H A L U A N S i s w a

Bersahsiah Dekat & Bererti

You are here: Laman Utama HS Nasional Pemantapan Seni Berdakwah Saudara Baru dan Perkongsian LL4G di JAWI

Pemantapan Seni Berdakwah Saudara Baru dan Perkongsian LL4G di JAWI

E-mail Print PDF

KUALA LUMPUR, 11 Mei – Biro Haluan Palestin (BHP) dan Kelab Siswa HALUAN Malaysia (HALUANSiswa) telah dijemput

untuk menyampaikan pengisian Palestin LifeLine4Gaza kepada sekumpulan aktivis PERKIM dan saudara baru di Dewan Seminar, Jabatan Agama Islam Wilayah(JAWI), Wilayah Persekutuan.  Program ini adalah anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI). Menurut Ustaz Nik Marzuki, Penolong Pengarah Dakwah(JAWI), program ini adalah siri program pemantapan ilmu dan kemahiran dakwah untuk aktivis PERKIM dan saudara baru.

Dari kiri: Shakir-HSiswa, Bro. Lim Jooi soon-Perkim Melaka, Solehuddin –HSiswa, dan Ust. Nik Marzuki- JAWI

Program dimulai dengan persembahan klip multimedia LifeLine4Gaza oleh Sdr. Mohd Shakir Sabaruddin, MT HALUANSiswa Nasional. Seterusnya diikuti dengan slot kuliah oleh Saudara Lim Joi Soon, dari PERKIM Melaka bertajuk ‘Persepsi  sebelum masuk Islam dan setelah Islam’. Beliau asalnya beragama Buddha, kemudiaannya masuk Kristian, akhirnya diberi hidayah masuk Islam sejak 14 tahun yang lalu. Penyampaian beliau cukup bertenaga dan menginsafkan hadirin. Menurut beliau, Allah SWT akan soal kita semua mengapa kita tidak berdakwah kepada mereka di akhirat kelak.

Saranan beliau senada dengan penekanan Presiden HALUAN, Dr. Abdullah Sudin dalam satu perjumpaan dengan para Exco Pusat HALUAN hujung minggu lalu.

"Orang bukan Islam mempunyai persepsi yang Islam adalah agama yang mundur, terlalu banyak pantang larang, hukumnya zalim.  Setelah saya diberi cahaya Islam melalui kajian dan pembacaan, persepsi itu telah berubah", ujar Saudara Lim Joi Soon dengan penuh bersemangat.

Sesi diteruskan dengan penerangan terbaru di Palestin oleh Pengerusi Kelab Siswa HALUAN Malaysia, Saudara Solehuddin Shuib merangkap AJK Biro HALUAN Palestin. "Masyarakat di Gaza terkepung dalam penjara terbuka yang terbesar di dunia dan dalam sejarah kemanusiaan. Bantuan LL4G amat penting untuk menamatkan embargo yang dikenakan kepada mereka, umat Islam juga juga akan kehilangan Al Aqsa dalam waktu yang terdekat. Pihak Zionis Yahudi menyasarkan tahun 2010 ini sebagai tahun runtuhan Al Aqsa dan dibina kuil Sulaiman di tapak Al Aqsa’, tambah beliau lagi.

Apabila disoal kepada setiap peserta mengenai isu Palestin dan LL4G, rata-ratanya mereka tidak mengetahui langsung. Ini menunjukkan kesedaran dan pengetahuan mengenai permasalahan ini masih minimal dalam masyarakat kita. Majlis diakhiri dengan bacaan doa oleh Sdr. Mohd Shakir Sabaruddin, MT HALUANSiswa Nasional.

Sumbangan derma bagi menjayakan bantuan ini boleh disalurkan terus melalui akaun khusus untuk projek Lifeline4Gaza seperti berikut:

Nama akaun : "TABUNG PALESTIN HALUAN"
Nombor akaun: 5644 9020 8528
Bank : Maybank Berhad

 

Siapa Kami?

Kelab Siswa HALUAN Malaysia (HALUANSiswa) ialah sebuah kelab yang ditubuhkan di bawah HALUAN Malaysia. Kelab ini menjadi platform kepada ahli-ahli yang terdiri daripada semua mahasiswa institusi pengajian tinggi awam dan swasta sama ada di dalam atau di luar negara untuk bergabung tenaga bagi menjayakan visi dan misi HALUAN. PPM 969/88

Who's Online

We have 23 guests online

Counter

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday270
mod_vvisit_counterYesterday469
mod_vvisit_counterThis week2050
mod_vvisit_counterLast week3676
mod_vvisit_counterThis Month4824
mod_vvisit_counterAll days291788