H A L U A N S i s w a

Bersahsiah Dekat & Bererti

You are here: Laman Utama HS Nasional Mutiara kata Naib Presiden IHH kepada Exco Haluan Pusat

Mutiara kata Naib Presiden IHH kepada Exco Haluan Pusat

E-mail Print PDF

SUBANG PERDANA, 9 Mei - Saudara Husin Oruz, Naib Pengerusi Pertubuhan Hak Asasi dan Bantuan Kemanusiaan (IHH)

dari Turki telah berbesar berkunjung ke Pejabat Operasi Biro HALUAN Palestin bersama-sama dengan Syeikh Ziyad Al-Qishawi, Koordinator Bantuan Antarabangsa Ikatan Ulama Palestin. Kehadiran kedua-dua tokoh ini telah disambut oleh Dr. Abdullah Sudin bin Abd. Rahman, Presiden HALUAN Malaysia dan Tuan Hj. Noorazman Mohd. Samsuddin, Pengerusi Biro HALUAN Palestin merangkap Pengerusi LifeLine4Gaza-Malaysia.

Kedua-dua tetamu ini hampir dua jam meluangkan masa berdialog dan berkongsi pengalaman dan nasihat bersama-sama dengan Exco HALUAN Pusat dan pimpinan HALUAN negeri Selangor dan HALUANSiswa berkaitan projek membantu rakyat Palestin khususnya projek konvoi LifeLine4Gaza yang akan bertolak pada 20 Mei 2010 ini. Menurut Saudara Husin Oruz, IHH bermula sejak tahun 1992 lagi. Skop bantuan mereka antaranya ialah bantuan kepada mangsa peperangan, bantuan kemanusiaan bencana alam, dan bantuan kepada negara miskin.

"Usaha-usaha ini membantu mendekatkan umat Islam yang selama ini telah dipisahkan oleh sempadan negara", ujar Saudara Husin Oruz.

"Sepanjang pengalaman kami di IHH, gerak kerja menjadi semakin hebat dan laju apabila sayap wanita ditubuhkan", tambah saudara Husin lagi.

Menurut beliau lagi, "Di Afrika sahaja, penduduknya ramai yang masuk Kristian. Bilangan penganut Islam semakin berkurangan di sana. Sebabnya kerana ummat Islam tidak berdakwah dan membantu mereka. Walhal Islam adalah deen yang membawa rahmat kepada seluruh alam".

Berkaitan dengan isu Palestin, di Turki, usaha ini bermula sejak perang Bosnia lagi dan ia dilakukan secara intensif sejak tahun 2000. Alhamdulillah, kini usaha ini sudah mula mendapat tempat dalam hati rakyat Turki terutamanya kepentingan al Aqsa. Buku yang beliau cadangkan kepada semua Muslimin untuk membacanya ialah Al Quds oleh Syeikh Al Qardhawi.

Mengakhiri nasihatnya, beliau menegaskan bahawa misi kita bukan setakat misi kemanusiaan. Misi kita adalah misi dakwah. Semua NGO Muslim perlu bekerjasama dalam menangani isu Palestin sehinggalah Palestin dibebaskan dari penjajahan Zionis Israel. Dalam bekerjasama sesama NGO yang ada, elemen keikhlasan dan saling percayai mempercayai amat penting.

IHH beroperasi hampir 120 buah negara di seluruh dunia seperti di Aceh, Mindanao, Selatan Thai, Afrika, Haiti dan pelbagai negara bagi melaksanakan misi suci dan mulia ini.

Lawatan Saudara Husin Oruz ke Malaysia ialah dalam rangka penerangan konvoi LifeLine4Gaza dan perjumpaan dengan tokoh-tokoh politik negara, pimpinan NGO bagi mendapat sokongan dan bantuan rakyat Malaysia terhadap perjuangan yang dinyatakan di atas.

 

Siapa Kami?

Kelab Siswa HALUAN Malaysia (HALUANSiswa) ialah sebuah kelab yang ditubuhkan di bawah HALUAN Malaysia. Kelab ini menjadi platform kepada ahli-ahli yang terdiri daripada semua mahasiswa institusi pengajian tinggi awam dan swasta sama ada di dalam atau di luar negara untuk bergabung tenaga bagi menjayakan visi dan misi HALUAN. PPM 969/88

Who's Online

We have 18 guests online

Counter

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday264
mod_vvisit_counterYesterday469
mod_vvisit_counterThis week2044
mod_vvisit_counterLast week3676
mod_vvisit_counterThis Month4818
mod_vvisit_counterAll days291782