H A L U A N S i s w a

Bersahsiah Dekat & Bererti

You are here: Laman Utama Direktori Artikel Berakhir Sebuah Pencarian

Berakhir Sebuah Pencarian

E-mail Print PDF

Assalamualaikum, pertama dan selamanya marilah kita mengatur ribuan kesyukuran kepada Allah s.w.t tanpa jemu. Kita diizinkan oleh Allah untuk terus bernafas, kerana Allah yang maha penyayang masih lagi memberikan kesempatan untuk bertaubat kepadanya.

Al-kholiq juga masih membuka peluang untuk kita menerima tazkirah dan teguran. Oleh itu kita wajib memanjatkan rasa syukur kerana telah diberi oleh Allah dengan nikmat yang tidak terkata bilangannya. Tidak dilupakan juga, selawat dan salam kepada junjujangan baginda Rasullah serta ahli keluarga baginda yang solleh. Baginda adalah rasul dakwah, rasul tarbiyyah. Baginda telah menyerahkan seluruh hidup baginda untuk berdakwah di jalan Allah. Oleh itu alhamdulillah kita dapat mengecapi dua nikmat yang terbesar iaitu nikmat Islam dan nikmat Iman.

Pada kesempatan ini saya berhajat membawa anda mengembara bersama satu analogi yang amat berguna jika dihayati menggunakan mata hati.

Alkisah pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, terdapat seseorang terdampar di tepi pantai, pengsan barangkali. Tidak lama kemudian, sebuah sampan menghampiri pantai, nelayan baru pulang dari laut. Nelayan itu ternampak lelaki yang masih pengsan, maka dia pun menghampirinya dan mengejut lelaki tersebut dari pengsannya. Agak lama dia cuba menyedarkan lelaki tersebut. Setelah puas berikhtiar, nelayan tersebut mendapat satu akal, lalu dia pergi mendapatkan sebaldi air laut yang sudah maklum masin rasanya. Dituangkan sebaldi air laut itu kepada sipemuda tersebut,maka pemuda itu segera terjaga dan secara tidak sengaja dia terminum air tadi dan terus tersedak kerana terlalu masin.

Syukur alhamdulillah tuan hamba sudah terjaga. Lalu nelayan itu memperkenalkan dirinya dengan nama Asyraf. Pemuda tadi memperkenalkan dirinya dengan nama Syakir. ’tuan hamba dari mana dan nak ke mana?”tanya Asyraf kepada Syakir. ”Oh hamba dari...ah aku dari mana?”tanya Syakir kehairanan, seperti orang hilang ingatan. ”Aku nak ke mana?”tanya Syakir lagi. Hah? ” Asyraf terkejut melihat kelakuan Syakir seperti orang hilang ingatan, ”mungkin ada sesuatu terjadi kepada tuan hamba sebelum tuan hamba pengsan?” Asyraf cuba meneka. Syakir memandang kepada Asyraf dengan pandangan penuh tanda tanya. ”Maaf, tolong tinggalkan hamba sendirian” pinta Syakir seperti orang tertekan. Maka Asyraf memahami keadaan Syakir dan meninggalkannya keseorangan di pantai tersebut.

Syakir berjalanan sambil memegang kepalanya seperti cuba mengimbau sesuatu. ”Ah bagaimana aku tidak ingat” Syakir bermonolog sendirian.

Syakir terus berjalan melalui kampung nelayan. ”aku ini dari mana dan nak ke mana?” selagi lagi dia bernolog dan mukanya memperlihatkan wajah yang penuh dengan tanda tanya. Sedang dia memikirkan hal itu, seorang lelaki tua sedang memandang tajam tepat kearahnya. Syakir menyedari akan hal itu. ”kenapa pula orang tua itu memandangku?” tanya Syakir sendirian.”Apa masalah pakcik?” tanya Syakir sedikit marah. Tetapi orang tua itu tetap memandang Syakir. Tidak lama kemudian orang tua itu memanggil Syakir. Tetapi dia tidak menghiraukan pangilan tersebut sambil munyumpah orang tua tersebut. ”pak cik tahu siapa kamu nak, dari mana kamu datang dan ke mana kamu harus pergi” kata pak cik itu kepada Syakir. Apalagi, tekejut besar Syakir mendengarnya, jantung Syakir berdegup kencang bagai mahu gugur akibat terkejut. Mana mungkin di tempat asing ini ada orang yang mengenalinya. Syakir menghampiri kepada orang tua tersebut. ”pak cik tahu siapa saya?” tanya Syakir kepada orang tua tersebut. Orang misteri tersebut mengarahkan Syakir untuk mengikutnya. Lalu orang misteri tersebut membawa membawa syakir kesebuah rumah kayu yang sederhana besar. Syakir dipelawa masuk kedalam dan duduk di ruang tamunya. Orang tua misteri tersebut pergi kebelang rumah dan keluar dengan tangan kananya memegang sebuah buku.

Syakir memerhatikan orang tua itu dengan perasaan hairan. Orang misteri tersebut duduk di sebelah Syakir dan terus membuka buku tersebut. Orang tua itu memberitahu bahawa Syakir sebenarnya adalah utusan Sultan Melaka, Baginda Sultan mengarahkan tuan hamba mencari mutiara di Pulau Pinang Pulau Mutiara dan balik dengan segera. Orang tua tersebut memberitahu kepada Syakir apa yang dia tidak tahu. Perkara yang diberitahu oleh orang tua tersebut kepadanya daripada apa dibaca olehnya (orang tua) dari buku tersebut, dan sekarang dia perada di Pulau Pinang. Syakir hairan bercampur gembira, dia mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada orang tua tersebut, gembiralah Syakir kerana dia sudah tahu apa yang harus dilakukan selepas ini.

Saya ingin bertanya kepada pembaca, andai anda berada di tempat Syakir keadaan manakah yang anda suka. Keadaan kita anda tidak mengetahui haluan atau ketika anda telah mengetahui segala-galanya.

Ideologi tersebut sebenarnya adalah kehidupan yang kita lalui. ’Orang tua’ tersebut boleh dikiaskan kepada rasul yang membawa cahaya kehidupan kepada sebuah umat. Buku itu pula boleh dikiaskan sebagai Alquran yang menjadi panduan kehidupan kepada setiap insan. ”Raja” itu pula merujuk kepada yang maha pencipta. Manakala ’Melaka’ merujuk kepada tempat kita asal kita iaitu alam roh. ’Berlian’ pula merujuk kepada pahala yang harus dicari oleh ’Syakir bagi mendapat syurga. Manakala ’balik dengan segera’ merujuk kepada akhirat setelah kita berpenat lelah mencari mutiara tersebut, maka Allah akan memberi ganjarannya jika kita berjaya. ’Syakir’ merujuk kepada umat manusia yang sentiasa mencari kebenaran.

Jika ’syakir’ itu tidak tergerak hati untuk mengikut ’orang tua’ tersebut, pasti dia tidak akan tahu untuk apa dia ke tempat tersebut dan ke mana selepas itu, pendek kata dia akan sesat. Seperti yang saya katakan tadi, ’Syakir’ itu merujuk kepada manusia dan ’orang tua’ tersebut merujuk kepada rasul. Apabila manusia tidak mempercayai ajakan rasul, bagaimana manusia tersebut dapat mengetahui untuk apa dia dijadikan dan ke mana dia akan kembali. Rasul adalah pesuruh Allah yang ditugaskan untuk mengeluarkan manusia daripada kegelapan jahiliyyah kepada sinar aqidah islam. Sebagai contoh, rasullah telah mengeluarkan sahabat-sahabatnya daripada kegelapan jahiliyyah kepada sinar keiman kepada Allah melalui satu paroses yang amat penting iaitu proses tarbiyyah, maka sahabat-sahabat rasulullah menjadi satu generasi yang luar biasa. Rasul telah memberitahu kepada sahabatnya bahawa kepada Allah kita didatangkan dan kepadanya kita akan kembali. oleh itu, barulah umat mengetahui untuk apa mereka diciptakan iaitu beribadah hanya-sanya kepada Allah. Sesuai dengan firman Allah ”tidak aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepadaku”.

Seterusnya rasul adalah orang yang menyampaikan ”buku” tersebut yakni Alquran kepada seluruh manusia. Alquran adalah kalam Allah yang mulia. Ia menjadi sumber rujukan kepada semua manusia. Ia juga merupakan sumber inspirasi bagi mereka yang beriman. Rasulullah meninggalkan kepada kita dua harta warisan yang tidak boleh dibeli untuk mendapatkannya, iaitu alquran dan sunnahnya. Tanpanya ummat akan sentiasa berada didalam kegelapan. Alangkah malangnya seseorang itu apabila dia tidak mengetahui untuk apa dia dijadikan dan ke mana dia akan pergi. Tetapi apabila manusia tersebut menjadikan alquran sebagai panduan, insyaallah hidupnya akan selamat dan manusia itu akan jelas akan visi dan misinya untuk terus hidup. Tanpanya manusia akan meneruskan hidup dalam keadaan kebingungan tanpa arah tuju. Maka manusia tersebut cuba mencari kemanisan hidup dengan hiburan yang melampau, berzina dan sebagainya, alangkah malangnya nasib manusia tersebut. Semoga kita tidak tergolong dalam golongan tersebut.

 

Disediakan Oleh:
~deenworker~
deenworker.blogspot.com
Kolej Teknologi Darulnaim

 

Siapa Kami?

Kelab Siswa HALUAN Malaysia (HALUANSiswa) ialah sebuah kelab yang ditubuhkan di bawah HALUAN Malaysia. Kelab ini menjadi platform kepada ahli-ahli yang terdiri daripada semua mahasiswa institusi pengajian tinggi awam dan swasta sama ada di dalam atau di luar negara untuk bergabung tenaga bagi menjayakan visi dan misi HALUAN. PPM 969/88

Who's Online

We have 16 guests online

Counter

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday43
mod_vvisit_counterYesterday469
mod_vvisit_counterThis week2653
mod_vvisit_counterLast week3253
mod_vvisit_counterThis Month4597
mod_vvisit_counterAll days291561