SEPANG, 18 Mei - Seramai enam orang relawan dan dua orang wakil media telah berangkat ke Istanbul, Turki bagi menyertai
konvoi talian hayat membebaskan Gaza dari pelbagai sekatan atau singkatannya ‘LifeLine4Gaza’.
Konvoi kali ini dianggotai oleh gabungan NGO di Malaysia terdiri daripada HALUAN, JIM, Muslim Care, Yayasan Amal dan wakil-wakil NGO yang lain. Mereka ialah:
Dari kiri: Dr. Syed Halim, Ab Halim, Ust Al Hami, Nizam, NoorAzman(Ketua Konvoi), Jamuliddin, Dr. Arbaie dan Dr. Selamat
· Tuan Haji NoorAzman Mohd Samsuddin (Ketua Misi)
· Dr. Mohd Arba’I Syawal(HALUAN)
· Dr. Syed Muhamad Haleem Syed Hassan (PPIM)
· Dr. Selamat Aliman(JIM)
· Jamuliddin Elias(Yayasan Amal)
· Al Hami Husin Suhaimi(Forum NGO Pulau Pinang)
· Mohd Nizam Mohamad (Media)
· Abd Halim Mohamed Redzuan(Muslim Care)
Sesampainya di Turki, mereka akan bergabung dengan konvoi dari pelbagai negara lain yang diketuai oleh IHH, penganjur utama konvoi antarabangsa LL4G.
Dari kiri: Zulkifli (Muslim care), Noorazman (Ketua Konvoi), Nizam (Media), Mustafa Kamil (HALUAN)
"Misi ini adalah suatu misi yang paling sukar, namun pihak kami telah bersiap sedia menghadapi pelbagai kemungkinan. Kami mengharapkan doa dan sokongan anda semua agar misi ini berjaya", ujar ketua konvoi, Tuan Haji Noorazman Mohd. Samsuddin (HALUAN).
Wakil-wakil dari pelbagai NGO seperti JIM, MUSLIM CARE, MAWADDAH, VIVA PALESTINA MALAYSIA dan HALUANITA telah berucap memberikan tazkirah, kata-kata perangsang dan harapan kepada peserta konvoi.
"Jagalah niat kita agar sentiasa ikhlas melaksanakan amanah ini. Diingatkan juga agar para peserta konvoi sentiasa menjaga TAQWA. Sebaik-baik bekalan kita ialah bekalan taqwa", ujar Tuan Hj. Abdullah Tsaidi di dalam tazkirah ringkasnya kepada semua yang hadir.
Hampir 200 orang dari pelbagai NGO, HALUANSiswa dan ahli keluarga relawan telah menghantar relawan konvoi Malaysia.
Sama-samalah kita doakan agar misi ini berjaya dan kesemua peserta dapat pulang dengan selamat, insha Allah.
Usaha kutipan menbantu rakyat Palestin masih diteruskan. Sebarang sumbangan boleh disalurkan terus melalui akaun khusus seperti berikut:
Nama akaun : "TABUNG PALESTIN HALUAN"
Nombor akaun: 5644 9020 8528
Bank : Maybank Berhad














