H A L U A N S i s w a

Bersahsiah Dekat & Bererti

You are here: Laman Utama HS Nasional HALUANSiswa Menyantuni 258 Peserta Kursus JDK 2011/2012

HALUANSiswa Menyantuni 258 Peserta Kursus JDK 2011/2012

E-mail Print PDF

 

 

Seramai 258 orang pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah menyertai Kursus Jati Diri Dan Kesukarelawanan Remaja (JDK) 2011/2012 yang dilangsungkan serentak di empat tempat yang berbeza pada

24 Disember yang lepas. Empat tempat tersebut ialah zon utara di Batu Ampar Resort, Kualan Kangar, zon tengah di Kem Bumi Jati, Shah Alam , zon timur di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Besut dan zon selatan di Savana Hill, Ulu Tiram.

 

 

Kursus JDK 2011/2012 merupakan kursus tahunan yang dianjurkan oleh HALUAN Malaysia dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan juga Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) khusus untuk para pelajar lepasan SPM. Antara objektif kursus ini adalah  bertujuan untuk membangun modal insan seimbang dan pembentukan jati diri yang utuh di kalangan para remaja di dalam mempersiapkan generasi pewaris di masa mendatang.

HALUANSiswa sebagai salah satu daripada badan yang bernaung di bawah HALUAN turut sama memberikan sumbangan dalam menjayakan kursus ini telah bergerak bersama-sama menjayakan kursus JDK ini. Antara tugas yang diamanahkan kepada HALUANSiswa ialah bertindak sebagai fasilitator dan pembimbing  bagi setiap modul yang direncanakan di dalam kursus JDK ini. Sebanyak 8 modul utama yang ditawarkan dalam kursus ini antara ialah, modul Anjakan Paradigma, modul kepimpinan masyarakat, modul khidmat masyarakat, modul kecergasan dan rekreasi dan banyak lagi.

Adalah menjadi harapan dari HALUAN sebagai NGO yang berteraskan kebajikan dan pendidikan, bahawa para peserta yang mengikuti Kursus JDK ini akan memanfaatkan setiap detik dan masa mereka sepanjang tempoh 22 hari berada di dalam kursus ini. Semoga setiap pengalaman, ilmu dan perkongsian yang ditimba akan menjadi bekalan yang berguna untuk dijadikan pedoman di dalam menempuhi kehidupan yang penuh pancaroba ini.

Perkembangan kursus JDK di semua zon boleh diikuti melalui laman Facebook JDK di:

https://www.facebook.com/jdkhaluan

 

 

 

Siapa Kami?

Kelab Siswa HALUAN Malaysia (HALUANSiswa) ialah sebuah kelab yang ditubuhkan di bawah HALUAN Malaysia. Kelab ini menjadi platform kepada ahli-ahli yang terdiri daripada semua mahasiswa institusi pengajian tinggi awam dan swasta sama ada di dalam atau di luar negara untuk bergabung tenaga bagi menjayakan visi dan misi HALUAN. PPM 969/88

Who's Online

We have 5 guests online

Counter

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday264
mod_vvisit_counterYesterday460
mod_vvisit_counterThis week1621
mod_vvisit_counterLast week3292
mod_vvisit_counterThis Month7469
mod_vvisit_counterAll days339690