H A L U A N S i s w a

Bersahsiah Dekat & Bererti

You are here: Laman Utama HS Nasional Takziah buat Keluarga Mangsa Tragedi di Felda Chuping

Takziah buat Keluarga Mangsa Tragedi di Felda Chuping

E-mail Print PDF

Kelab Siswa HALUAN (HALUANSISWA) merakamkan ucapan takziah buat keluarga staf  dan

pelajar MATRI, arwah Tn Hj Shahidan Ali, 67, dari Beseri, Ahmad Izzat Ismail, 17, dari Tanjong Tokong, Pulau Pinang dan Hazman Bakhtiar Sharizan, 14, dari Taman Kenanga, Kulim, Kedah yang terlibat dalam kemalangan di Felda Chuping Ahad 11 September 2011.

 

Innalillahi wa’inna ilaihi raji’un. Semoga seluruh keluarga Allahyarham diberikan kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian dan musibah ini. Kami mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan mendapat keampunan Allah SWT, serta ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Al-Fatihah.

“Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.” (Ali-’Imran: 185)

Bagi yang masih hidup, pengakhiran seorang insan hanya terbahagi kepada dua, iaitu husnul khatimah ataupun su'ul khatimah. Kejadian yang berlaku pada pagi semalam melibatkan lapan orang pelajar MATRI dan seorang bapa angkat pelajar semestinya termasuk dalam ilmu dan hikmah Allah Taala.

Kenyataan Rasmi MATRI : http://www.matri.edu.my/v6/index.php/77-hadapan/100-kenyataan-rasmi-tragedi-2-mengorbankan-pelajar-matri

 

 

 

Siapa Kami?

Kelab Siswa HALUAN Malaysia (HALUANSiswa) ialah sebuah kelab yang ditubuhkan di bawah HALUAN Malaysia. Kelab ini menjadi platform kepada ahli-ahli yang terdiri daripada semua mahasiswa institusi pengajian tinggi awam dan swasta sama ada di dalam atau di luar negara untuk bergabung tenaga bagi menjayakan visi dan misi HALUAN. PPM 969/88

Who's Online

We have 3 guests online

Counter

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday255
mod_vvisit_counterYesterday460
mod_vvisit_counterThis week1612
mod_vvisit_counterLast week3292
mod_vvisit_counterThis Month7460
mod_vvisit_counterAll days339681