H A L U A N S i s w a

Bersahsiah Dekat & Bererti

You are here: Laman Utama HS Nasional Pasukan ke-5; Dua Wakil Relawan HALUANSiswa Terus Bertugas Setibanya Di Padang

Pasukan ke-5; Dua Wakil Relawan HALUANSiswa Terus Bertugas Setibanya Di Padang

E-mail Print PDF

PADANG, INDONESIA, 8 November - HALUAN meneruskan misi

bantuan kemanusiaan kepada mangsa-mangsa gempa di Padang Indonesia dengan Pasukan ke-5 menggantikan Pasukan ke-4 yang berada di lapangan sejak seminggu yang lalu. Pasukan terkini relawan HALUAN ini disertai oleh 9 orang, termasuk seorang doktor lelaki dan seorang doktor wanita. Mereka telah selamat mendarat di lapangan terbang Minangkabau, Padang pada jam 8:00 pagi waktu tempatan.

Wakil Kelab Siswa HALUAN (HALUANSiswa) Selangor, Ustaz Muhammad Muzakkir Che Ani, memimpin gandingan relawan veteran dan muda kali ini. Mereka ialah Siti Aisyah bt. Mansor yang mewakili HALUANITA Kedah, Norizan Othman dan Sabariah Omar yang mewakili HALUANITA Kelantan, Mohd Akhir Bin Ahmad seorang jurutera yang mewakili HALUAN Kedah, Suhaimi Mohd Dahan iaitu seorang guru yang mewakili HALUAN Pahang, dan Mohd Fikri bin Mohd Nasri mewakili HALUANSiswa Pahang. Manakala Dr Basir Towil yang juga merupakan Pengerusi Kelab Kesihatan HALUAN (KKH) dan Dr Saedah binti Ali dari KKH Kelantan merupakan barisan doktor bagi pasukan ini.

Bagi Dr Saedah, ini merupakan khidmat kali kedua beliau membantu mangsa-mangsa di Padang, setelah bersama-sama Pasukan Pertama awal Oktober lalu.

Menurut laporan yang disampaikan selepas taklimat ringkas sejurus ketibaan mereka di Padang pagi tadi, pasukan relawan HALUAN ini akan dibahagikan kepada dua kumpulan yang masing-masing akan memberi tumpuan kepada khidmat klinik bergerak di Lubuk Along dan khidmat kaunseling (trauma healing) di Kg Dalam, Ampalut Tinggi. Selepas lebih sebulan mereka ditimpa peristiwa gempabumi ini, masih ramai mangsa-mangsa yang berhadapan dengan trauma dan masalah kesihatan dan penyakit.

Sementara itu relawan-relawan dari pasukan ke-4 telah selamat tiba di terminal LCC Sepang tengahari tadi. Menurut laporan ringkas mereka, masih ramai penduduk-penduduk pedalaman yang tidak mendapat perhatian dan rawatan.

Setelah lebih sebulan peristiwa gempabumi berlaku, kira-kira 7,800 orang mangsa, terutamanya di daerah Pariaman, masih lagi terpaksa berteduh di dalam khemah-khemah penempatan sementara. Sebahagian daripada khemah-khemah tersebut didirikan sendiri oleh mangsa, dan sebahagian yang lain dibina oleh kerajaan dan NGO. Data mutakhir gempa di Pariaman menunjukkan seramai 675 orang terkorban, 527 orang mengalami kecederaan teruk dan 528 orang lagi mengalami pelbagai kecederaan ringan. Walaupun secara umumnya fasa darurat di Sumatera Barat sudah berlalu, beberapa daerah termasuk Kabupaten Agam masih lagi dikategorikan dalam Zon Merah kerana ancaman tanah runtuh berikutan hujan lebat.

Semoga rakyat Malaysia yang prihatin dan pemurah akan terus membantu usaha mulia ini dengan menghulurkan bantuan bagi kelangsungan misi kemanusiaan ini. Anda boleh menyalurkan bantuan kewangan melalui

Tabung Kemanusiaan HALUAN atas nama ”HALUAN”
Bank Islam Malaysia Berhad
Nombor akaun 14-023-01-002 571-8

 

 

Siapa Kami?

Kelab Siswa HALUAN Malaysia (HALUANSiswa) ialah sebuah kelab yang ditubuhkan di bawah HALUAN Malaysia. Kelab ini menjadi platform kepada ahli-ahli yang terdiri daripada semua mahasiswa institusi pengajian tinggi awam dan swasta sama ada di dalam atau di luar negara untuk bergabung tenaga bagi menjayakan visi dan misi HALUAN. PPM 969/88

Who's Online

We have 7 guests online

Counter

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday255
mod_vvisit_counterYesterday469
mod_vvisit_counterThis week2035
mod_vvisit_counterLast week3676
mod_vvisit_counterThis Month4809
mod_vvisit_counterAll days291773