H A L U A N S i s w a

Bersahsiah Dekat & Bererti

You are here: Laman Utama Email Pilihan Hati Sebagai Wadah Pembentukan Iman

Hati Sebagai Wadah Pembentukan Iman

E-mail Print PDF

Biji benih merupakan peringkat terawal dalam proses pertumbuhan pokok. Jika proses yang dilalui oleh biji benih baik maka hasil yang akan dikeluarkan oleh pokok adalah berkualiti.

Sebaliknya jika proses yang dilalui adalah kurang baik maka hasil yang dikeluarkan adalah kurang berkualiti. Kehadiran air, suhu yang sesuai dan kehadiran oksigen merupakan aspek penting dalam percambahan biji benih .

Pertumbuhan biji benih akan terbantut jika salah satu daripada faktor-faktor itu tidak hadir.

Begitulah analogi Iman. Iman memerlukan tempat untuk berlakunya peningkatan dan hati merupakan wadah yang dominan dalam pertumbuhan keimanan yang subur.

Kata Ibnu Qayyim: Hati sajalah Iman boleh tumbuh.

Justeru jika baiknya hati maka akan tertumbuh benih Iman , tertumbuhnya pokok-pokok Iman dan ia tertumbuh bunga-bunga keimanan kepada Allah . Manakala hati yang rosak akan menghasilkan iman yang berpenyakit.

Oleh itu , kita ingin didik hati kita dan jiwa kita . Kita ingin ketengahkan hati kita yang selama ini tenggelam dalam arus Tarbiyyah Jahiliyyah supaya ia dapat kembali berfungsi menjadi Masdar Wahid , menjadi Pemancar Utama kepada semua amalan hidup kita . Inilah yang mendorong kita untuk berusaha dengan gigih sekali tanpa mengenal jemu , tanpa mengenal penat untuk menjalankan tarbiyyah ini (Tarbiyyah Islamiyyah Harakiyyah) pada individu dan pada jemaah kita untuk kita menyediakan hati-hati supaya menjadi hati-hati yang beriman dalam erti kata yang sebenarnya yang mampu melahirkan kerja-kerja Iman.

Jalan tarbiyyah memerlukan masa yang lama dan sukar tetapi ia melahirkan kesan tabiyyah yang betul dan tepat mengena sasarannya iaitu hati. Tarbiyyah yang akan terkesan dan berkesan kepada hati.`Aqal yang berhubung dengan perkara nyata , tidak mampu untuk sampai dan naik lebih tinggi daripada ketinggian hati yang meyakini perkara-perkara ghaib.Lantaran itu, hati menjadi sasaran tarbiyyah.

Sememangnya Al-Quran dan Hadith menggambarkan bahawa hatilah yang menjadi masdar atau wadah bagi setiap tingkah laku manusia . Perubahan manusia bermula dari perubahan hatinya . Kerosakan manusia kerana rosaknya hatinya . Segala sifat baik atau buruk ditumpukan kepada hati;baik hati, hati dengki keras hati dan lain-lain . Oleh itu , proses tazkiah / pembersihan , mu`alajah / rawatan dan sebagainya mestilah bermula dari hati, jika tidak segala usaha kita akan jadi sia-sia; umpama pokok yang tidak kita perlukan , jika kita hanya membuang ranting-rantingnya maka akan tumbuh tunas –tunas baru yang lebih banyak . Oleh itu, kita mesti mencabut hingga ke akar umbinya.Justeru, hati yang diproses mampu menguasai tingkahlaku manusia. Hati sebagai masdar.

Disediakan Oleh:
Akhi Rakhaiz
University Yarmouk, Irbid, Jordan
akhi-rakhaiz.blogspot.com

 

 

Siapa Kami?

Kelab Siswa HALUAN Malaysia (HALUANSiswa) ialah sebuah kelab yang ditubuhkan di bawah HALUAN Malaysia. Kelab ini menjadi platform kepada ahli-ahli yang terdiri daripada semua mahasiswa institusi pengajian tinggi awam dan swasta sama ada di dalam atau di luar negara untuk bergabung tenaga bagi menjayakan visi dan misi HALUAN. PPM 969/88

Who's Online

We have 10 guests online

Counter

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday57
mod_vvisit_counterYesterday469
mod_vvisit_counterThis week2667
mod_vvisit_counterLast week3253
mod_vvisit_counterThis Month4611
mod_vvisit_counterAll days291575