H A L U A N S i s w a

Bersahsiah Dekat & Bererti

You are here: Laman Utama HS Nasional Unit Penulisan HALUANSiswa Telah Bersedia

Unit Penulisan HALUANSiswa Telah Bersedia

E-mail Print PDF

Shah Alam, 12 November – Bersemangat untuk menulis, itulah perasaan yang ditunjukkan oleh seramai 30 orang

mahasiswa yang menyertai  Bengkel Penulisan HaluanSiswa 2011 yang dianjurkan oleh Kelab Siswa Haluan Malaysia (HALUANSISWA) di  Kompleks Haluan Penyayang (KHP), Shah Alam. Sepertimana yang dikatakan oleh pengarah program, Saudara Mohamad Muhsin Mohamad Suhor, bengkel ini akan menjadi batu lonjatan kepada perkembangan laman web HALUANSiswa sebagai wasilah dakwah dan tarbiah(pendidikan) serta melatih kemahiran menulis laporan berita dan penulisan artikel.

 

 

Program bermula pada pukul sembilan pagi dengan taklimat daripada pengarah dan disusuli dengan sesi ‘mind-setting’ oleh Encik Ibrahim Abd Rahman. Bengkel yang julung-julung kali dijalankan ini menampilkan Encik Yusman bin Nawazir dan Puan Fatimah Syarha binti Mohd Noordin sebagai penceramah. Slot “Bootcamp Penulisan” yang berkaitan dengan penulisan laporan dan berita dikendalikan oleh Tuan Yusman yang berpengalaman selama 25 tahun sebagai wartawan di beberapa akhbar terkenal. Peserta dibawa menjelajah ke dunia sebenar kewartawanan dan persiapan yang perlu ada untuk menjadi seorang wartawan yang baik.

 

Sementara bengkel “Tip Penulisan Artikel” pula disampaikan oleh Puan Fatimah Syarha yang merupakan seorang novalis yang terkenal dan juga kolumnis Majalah Solusi. Beliau berjaya membawa peserta merasai kemanisan yang dirasai oleh seorang penulis. Sesi soal jawab yang dibuka hangat dengan pelbagai jenis soalan oleh para peserta dengan semangat berkobar-kobar ingin menjadi penulis.

Bengkel ini jelas tidak terbatas kepada perkongsian dan ilmu penulisan semata-mata, kerana setiap peserta yang hadir terus diserap secara langsung ke dalam Biro Media Haluansiswa. Meraka akan terus bergerak aktif sebagai penulisan yang memegang motto "Bersahsiah, Dekat & Bererti" dan menjadi agen perubah masyarakat dengan menjadikan penulisan sebagai media perantaraan dakwah dan tarbiyah.

Rata-rata peserta berharap agar bengkel seperti ini dapat dijalankan lagi di masa hadapan agar lebih ramai lagi mahasiswa dapat dilahirkan sebagai penulis. Bukan semata-semata penulis biasa tetapi penulis yang jelas matlamatnya yang ingin  membangunkan modal insan selari dengan Quran dan Sunnah.

Ditulis oleh:-

//Nor Hernamawarni Bt Abd Majid
//Ahmad Ashraf Ilman Zulbahri, USIM
//Siti Fatimah Kamarudin, UPM
//Izyani Bt Mohammed Rais, UIAM

 

Siapa Kami?

Kelab Siswa HALUAN Malaysia (HALUANSiswa) ialah sebuah kelab yang ditubuhkan di bawah HALUAN Malaysia. Kelab ini menjadi platform kepada ahli-ahli yang terdiri daripada semua mahasiswa institusi pengajian tinggi awam dan swasta sama ada di dalam atau di luar negara untuk bergabung tenaga bagi menjayakan visi dan misi HALUAN. PPM 969/88

Who's Online

We have 4 guests online

Counter

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday261
mod_vvisit_counterYesterday460
mod_vvisit_counterThis week1618
mod_vvisit_counterLast week3292
mod_vvisit_counterThis Month7466
mod_vvisit_counterAll days339687