
PADANG, 8 Oktober - 5 orang relawan HALUAN yang berada di Padang
meneruskan bantuan kepada mangsa-mangsa gempabumi. Mereka yang berpengkalan di Masjid Desa Sg Sirah, berdekatan Padang Pariaman, memberi bantuan perubatan dan juga mengagihkan barangan keperluan kepada mangsa-mangsa.
Menurut laporan Dr Arbaa'i yang mengetuai pasukan tersebut, semua ubat yang dibawa telah habis digunakan. Mereka kini menunggu penghantaran ubat-ubatan dari Pusat Operasi Misi Kemanusiaan Padang di Subang Perdana. Sementara itu, relawan-relawan HALUAN bekerjasama dengan Bulan Sabit Merah Indonesia (BSMI) dan juga doktor-doktor Kerajaan Indonesia yang memberi bantuan kepada mansa di sekitar Sg Limau. Baca seterusnya
Download Flyer















