H A L U A N S i s w a

Bersahsiah Dekat & Bererti

You are here: Laman Utama HS Nasional SKEMA 8 Menyuntik Semangat dan Keprihatinan Mahasiswa

SKEMA 8 Menyuntik Semangat dan Keprihatinan Mahasiswa

E-mail Print PDF

Bangi, 9 Oktober – Seminar Kesejahteraan Mahasiswa kali ke-8 (SKEMA VIII) yang bertemakan “Mahasiswa Cemerlang,

Ummah Terbilang” telah diadakan oleh HALUANSiswa dengan kerjasama Biro Misi Kemanusiaan HALUAN. Seminar yang dihadiri oleh 220 orang mahasiswa dari seluruh institusi pengajian tinggi di sekitar Wilayah Tengah ini bertujuan untuk menyuntik kesedaran terhadap kepentingan kecemerlangan akademik dan keperihatinan mahasiswa terhadap isu-isu kemasyarakatan dalam menangani permasalahan masyarakat Muslim.

 

Seminar yang bertempat di Dewan Anwar Mahmud, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi dimulakan dengan perkongsian oleh Encik Irwan Affendi bin Md Naim, Pensyarah Kolej Teknologi Darulnaim yang bertajuk “Mahasiswa Cemerlang, Harapan Islam dan Ummah”. Perkongsian singkat oleh penuntut Ijazah Sarjana Pendidikan TESL UKM ini berjaya memberikan motivasi yang sangat mendalam kesannya terhadap setiap peserta yang hadir agar memanfaatkan hidup ini untuk kejayaan dunia dan akhirat. Memetik kata beliau apabila menyentuh berkaitan kepentingan mahasiswa terhadap ummah, iaitu slogan Kolej Teknologi Darulnaim yang kini telah menjadi pegangan hidup beliau  “mengaji biar pandai, perangai biar jurus, hidup biar boleh tumpang”.

Setelah berehat kira-kira 15 minit, seminar diteruskan dengan slot yang bertajuk “Mahasiswa Cemerlang Pembentuk Masyarakat Gemilang” yang disampaikan oleh Encik Mohd. Zamree bin Tukiran, seorang penuntut PhD dalam bidang Geografi (Demografi), Universiti Kebangsaan Malaysia. Perkongsian beliau mendedahkan hakikat kepelbagaian permasalahan dalam masyarakat hari ini dan bagaimana prinsip pendidikan keimanan "Tarbiyah Imaniah" sahajalah yang mampu mengembalikan semula masyarakat kepada masyarakat yang gemilang.

Pada sebelah petangnya, peserta SKEMA VIII dihidangkan dengan perkongsian pengalaman Misi Kemanusian Somalia “Misi Somalia dalam Konteks Kepimpinan, Kesukalerawan dan Bakti” oleh Tuan Haji Yusman bin Nawazir. Beliau merupakan salah seorang anggota misi pertama "LIFELINE FOR SOMALIA" yang dihantar oleh Biro Kemanusian HALUAN. Para peserta begitu tersentuh dengan perkongsian pengalaman beliau sepanjang beliau berada disana dan telah menyuntik kesedaran bagi membantu saudara-saudara kita di sana. Sebanyak RM 1919.15 sumbangan telah berjaya dikumpul dari para peserta untuk misi kemanusia yang seterusnya.

Seminar yang dijadualkan berakhir pada jam 4.45 petang ini diteruskan dengan forum “Mahasiswa Cemerlang, Masyarakat Terbilang” yang dikendalikan oleh Sdr Mohamad Muhsin bin Mohamad Suhor dan dua orang ahli panel, Sdr Luqman Al-Hakim bin Azizan, penuntut Ijazah Sarjana Kejuruteraan Elektronik di Universiti Kebangsaan Malaysia dan Puan Fatimah binti Mohamad Adi, penuntut PhD pendidikan kejuruteraan di Universiti Teknologi Malaysia. Forum ini mengupas beberapa persoalan penting dalam mempersiapkan diri sebagai seorang mahasiswa cemerlang yang akan mampu menjadi agen perubah dalam membentuk masyarakat gemilang.

Seminar ini telah diakhiri dengan ucapan penutup daripada wakil majlis tertinggi Kelab Siswa HALUAN, sdr Abu ‘Ubaidah bin Sharudin yang merupakan setiausaha bagi Kelab Siswa HALUAN.

 

 

Siapa Kami?

Kelab Siswa HALUAN Malaysia (HALUANSiswa) ialah sebuah kelab yang ditubuhkan di bawah HALUAN Malaysia. Kelab ini menjadi platform kepada ahli-ahli yang terdiri daripada semua mahasiswa institusi pengajian tinggi awam dan swasta sama ada di dalam atau di luar negara untuk bergabung tenaga bagi menjayakan visi dan misi HALUAN. PPM 969/88

Who's Online

We have 3 guests online

Counter

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday258
mod_vvisit_counterYesterday460
mod_vvisit_counterThis week1615
mod_vvisit_counterLast week3292
mod_vvisit_counterThis Month7463
mod_vvisit_counterAll days339684