H A L U A N S i s w a

Bersahsiah Dekat & Bererti

You are here: Laman Utama HS Nasional Seminar Baitul Muslim: Menyingkap Pembinaan Ummah Melalui Rumah Tangga Yang Diredhai Allah.

Seminar Baitul Muslim: Menyingkap Pembinaan Ummah Melalui Rumah Tangga Yang Diredhai Allah.

E-mail Print PDF

BANGI, 20 Mac – Seminar Baitul Muslim Kebangsaan 2010 telah berjaya dianjurkan oleh HALUANSiswa

dengan kerjasama Biro Kebajikan HALUAN dan Akademi Penyelidikan HALUAN. Seminar yang bertempat di Kolej Pendeta Zaaba, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi itu bertujuan untuk menyuntik kesedaran para peserta tentang kepentingan rumahtangga muslim yang berasaskan Islam, berbanding hubungan yang tidak diredhai Allah di samping menerapkan konsep baitul muslim dalam rangka persediaan diri menghadapi alam rumahtangga. Seminar itu telah mendapat sambutan yang baik oleh 161 orang mahasiswa yang terdiri dari pelbagai instituti pengajian tinggi.

Seminar satu hari itu bermula pada jam 8.00 pagi dengan pendaftaran peserta. Kertas Kerja pertama bertajuk Pembentukan Baitul Muslim, Satu Kewajipan telah dibentangkan oleh Tuan Haji Rosdi bin Baharom selaku Pengurus Hal Ehwal Pelajar Kolej Teknologi Darul Naim (KTD) menekankan kepentingan pembinaan rumah tangga Muslim dalam kehidupan seorang Muslim agar pembinaan akhlak dan ibadah anak-anak dan masyarakat Muslim dapat dijalankan.

Kertas kerja kedua dibentangkan oleh Ustaz Salleh bin Saad, Imam Masjid Putra, Putrajaya dengan tajuk Pengurusan Walimatulurus yang Diredhai Allah SWT di mana beliau memfokuskan kepada tujuan dan objektif pembinaan rumah tangga Islam adalah untuk memperolehi keredhaan Allah. Di samping itu beliau juga menjelaskan, tujuan diadakan kenduri perkahwinan serta masalah-masalah yang menimpa rumahtangga.

Program diteruskan lagi dengan pembentangan kertas kerja ketiga bertajuk Pengurusan Kewangan Baitul Muslim yang disampaikan oleh Prof Dr Ismail bin Ahmad, pensyarah Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam. Beliau menekankan aspek pengurusan wang yang baik agar dapat memastikan keseimbangan dan keuntungan rumahtangga di dunia dan di akhirat.

Selepas Zohor, diadakan sesi dialog dan soal jawab bersama pembentang kertas kerja berkisar isu persediaan untuk melangkah ke alam rumahtangga sehingga aspek pembinaan rumahtangga dakwah yang diredhai Allah swt. Slot hampir 2 jam ini mendapat sambutan hangat di kalangan mahasiswa seterusnya membuka mata mereka betapa pentingnya pembinaan rumah tangga Muslim yang diredhai Allah.

Seminar ini berakhir pada pukul 5.00 petang dengan taklimat Konsert Lifeline 4 Gaza dan kutipan derma kilat untuk ahli HALUANSiswa, Sdr Suhaib Syafie yang terlibat di dalam kemalangan jalanraya dan telah berjaya mengumpulkan RM 1010 untuk disumbangkan bagi meringankan bebanan yang ditanggung beliau. Seminar itu diakhiri dengan harapan agar semua peserta mendapatkan ilmu dan pengetahuan berguna sebagai persediaan menghadapi alam rumahtangga, khususnya pembinaan rumah tangga Muslim.

 

Siapa Kami?

Kelab Siswa HALUAN Malaysia (HALUANSiswa) ialah sebuah kelab yang ditubuhkan di bawah HALUAN Malaysia. Kelab ini menjadi platform kepada ahli-ahli yang terdiri daripada semua mahasiswa institusi pengajian tinggi awam dan swasta sama ada di dalam atau di luar negara untuk bergabung tenaga bagi menjayakan visi dan misi HALUAN. PPM 969/88

Who's Online

We have 8 guests online

Counter

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday280
mod_vvisit_counterYesterday469
mod_vvisit_counterThis week2060
mod_vvisit_counterLast week3676
mod_vvisit_counterThis Month4834
mod_vvisit_counterAll days291798