H A L U A N S i s w a

Bersahsiah Dekat & Bererti

You are here: Laman Utama HS Nasional Ikrar Pemuda dan Mahasiswa di Perhimpunan Perdana Palestin LL4G

Ikrar Pemuda dan Mahasiswa di Perhimpunan Perdana Palestin LL4G

E-mail Print PDF

SHAH ALAM, 8 Mei - Hampir 10000 orang telah hadir dalam Perhimpunan Perdana Palestin yang dianjurkan oleh

Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi-institusi Pengajian Tinggi Malaysia (HALUAN) bersama-sama dengan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Jemaah Islah Malaysia (JIM), Yayasan Amal, Palestinian Center of Excellence (PACE), Aqsa Syarif, Dewan Pemuda Masjid Malaysia (Dewan Pemuda), Pertubuhan Mawaddah Malaysia, Global Peace Mission, Muslim Care dan Viva Palestina Malaysia (VPM).

Pemuda-pemuda HALUAN, Kelab Siswa HALUAN Malaysia (HALUANSiswa), Kelab Karisma-JIM, dan Unit Amal telah bertungkus lumus daripada awal-awal pagi lagi membuat pelbagai persiapan agar Perhimpunan Perdana Palestin dapat berjalan dengan lancar.

Sebelum majlis berakhir pada malamnya, resolusi membantu perjuangan Palestin telah dibacakan oleh pimpinan Pemuda dan Mahasiswa yang prihatin diketuai oleh Saudara Anaqi bin Salleh, Presiden SiswaHALUAN dan Saudara Abdullah Omar bin Ahmad Fuad, Presiden Karisma-JIM.

Antara isi kandungan resolusi yang dibacakan mereka ialah:

Kami pemuda-pemudi dan siswa-siswi menyedari bahawa sesuatu fikrah akan hanya dapat direalisasikan apabila wujudnya keyakinan yang kuat kepada fikrah tersebut, ikhlas dalam memperjuangkannya, bersemangat untuk merealisasikannya dan bersedia untuk melaksana dan berkorban untuk fikrah ini.

Justeru kami berikrar:-

1. Kami akan membina keyakinan kami terhadap satu hakikat bahawa permasalahan Palestin adalah permasalahan aqidah kami.

2. Kami berkeyakinan memperjuangkan hak-hak saudara kami di Palestin akan mendapat ganjaran dari Allah SWT dan mendekatkan kepadaNya.

3. Kami akan mempersiapkan diri kami untuk membantu jihad membebaskan Palestin dalam pelbagai bentuk yang telah dinasihatkan para ulamak.

4. Kami memohon kepada Allah SWT upaya dikurniakan kekuatan iman, agar dapat kami berkorban apa jua yang kami miliki untuk membebaskan bumi Palestin.

5. Kami meyakini para pemuda adalah tunjang kebangkitan ini dan pemuda adalah rahsia kekuatan ummat ini. Kami menyedari bahawa para pemudalah pengibar  panji-panji perjuangan ini.

6. Kami memohon kepada Allah agar membersihkan diri kami dari sebarang keinginan duniawi dan mengisi penuh hati kami dengan keinginan kepada redha Allah  SWT semata.

Sebarang sumbangan derma bagi menjayakan bantuan ini boleh disalurkan terus melalui akaun khusus untuk projek Lifeline4Gaza seperti berikut:

 

Nama akaun : "TABUNG PALESTIN HALUAN"

Nombor akaun: 5644 9020 8528

Bank : Maybank Berhad

 

Siapa Kami?

Kelab Siswa HALUAN Malaysia (HALUANSiswa) ialah sebuah kelab yang ditubuhkan di bawah HALUAN Malaysia. Kelab ini menjadi platform kepada ahli-ahli yang terdiri daripada semua mahasiswa institusi pengajian tinggi awam dan swasta sama ada di dalam atau di luar negara untuk bergabung tenaga bagi menjayakan visi dan misi HALUAN. PPM 969/88

Who's Online

We have 10 guests online

Counter

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday261
mod_vvisit_counterYesterday469
mod_vvisit_counterThis week2041
mod_vvisit_counterLast week3676
mod_vvisit_counterThis Month4815
mod_vvisit_counterAll days291779