Shakir Sabaruddin Haluan Siswa, Anaqi Salleh Haluan Siswa, dan Saudara Agung Nurwijoyo, Salam-UI
SHAH ALAM, 5 Mei - Suatu kunjungan balas oleh pimpinan Mahasiswa Nuansa Islam Mahasiswa
Universitas Indonesia atau singkatannya (SALAM-UI) yang terdiri daripada 7 mahasiswa dan 3 mahasiswi diketuai oleh Presidennya Saudara Agung Nurwijoyo. Sebelum ini pimpinan SiswaHALUAN dan SiswiHALUAN telah berkunjung ke sana untuk kunjungan ukhuwwah pada tahun 2008 dan 2009 lalu.
Kunjungan singkat mereka selama tiga hari di Malaysia adalah dalam rangka lawatan balas ke Kelab Siswa HALUAN Malaysia (HALUANSiswa), PKPIM, dan Persatuan Mahasiswa Islam UIAM.
Selama separuh hari bersama pimpinan SiswaHALUAN dan SiswiHALUAN, mereka dibawa mengunjungi Poliklinik Barakah, Bandar Puteri, Klang. Sesi taklimat telah diberikan oleh Prof. Madya Dr. Zamrin Dimon, Ketua Biro Profesional HALUAN yang juga pakar bedah Jantung, HUKM, dibantu oleh pengurus Poliklinik Barakah iaitu En. Azmi bin Yaakob. Di dalam sesi taklimat, pimpinan Salam-UI diberi penerangan mengenai ciri-ciri poliklinik berkonsepkan Islam dan operasi poliklinik berkenaan.
Sesudah itu, pimpinan Salam-UI berkunjung ke Kompleks Haluan Penyayang(KHP), Bukit Naga, Shah Alam. Kompleks ini menempatkan anak yatim dan miskin. Di sinilah pimpinan Salam-UI diraikan dan sessi ramah mesra dan dialog diadakan bersama pimpinan Saudara Anaqi Mohd Salleh, Presiden SiswaHALUAN, Saudara Mohd Shakir Sabaruddin, ahli MT HALUANSiswa Nasional, Saudari ‘Izzah Zaaba Penolong Setiausaha SiswiHALUAN Wilayah Tengah, dan Saudara Solehuddin Shuib, Pengerusi HALUANSiswa Nasional merangkap Timbalan Pengerusi 2 Akademi Penyelidikan HALUAN (APH) dan Encik Abd Rashid Abd. Rahman, Setiausaha 2 Akademi Penyelidikan HALUAN (APH).
Sesi dialog berjalan lancar dengan perkongsian pengalaman yang cukup bermakna. Beberapa projek seperti penulisan akademik dan pertukaran pelajar bersama juga ada dibincangkan. Perjumpaan diakhiri dengan pertukaran cenderahati. Semoga kunjungan singkat ini dapat menjalin taupan ukhuwwah kerana Allah SWT ini berkekalan dan berpanjangan.















