H A L U A N S i s w a

Bersahsiah Dekat & Bererti

You are here: Laman Utama HS Nasional HALUANSiswa Sasar 200 Bakal Mahasiswa Ke HiMEGA2011

HALUANSiswa Sasar 200 Bakal Mahasiswa Ke HiMEGA2011

E-mail Print PDF

GOMBAK, 20 Mac – Kelab Siswa HALUAN (HALUANSiswa) Nasional menyasarkan penglibatan

200 orang bakal penuntut IPT yang terdiri daripada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), lepasan prauniversiti seperti Matrikulasi, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) untuk menyertai Seminar Hijrah Menara Gading (HiMEGA) 2011. Seminar yang diadakan di peringkat nasional ini, direncanakan untuk dijalankan di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Gombak pada 22 hingga 24 April.

Pengarah Program HiMEGA2011, Sdr Ikrimah Husni Mustafa Kamil, 22, dipetik sebagai berkata, “HiMEGA  bertujuan untuk memberi taklimat dan penerangan secara menyeluruh perkara-perkara penting melibatkan persediaan teknikal dan jiwa sebelum melangkah ke alam universiti”. Beberapa tokoh akademik dari pelbagai universiti akan dijemput untuk membentangkan beberapa kertas kerja kepada para peserta. Pelbagai aktiviti yang menarik akan dijalankan di seminar yang bertemakan “Nurturing ‘Alim Mujahid” ini, seperti forum kerjaya, tips studi di universiti dan taklimat carta laluan ijazah ke kerjaya.

Kepada remaja atau ibu bapa yang berminat untuk menghantar anak-anak mereka ke program ini, bolehlah berbuat demikian dengan menghubungi Ikrimah di talian 013 405  9395. Yuran program ialah RM60.00 seorang. Tempat penginapan dan makanan disediakan.

HALUANSiswa adalah salah satu biro di bawah HALUAN Malaysia. (http://haluansiswa.haluan.org.my/)

BORANG PENDAFTARAN

 

Siapa Kami?

Kelab Siswa HALUAN Malaysia (HALUANSiswa) ialah sebuah kelab yang ditubuhkan di bawah HALUAN Malaysia. Kelab ini menjadi platform kepada ahli-ahli yang terdiri daripada semua mahasiswa institusi pengajian tinggi awam dan swasta sama ada di dalam atau di luar negara untuk bergabung tenaga bagi menjayakan visi dan misi HALUAN. PPM 969/88

Who's Online

We have 1 guest online

Counter

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday251
mod_vvisit_counterYesterday460
mod_vvisit_counterThis week1608
mod_vvisit_counterLast week3292
mod_vvisit_counterThis Month7456
mod_vvisit_counterAll days339677