan murabbi sangat penting demi menjayakan perjalanan usrah, maka beliau perlu memahami atau mengetahui beberapa kaedah dalam pengendalian atau pengurusan usrah. Kaedah tersebut perlu diberi perhatian dan dilaksanakan dalam operasi usrah.
KAEDAH-KAEDAH
1) At-Tazkir (التذكير) (Peringatan)
Dari segi bahasa boleh juga digunakan perkataan tazkirah (peringatan). Antara tujuan usrah diadakan ialah supaya wujud tazkirah di dalamnya. Firman Allah Subhanahuwata’ala:
Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfa’at bagi orang-orang beriman.
(Az-Zariyat : 55)
Tazkir (peringatan) terbahagi kepada dua:
a) Tazkir diri (peringatan kepada diri sendiri)
Dalam skop tazkir diri, murabbi perlu sentiasa ingat bahawa dia bekerja di jalan Allah. Ini bererti dia tidak boleh mengharapkan pujian atau terima kasih daripada manusia. Ia perlu bersihkan niatnya dalam setiap kerja yang dilakukan (yakni hanya kerana Allah semata-mata). Beliau hendaklah sentiasa ingat akan sabda Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam:
إنما الأعمال بالنيات
Sesungguhnya setiap amal dengan niat
(Hadith ini latarbelakangnya adalah mengenai seorang lelaki yang berhijrah kerana ingin berkahwin dengan Ummu Qais).
Murabbi perlu sentiasa sedar bahawa risalahnya dan kerja yang dilakukannya adalah untuk pertimbangan Allah di akhirat kelak. Ia tidak terpengaruh dengan nilai orang lain samada memujinya atau mencacinya. Ia hanya mengambilkira aspek kesahihan dan keikhlasan amalannya yang ditujukan kepada Allah Subhanahuwata’ala semata-mata. Oleh itu ia tidak merasa penat atau kaku dalam pergerakan atau kerjanya, kerana ia bekerja kerana Allah.
Murabbi perlu sedar dan merasai bahawa pengurusan dan pengendalian usrah adalah merupakan amanah. Ia akan disoal di akhirat kelak, berdasarkan hadith Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam:
Setiap kamu adalah penjaga, kamu akan dipertanggungjawabkan
atas jagaan kamu
Pengurusan usrah bukan bertujuan untuk keuntungan duniawi, tetapi merupakan tanggungjawab berat dan akan disoal oleh Allah. Murabbi akan dihisab dengan apa yang disampaikan kepada anggotanya yang berupa bimbingan, nasihat, ilmu pengetahuan dan sebagainya. Ini berdasarkan kaedah:
Ganjaran adalah dengan usaha
Sekiranya murabbi itu baik dalam pengendalian usrahnya, maka dia akan mendapat ganjarannya.
Ciri-ciri murabbi (ketua usrah) ialah:
i) ‘Amil – pekerja
ii) ‘Alim – mengetahui
iii) Mukhlis – ikhlas
Dalam mengendalikan usrah, murabbi membawa ketiga-tiga ciri di atas. Seseorang yang ‘alim, amil dan mukhlis akan didoakan oleh semua makhluk kerana mengajar manusia dengan kebaikan.
b) Tazkir untuk saudara/anggota (atau peringatan kepada orang lain)
Murabbi bertanggungjawab sebagai da’i yang mengajak orang lain kepada ma’ruf dan nahi mungkar. Kalau tidak berbuat demikian, maka dianggap sebagai ta’sir (cuai).
Setiap golongan manusia perlu melaksanakan tugas ’amar ma’ruf dan nahi mungkar. Hatta sewaktu bersendirian pun, seseorang itu perlu melakukan amar ma’ruf dan nahi mungkar.
Di dalam sunnah Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam, baginda berpesan apabila tiga orang bermusafir, maka perlu lantik seorang amir. Antara kewajipan amir ialah memberi tazkir. Inilah peraturan berharakah yang telah ditentukan oleh Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam.
Antara tazkir kepada anggota ialah :
i) Memberi kefahaman maksud menta’ati ketua ialah bertujuan untuk melaksanakan perintah syara’ (taat dalam rangka ma’ruf) agar usrah/harakah dapat berjalan dengan baik.
ii) Memberi kefahaman tentang manhaj hidup (sistem hidup yang benar).
iii) Memberi kefahaman bahawa perhimpunan dalam usrah adalah perhimpunan dalam rangka kebaikan, yakni untuk berta’awun dalam khair dan takwa. Allah Subhanahuwata’ala memberkati perhimpunan ini dan direstui pula oleh malaikat. Ia adalah satu wasilah yang baik dan untuk maksud yang baik pula.
Tazkir sebegini sentiasa diperlukan oleh anggota usrah. Oleh itu murabbi perlu melaksanakan tanggungjawab ini.
(Rujukan utama: Risalah Al-A’in), Bahan tarbiyah ini adalah bimbingan dari Ustaz Dato’ Dahlan bin Mohammad Zain (Syeikh Abu Muhammad), semoga dapat dimanfaatkan bagi memantapkan perjalanan halaqah / usrah kita, insyaAllah.

BERCOUPLE, setiap kali kita mendengarnya akan terlintas di benak kita sepasang insan yang sedang mabuk cinta dan dilanda asmara Saling mengungkapkan rasa sayang serta rindu, yang kemudiannya memasuki sebuah biduk pernikahan. Lalu kenapa harus dipermasalahkan? Bukankah cinta itu fitrah setiap anak adam? Bukankah setiap orang memerlukan masa penyesuaian sebelum pernikahan? CINTA, Fitrah Setiap Manusia, MANUSIA diciptakan oleh ALLAH SWT dengan membawa fitrah (instinct) untuk mencintai lawan jenisnya. Sebagaimana firman-NYA;
" Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah lading. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi ALLAH lah tempat kembali yang baik (Syurga). (Ali Imran: 14).
Berkata Imam Qurthubi: ALLAH SWT memulai dengan wanita kerana kebanyakan manusia menginginkannya, juga kerana mereka merupakan jerat-jerat syaitan yang menjadi fitnah bagi kaum lelaki,
Sebagaimana sabda Rasulullah SAW;
'Tiadalah aku tinggalkan setelahku selain fitnah yang lebih berbahaya bagi lelaki daripada wanita'. (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Ibnu Majah)
Oleh kerana cinta merupakan fitrah manusia, maka ALLAH SWT menjadikan wanita sebagai perhiasan dunia dan nikmat yang dijanjikan bagi orang-orang beriman di syurga dengan bidadarinya.
Dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a. berkata; Rasulullah SAW bersabda; Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah. (Hadis Riwayat Muslim, NasaI, Ibnu Majah, Ahmad, Baihaqi)
ALLAH berfirman;
"Di dalam syurga-syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik." (ar-Rahman: 70)
Namun, Islam tidak membiarkan fitnah itu mengembara tanpa batasannya. Islam telah mengatur dengan tegas bagaimana menyalurkan cinta, juga bagaimana batasan pergaulan antara dua insan berlawanan jenis sebelum nikah, agar semuanya tetap berada pada landasan etika dan norma yang sesuai dengan syariat.
ETIKA PERGAULAN DAN BATAS PERGAULAN DI ANTARA LELAKI DAN WANITA MENURUT ISLAM.
1.Menundukkan pandangan:
ALLAH memerintahkan kaum lelaki untuk menundukkan pandangannya, sebagaimana firman- NYA;
Katakanlah kepada laki-laki yang beriman:" Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya." (an- Nuur: 30)
Sebagaimana hal ini juga diperintahkan kepada kaum wanita beriman, ALLAH berfirman;
Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (an- Nuur: 31)
2.Menutup Aurat;
ALLAH berfirman;
dan jangan lah mereka mennampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya. (an-Nuur: 31)
Juga Firman-NYA; Hai nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri- isteri orang mukmin: Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (an-Nuur: 59).
Perintah menutup aurat juga berlaku bagi semua jenis. Dari Abu Daud Said al-Khudri r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seseorang lelaki memandang aurat lelaki, begitu juga dengan wanita jangan melihat aurat wanita.
3.Adanya pembatas antara lelaki dengan wanita;
Kalau ada sebuah keperluan terhadap kaum yang berbeza jenis, harus disampaikan dari balik tabir pembatas. Sebagaimana firman-NYA;
Dan apabila kalian meminta sesuatu kepada mereka (para wanita) maka mintalah dari balik hijab. (al-Ahzaab: 53)
4.Tidak berdua-duaan Di Antara Lelaki Dan Perempuan;
Dari Ibnu Abbas r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya. (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim) Dari Jabir bin Samurah berkata; Rasulullah SAW bersabda: Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya. (Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi dengan sanad yang sahih)
5.Tidak Melunakkan Ucapan (Percakapan):
Seorang wanita dilarang melunakkan ucapannya ketika berbicara selain kepada suaminya. Firman ALLAH SWT;
Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (berkata-kata yang menggoda) sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik. (al-Ahzaab: 32)
Berkata Imam Ibnu Kathir; Ini adalah beberapa etika yang diperintahkan oleh ALLAH kepada para isteri Rasulullah SAW serta kepada para wanita mukminah lainnya, iaitu hendaklah dia kalau berbicara dengan orang lain tanpa suara merdu, dalam pengertian janganlah seorang wanita berbicara dengan orang lain sebagaimana dia berbicara dengan suaminya. (Tafsir Ibnu Kathir 3/350)
6.Tidak Menyentuh Kaum Berlawanan Jenis;
Dari Maqil bin Yasar r.a. berkata; Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginnya. (Hadis Hasan Riwayat Thabrani dalam Mujam Kabir) Berkata Syaikh al-Abani Rahimahullah; Dalam hadis ini terdapat ancaman keras terhadap orang- orang yang menyentuh wanita yang tidak halal baginya. (Ash-Shohihah 1/448) Rasulullah SAW tidak pernah menyentuh wanita meskipun dalam saat-saat penting seperti membaiat dan lain- lainnya. Dari Aishah berkata; Demi ALLAH, tangan Rasulullah tidak pernah menyentuh tangan wanita sama sekali meskipun saat membaiat. (Hadis Riwayat Bukhari)
Inilah sebahagian etika pergaulan lelaki dan wanita selain mahram, yang mana apabila seseorang melanggar semuanya atau sebahagiannya saja akan menjadi dosa zina baginya, sebagaimana sabda Rasulullah SAW; Dari Abu Hurairah r.a. dari Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya ALLAH menetapkan untuk anak adam bahagiannya dari zina, yang pasti akan mengenainya. Zina mata dengan memandang, zina lisan dengan berbicara, sedangkan jiwa berkeinginan serta berangan- angan, lalu farji yang akan membenarkan atau mendustakan semuanya. (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim & Abu Daud) Padahal ALLAH SWT telah melarang perbuatan zina dan segala sesuatu yang boleh mendekati kepada perbuatan zina. Sebagaimana Firman- NYA;
Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk. (al-Isra: 32)
Hukum Bercouple SETELAH memerhatikan ayat dan hadis tadi, maka tidak diragukan lagi bahawa bercouple itu haram, kerana beberapa sebab berikut:
1.Orang yang bercouple tidak mungkin menundukkan pandangannya terhadap kekasihnya.
2.Orang yang bercouple tidak akan boleh menjaga hijab.
3.Orang yang bercouple biasanya sering berdua-duaan dengan pasangan kekasihnya, baik di dalam rumah atau di luar rumah.
4.Wanita akan bersikap manja dan mendayukan suaranya saat bersama kekasihnya.
5.Bercouple identik dengan saling menyentuh antara lelaki dan wanita, meskipun itu hanya berjabat tangan.
6.Orang yang bercouple, boleh dipastikan selalu membayangkan orang yang dicintainya.
Dalam kamus bercouple, hal-hal tersebut adalah lumrah dilakukan, padahal satu hal saja cukup untuk mengharamkannya, lalu apatah lagi kesemuanya atau yang lain-lainnya lagi?
Fatwa Ulama Syaikh Muhammad bin Shaleh al-Utsaimin ditanya tentang hubungan cinta sebelum nikah. Jawab beliau;
"Jika hubungan itu sebelum nikah, baik sudah lamaran atau belum, maka hukumnya adalah haram, kerana tidak boleh seseorang untuk bersenang-senang dengan wanita asing (bukan mahramnya) baik melalui ucapan, memandang, atau berdua-duaan. Sebagaimana Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang lelaki bedua-duaan dengan seorang wanita kecuali ada bersama- sama mahramnya, dan janganlah seseorang wanita berpergian kecuali bersama mahramnya."
Syaikh Abdullah bin abdur Rahman al-Jibrin ditanya; Jika ada seseorang lelaki yang berkoresponden dengan seorang wanita yang bukan mahramnya, yang pada akhirnya mereka saling mencintai, apakah perbuatan itu haram? Jawab beliau;
"Perbuatan itu tidak diperbolehkan, kerana boleh menimbulkan syahwat di antara keduanya, serta mendorongnya untuk bertemu dan berhubungan, yang mana koresponden semacam itu banyak menimbulkan fitnah dan menanamkan dalam hati seseorang untuk mencintai penzinaan yang akan menjerumuskan seseorang pada perbuatan yang keji, maka dinasihati kepada setiap orang yang menginginkan kebaikan bagi dirinya untuk menghindari surat-suratan, pembicaraan melalui telefon, serta perbuatan semacamnya demi menjaga agama dan kehormatan dirinya."
Syaikh Jibrin juga ditanya; Apa hukumnya kalau ada seorang pemuda yang belum menikah menelefon gadis yang juga belum menikah? Jawab beliau;
"Tidak boleh berbicara dengan wanita asing (bukan mahram) dengan pembicaraan yang boleh menimbulkan syahwat, seperti rayuan, atau mendayukan suara (baik melalui telefon atau lainnya). Sebagaimana firman ALLAH SWT; Dan janganlah kalian melembutkan suara, sehingga berkeinginan orang-orang yang berpenyakit di dalam hatinya. (al-Ahzaab: 32). Adapun kalau pembicaraan itu untuk sebuah keperluan, maka hal itu tidak mengapa apabila selamat daripada fitnah, akan tetapi hanya sekadar keperluan."
Syubhat Dan Jawapan Yang Sebenarnya Keharaman bercouple lebih jelas dari matahari di siang hari. Namun begitu masih ada yang berusaha menolaknya walaupun dengan dalil yang sangat rapuh, antaranya: Tidak Boleh dikatakan semua cara bercouple itu haram, kerana mungkin ada orang yang bercouple mengikut landasan Islam, tanpa melanggar syariat Jawabnya: Istilah bercouple berlandaskan Islam itu Cuma ada dalam khayalan, dan tidak pernah ada wujudnya. Anggap sajalah mereka boleh menghindari khalwat, menyentuh serta menutup aurat. Tetapi tetap tidak akan boleh menghindari dari saling memandang, atau saling membayangkan kekasihnya dari masa ke semasa. Yang mana hal itu jelas haram berdasarkan dalil yang kukuh.
Biasanya sebelum memasuki alam perkahwinan, perlu untuk mengenal terlebih dahulu calon pasangan hidupnya, fizikal, karaktor, yang mana hal itu tidak akan boleh dilakukan tanpa bercouple, kerana bagaimanapun juga kegagalan sebelum menikah akan jauh lebih ringan daripada kalau terjadi setelah menikah. Jawabnya: Memang, mengenal fizikal dan karaktor calon isteri mahupun suami merupakan satu hal yang diperlukan sebelum memasuki alam pernikahan, agar tidak ada penyesalan di kemudian hari. Namun, tujuan ini tidak boleh digunakan untuk menghalalkan sesuatu yang telah sedia haramnya. Ditambah lagi, bahawa orang yang sedang jatuh cinta akan berusaha bertanyakan segala yang baik dengan menutupi kekurangannya di hadapan kekasihnya. Juga orang yang sedang jatuh cinta akan menjadi buta dan tuli terhadap perbuatan kekasihnya, sehingga akan melihat semua yang dilakukannya adalah kebaikan tanpa cacat. Sebagaimana diriwayatkan dari Abu Darda; Cintamu pada sesuatu membuatmu buta dan tuli.
Fenomena Couple Dalam situasi terkini, fenomena pergaulan bebas dan pengabaian terhadap nilai-nilai murni Islam berlaku pada tahap yang amat membimbangkan. Kebanyakan umat Islam kini tidak lagi menitik beratkan nilai-nilai dan adab-adab sopan yang dianjurkan oleh Islam melalui al-Quran dan sunnah rasul-NYA. Mereka bukan setakat mengabaikannya dan menganggap perkara itu tidak penting, bahkan mereka menganggapkannya sebagai satu perkara yang menyusahkan aktiviti mereka yang menurutkan nafsu dan perasaan semata-mata itu. Nauzubillah Marilah kita sama-sama menjauhi perkara yang seumpama itu dan mejauhi hal-hal yang telah dilarang (haram). Tegakkanlah yang benar dan katakanlah salah kepada yang batil. Janganlah berhujah untuk membenarkan perkara yang telah terang HARAMNYA di sisi ALLAH.

Dakwah Islamiyah telah melahirkan satu generasi manusia, generasi sahabat Rasulullah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam, Ridwanullahi alaihim, iaitu satu generasi yang paling istimewa dalam sejarah Islam dan sejarah kemanusiaan keseluruhannya. Generasi itu tidak pernah muncul dan timbul lagi sesudah itu, walaupun terdapat juga beberapa peribadi dan tokoh tertentu di sepanjang sejarah, tetapi tidaklah lahir satu golongan besar manusia, di satu tempat yang tertentu, seperti yang telah muncul di zaman Rasulullah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam.
Ini adalah satu hakikat yang sememangnya berlaku dan di sebaliknya terkandung maksud-maksud yang tertentu yang perlu kita perhatikan dan renungkan dengan bersungguh-sungguh, agar kita dapat menyelami rahsianya.
Al-Quran yang menjadi sumber dakwah ini masih berada bersama-sama kita. Hadis Rasulullah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam dan petunjuk-petunjuk daripada perjalanan hidup dan sirahnya yang mulia itu juga masih ada di samping kita, seperti yang telah ada bersama-sama dengan generasi yang terdahulu itu, tidak terjejas oleh perjalanan sejarah dan tidak lapuk oleh perkembangan zaman; hanya diri peribadi Rasulullah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam sahaja yang tiada bersama-sama kita sekarang. Adakah ini rahsianya?
Kalaulah wujudnya peribadi Rasulullah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam itu menjadi syarat mutlak untuk kejayaan dakwah ini, maka sudah tentu Allah Subha Nahu Wa Ta’ala tidak menjadikan dakwah ini meliputi seluruh umat manusia dan tidak dijadikannya (Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam) sebagai utusan-Nya yang terakhir, serta tidak diserahkan hal ini (menegakkan Islam) untuk diurus oleh manusia hingga ke akhir zaman. Tetapi Allah Subha Nahu Wa Ta’ala telah mewafatkan Rasulullah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam setelah 23 tahun baginda menjalankan tugas berdakwah dan menyampaikan perutusan Ilahi, dan Allah Subha Nahu Wa Ta’ala telah memberi jaminan untuk memelihara Al-Quran dan menegaskan akan memelihara agama-Nya hingga hari kiamat. Ini adalah kerana Allah mengetahui bahawa dakwah ini boleh tegak selepas zaman Rasulullah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam dan juga boleh membuahkan hasil yang baik Dengan demikian, ketiadaan peribadi Rasulullah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam itu tidak boleh dijadikan alasan di atas kegagalan dakwah di zaman ini.
Maka, kita perlu menyelidiki sebab lain yang menjadi punca kegagalan itu. Mari kita lihat kepada sumber pengambilan generasi pertama itu. Kemudian kita lihat pula kepada program dan jalan yang telah dilalui mereka, barangkali ada sesuatu yang berlainan dan berbeza.
Sumber pokok yang dicedok oleh generasi pertama itu ialah Al-Quran, dan HANYA Al-Quran sahaja. Hadis Rasulullah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam dan petunjuk-petunjuk beliau adalah merupakan penafsiran kepada sumber utama itu. Ketika Saidatina Aisyah Radhiallahu’anha ditanya mengenai kelakuan, perangai dan perjalanan hidup Rasulullah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam, maka beliau menjawab; (yang bermaksud); “Akhlak baginda itu ialah Al-Quran.” [Riwayat An-Nasai]
Bukanlah disebabkan ketiadaan tamadun dan kebudayaan duniawi pada zaman tersebut yang menyebabkan generasi pertama itu hanya mencedok daripada Al-Quran sahaja sebagai sumber didikan mereka, tetapi ialah justeru penyusunan yang telah ditentukan dan program yang telah diatur oleh Allah Subha Nahu Wa Ta’ala. Dalil yang terang tentang hal ini ialah kemurkaan Rasulullah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam ketika melihat Sayyidina Umar Al-Khattab r.a. memegang sehelai kitab Taurat. Sabda baginda; “Demi Allah, sekiranya Nabi Musa masih hidup bersama-sama kamu sekarang, tidak ada pilihan baginya melainkan mesti mengikut ajaranku.” [Riwayat Abu Ya'la]
Tetapi apakah yang berlaku kemudiannya? Sumber panduan bagi generasi kemudian rupanya telah bercampur baur! Sumber mereka telah dicemari oleh falsafah Yunani (Greek), cara berfikir dan logiknya, dongeng-dongeng Parsi dan pandangan hidupnya, cerita-cerita Israiliat Yahudi dan juga telah dimasuki oleh saki baki peninggalan tamadun zaman lampau. Inilah faktor utama yang menyebabkan generasi berikutnya berlainan sama sekali dengan generasi yang pertama yang unggul itu.
Di sana ada satu lagi faktor asas selain daripada percampuran sumber, iaitu berbezanya cara menerima pengajaran antara generasi para sahabat Rasulullah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam dengan generasi-generasi kemudiannya.
Generasi pertama para sahabat Rasulullah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam tidak mendekatkan diri mereka dengan Al-Quran dengan tujuan mencari pelajaran dan bahan bacaan, bukan juga dengan tujuan mencari hiburan dan berpanglipur lara. Tiada seorang pun daripada mereka yang belajar Al-Quran dengan tujuan menambah bekal dan bahan ilmu semata-mata untuk ilmu dan bukan juga dengan maksud menambah bahan ilmu dan akademi untuk mengisi dada mereka sahaja. Tidak juga dipelajari Al-Quran untuk mencari pengetahuan tambahan ataupun arahan tambahan dalam satu majlis pengajian atau suatu majlis taklimat. Tetapi dipelajari Al-Quran itu dengan maksud hendak belajar tentang arahan dan perintah Allah dalam urusan hidup peribadinya dan hidup masyarakat mereka. Dan dia belajar untuk dilaksanakan serta merta, seperti seorang perajurit yang menerima arahan.
Dasar “belajar untuk melaksanakan terus” merupakan faktor utama membentuk generasi pertama dahulu, manakala dasar “belajar untuk membuat kajian dan bahan panglipur lara” merupakan faktor penting yang melahirkan generasi-generasi kemudian. Dan tidak syak lagi bahawa faktor kedua inilah yang merupakan sebab utama mengapa generasi-generasi yang terkemudian berlainan sama sekali dengan generasi pertama para sahabat Rasulullah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam.
Al-Quran ini tidak diturunkan sekaligus, malah ia diturunkan mengikut keperluan-keperluan yang sentiasa berubah, mengikut perkembangan fikiran dan pandangan hidup serta suasana tertentu dan peristiwa khusus dan untuk membongkar isi hati manusia, untuk menggambarkan urusan yang mereka hadapi, dan menggariskan program kerja mereka, juga untuk memperbetulkan kesilapan perasaan dan perjalanan hidup, supaya mereka sentiasa merasa terikat dengan Allah Subha Nahu Wa Ta’ala setiap masa dan dalam semua keadaan dan suasana. Al-Quran diturunkan secara beransur-ansur bagi mengajar mereka mengenal Allah Subha Nahu Wa Ta’ala melalui sifat-sifatNya dan juga melalui bukti-bukti perkembangan dan perubahan alam. Dengan demikian, mereka akan merasakan bahawa diri mereka sentiasa terikat kepada Allah Subha Nahu Wa Ta’ala dan tertakluk kepada pemerhatian Ilahi. Pada ketika itu, mereka merasakan bahawa mereka sedang hidup di bawah pengawasan Allah Subha Nahu Wa Ta’ala secara langsung.
Di sana ada satu lagi faktor yang mesti diperhati dan dicatat dengan sebenar-benarnya.
Seorang yang telah menganut Islam itu sebenarnya telah melucutkan daripada dirinya segala sesuatu dari zaman lampaunya di alam jahiliyah. Dia merasakan ketika dia mula menganut Islam bahawa dia memulakan episod baru di dalam hidupnya; memisahkan dirinya sejauh-jauhnya daripada hidupnya yang lampau di zaman jahiliyah. Dia merasakan bahawa segala sesuatu di zaman jahiliyah dahulu adalah kotor dan tidak sesuai dengan ajaran Islam. Dengan perasaan inilah dia menerima hidayah dan petunjuk Islam yang baru itu. Sekiranya pada ketika-ketika yang tertentu, dia terdorong oleh nafsunya, atau merasa tertarik dengan kebiasaannya yang lama, atau merasa lemah di dalam menjalankan tugas dan kewajipan keIslamannya, nescaya dia akan merasa amat bersalah dan berdosa, dan dari lubuk hatinya merasakan perlu untuk membersihkan dirinya daripada apa yang berlaku; lalu berusaha sedaya upaya untuk mengikuti panduan yang digariskan oleh Al-Quran.
Rujukan: Petunjuk Sepanjang Jalan, Syed Qutb

Saya tidak pernah mengenali siapa kah sebenarnya artis barat ini.
Dan, baru terdengar namanya apabila terdapat beberapa bantahan terhadap konsertnya oleh beberapa pihak sebelum ini. Dengar kata, akan berlangsung malam ini,(14 Oktober) di Stadium Bukit Jalil.
Adam Lambert, disebalik nama itu terdapat bayangan-bayangan kelakuan dan moral yang negatif yang menjadi amalan kehidupannya. Dan sudah pasti, kehadirannya akan memberi impak dan kesan negatif secara langsung kepada anak-anak remaja di tanah air yang tercinta ini.
Sedikit maklumat berkaitan artis ini. Lambert, 28, merupakan penyanyi pop, penulis lirik dan pelakon daripada California. Album bekas peserta American Idol itu, For Your Entertainment pada 2009 terjual sebanyak 198,000 selepas seminggu berada dalam pasaran.
Sokongan
Saya menyokong tindakan dan desakan untuk membatalkan, mengharamkan dan menghapuskan segala bentuk konsert atau apa jua hiburan yang tentunya akan melalaikan generasi muda di Malaysia termasuklah konsert ikon barat ini. Kepekaan, sensitiviti dan sikap respon terhadap perkara mungkar sebegini harus dilaksanakan sesegara mungkin dan pihak berwajib harus sedar bahawa ia harus dinilai, dan dibatalkan tanpa berfikir panjang.
Dalam sebuah hadis yang seringkali kita dengar, dan baca :
عن أبي سعيد الخدري
سمعت رسول الله یقول
من رأى منكم منكرا فليغيره بيده، فإن لم یستطع فبلسانه، فإن لم یستطع فبقلبه. وذلك أضعف الإیمان
رواه مسلم
Hadis diriwayatkan oleh al-lmam Muslim.
Daripada Abu Sa'id al-Khudrie r.a. beliau berkata: “ Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Barangsiapa di kalangan kamu melihat suatu kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengantangannya. Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan lidahnya. Sekiranyadia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya. Yang sedemikian itu adalah selemah-lemah iman. “
Di mana kita?
Suatu persoalan yang harus dijawab.
Ustaz Ali Irfan Jamaluddin (Ketua HALUANSiswa Kelantan)
Page 1 of 5
Kelab Siswa HALUAN Malaysia (HALUANSiswa) ialah sebuah kelab yang ditubuhkan di bawah HALUAN Malaysia. Kelab ini menjadi platform kepada ahli-ahli yang terdiri daripada semua mahasiswa institusi pengajian tinggi awam dan swasta sama ada di dalam atau di luar negara untuk bergabung tenaga bagi menjayakan visi dan misi HALUAN. PPM 969/88