BANGI, 22 Mei - Mesyuarat Perwakilan Tahunan HALUAN ke 21 telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Dato’ Haji Yusoff Dohab,
Timbalan Ketua Setiausaha (Sosio-ekonomi), Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) mewakili Ketua Setiausaha Y.Bhg. Dato’ Abd. Jabar Che Nai, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah(KKLW). Seramai 600 perwakilan dan pemerhati Haluan dari seluruh negara. Pimpinan-pimpinan badan NGO-NGO seperti JIM, MAWADDAH, Aqsa As Syarif, Aman Palestin, ISMA, Yayasan Amal, ABIM, Karisma-JIM, HALUANSiswa dan lain-lain juga turut hadir.
Di dalam ucapan perasmian TKSU, Dato’ Yusoff amat mengucapkan syabas kepada HALUAN kerana berjaya menjayakan program pembangunan Modal Insan(PPMI) di Kelantan dan Sabah, 2009 lalu. Beliau mengharapkan agar usaha ini dapat digiatkan lagi pada masa akan datang bersama-sama HALUAN dan juga badan NGO-NGO lain.
Y.Bhg. Dato’ Haji Yusoff Dohab, Timbalan Ketua Setiausaha (Sosio-ekonomi), Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW)
Selepas ucapan perasmian, kesemua perwakilan, pemerhati dan jemputan pimpinan NGO turut sama-sama mendengar ucapan dasar presiden HALUAN yang bertemakan "Meningkatkan Kualiti dan dan Mempertingkatkan Kuantiti".
Di dalam ucapan dasar beliau menekankan dua fokus HALUAN iaitu aspek pendidikan dan perkhidmatan."Memperkasakan institusi pendidikan bermula daripada unit-unit terkecil iaitu halaqah Haluan sehingga institusi pendidikan yang besar seperti sekolah dan IPT", tegas Dr. Abdullah Sudin.
Menurut Dr. Abdullah lagi, "Di dalam bidang perkhidmatan, Haluan harus ke depan dalam menyediakan sistem perkhidmatan yang memberi kesan kepada perkhidmatan yang dapat menangani gejala sosial yang berlaku."
Dr. Abdullah Sudin
Di akhir ucapan Dr. Abdullah Sudin mengajak semua ahli HALUAN dan semua badan NGO agar dalam konteks permasalahan Palestin dapat sama-sama berganding bahu menyelesaikan isu ini.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada kepada HALUANSiswa yang menjadi petugas pencatat minit, pengurusan majlis dan perasmian dan program remaja.
(ucapan dasar Dr. Abdullah Sudin boleh didownload di laman web Haluan www.haluan.org.my atau http://haluansiswa.haluan.org.my/)















