H A L U A N S i s w a

Bersahsiah Dekat & Bererti

You are here: Laman Utama HS Nasional Hari Pertama: ToT Kepimpinan HALUANSiswa Nasional

Hari Pertama: ToT Kepimpinan HALUANSiswa Nasional

E-mail Print PDF

PENGKALAN CHEPA, 20 Disember - ToT Kepimpinan HALUANSiswa Nasional yang

diadakan di Kolej Teknologi Darul Naim (KTD) Kelantan berjalan lancar dengan kehadiran seramai 80 orang peserta yang mewakili sebahagian institusi-institusi pengajian tinggi di Malaysia. Program selama dua hari ini bermula pada hari ini iaitu 20 Disember 2009 dan tamat pada 21 Disember, 2009. Seterusnya para peserta akan terlibat sebagai fasilitator bagi Kursus Jati & Kesukarelawanan Remaja (JATIDIRI) yang julung kali diadakan bagi tahun 2009 bermula 22 Disember 2009 sehingga 7 Februari, 2009.

Program ToT Kepimpinan ini telah bermula seawal jam 9.30 pagi dengan sesi taklimat dan ice breaking. Slot pertama iaitu ceramah bertajuk "Halangan-halangan dalam kehidupan berorganisasi" telah disampaikan oleh Pengerusi HALUAN Kelantan, Tuan Haji Mohd Nasir Saat. Beliau dalam ucapannya menegaskan bahawa Allah pastikan akan menguji hamba-hambaNya yang beriman bagi menilai hakikat keimanan itu.

"Apakah manusia mengira bahawa akan dibiarkan hanya dengan mengatakan "Kami telah beriman," dan mereka tidak diuji? dan sesungguhnya, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta" [Surah Al Ankabut: 1-3]

Peserta seterusnya telah disajikan dengan sesi forum maraton bersama kepimpinan HALUANSiswa Nasional yang berlangsung selama tiga jam. Empat ahli panel telah dijemput khas bagi menyerikan lagi forum ini. Ahli panel pertama iaitu Sdr Solehuddin Shuib selaku Pengerusi HALUANSiswa Nasional. Ahli panel kedua, Sdr Mohd Shakir Sabarudin, Ahli Majlis Tertinggi HALUANSiswa Nasional. Ahli panel ketiga, Sdri Nur Hanisah Zakaria, Ketua SiswiHALUAN. Ahli panel yang terakhir, Sdr. Anaqi Ahmad Saleh, Ketua SiswaHALUAN.

Pelbagai persoalan telah dikupas dan dijawab oleh ahli panel forum yang merangkumi persoalan seperti perkembangan terkini HS, struktur organisasi HS, aktiviti-aktiviti HS, halatuju HS, keahlian HS dan sebagainya.

Pada malamnya, peserta bersama dengan PM Nordin Endut,penasihat Akademi Penyelidikan HALUAN(APH) dalam sesi ceramah bertajuk "AUKU:Antara cabaran dan peluang". Sesi ini membincangkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1977 pindaan 2008 yang membawa perubahan besar kepada pergerakan mahasiswa di institusi pengajian tinggi Malaysia.

 

Siapa Kami?

Kelab Siswa HALUAN Malaysia (HALUANSiswa) ialah sebuah kelab yang ditubuhkan di bawah HALUAN Malaysia. Kelab ini menjadi platform kepada ahli-ahli yang terdiri daripada semua mahasiswa institusi pengajian tinggi awam dan swasta sama ada di dalam atau di luar negara untuk bergabung tenaga bagi menjayakan visi dan misi HALUAN. PPM 969/88

Who's Online

We have 8 guests online

Counter

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday240
mod_vvisit_counterYesterday469
mod_vvisit_counterThis week2020
mod_vvisit_counterLast week3676
mod_vvisit_counterThis Month4794
mod_vvisit_counterAll days291758