H A L U A N S i s w a

Bersahsiah Dekat & Bererti

You are here: Laman Utama HS Nasional Kursus Rekreasi Luar Tahap 1 Melahirkan Jurulatih Rekreasi Rabbani

Kursus Rekreasi Luar Tahap 1 Melahirkan Jurulatih Rekreasi Rabbani

Lenggong, 12 Feb - Kelab Siswa HALUAN Malaysia dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak telah menganjurkan Kursus Rekreasi Luar Tahap 1 yang berlangsung di daerah Lenggong, pada 10 hingga 12 Februari baru-baru ini. Program itu melatih ahli HALUANSiswa sebagai penggiat dan penggerak program rekreasi luar yang semakin mendapat tempat dalam kalangan generasi muda masa kini. Kursus 3 hari 2 malam yang dihadiri oleh 42 orang pelajar dan 3 orang peserta veteran itu memberi pengetahuan kepada peserta mengenai kemahiran asas yang perlu ada sebagai penggerak  program rekreasi luar.

Pada hari pertama program, peserta didedahkan mengenai peraturan dan peralatan yang diperlukan untuk perkhemahan. Mereka juga berpeluang melihat sendiri cara pemasangan khemah dan susun atur barang dalam beg galas perkhemahan. Peserta juga berpeluang mempelajari asas-asas berkayak serta menjalani latihan berkayak. Acara pada hari pertama ditamatkan dengan slot komunikasi yang menekankan mengenai kepentingan komunikasi dan perhubungan yang tepat dan berkesan dalam semua situasi ketika menjalani program rekreasi luar terutamanya ketika di  dalam hutan dan mendaki gunung.

Pada hari kedua, peserta bergerak ke Lata Kekabu bagi mengikuti modul perkhemahan dan rekreasi hutan. Sebelum bergerak ke sana, peserta didedahkan dengan satu lagi kemahiran iaitu memahami peta topografi dan orienteering. Peserta bergerak ke Lata Kekabu dengan berjalan sejauh hampir 5 kilometer daripada lokasi kursus, TOP Adventure Camp, yang juga turut menjadi penganjur bersama kursus dan menyediakan jurulatih yang berpengalaman dalam bidang rekreasi luar. Program diteruskan dengan slot ceramah mengenai Pengawalan di Bentuk Muka Bumi yang Curam. Ceramah itu bertujuan mendedahkan kepada peserta mengenai peralatan dan kelengkapan yang diperlukan untuk rekreasi hutan, serta jenis tali dan teknik ikatan dan pemasangan. Peserta kelihatan sangat teruja pada penghujung slot pada petang itu apabila berpeluang menyaksikan jurula

tih kursus, En. Rafee, menyiapkan Tyrolem Traverses atau lebih popular dengan nama ‘Flying Fox’. Pada sebelah malamnya, peserta mengikuti ceramah konservasi yang bertujuan menanam sikap menghargai dan menghayati alam semula jadi, sebelum  dibawa berjalan di dalam hutan pada malam itu. Acara Kembara Malam itu berjaya mengubah persepsi peserta untuk menghargai alam semulajadi apabila mereka dibawa ke tapak pembalakan haram yang terletak berhampiran dengan laluan perjalanan.

Hari terakhir program adalah hari yang benar-benar mencabar bagi semua peserta apabila mereka perlu mempraktikkan ilmu yang telah diperolehi sepanjang dua hari sebelumnya. Slot terakhir kursus peserta diminta mencari lokasi Masjid Kg Changkat Berangan yang terletak berdekatan lokasi TOP Adventure Camp di Tasik Raban, melalui jalan hutan. Majlis penutup dihadiri tetamu kehormat Pegawai Belia dan Sukan Daerah Lenggong, En Khairul Anuar Mohamad Tahrin yang mewakili Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak. Turut hadir ialah Presiden Kenu Negeri Perak, dan juga bekas ketua kampong Changkat Berangan.

Pelbagai pengalaman yang menarik dan melucukan sempat dikongsi bersama semua yang hadir pada majlis tersebut. Salah seorang peserta, Zawir Amin Ahmad Farid berkata, “Program rekreasi tahap 1 ini betul-betul memberikan pengalaman yang sangat berguna pada mereka yang benar-benar ingin pergi jauh dalam lapangan aktiviti luar yang lasak.” Saudara Abdul Muta’al Nawawi, pengarah program berharap peserta yang hadir kursus itu dapat meneruskan mengikuti kursus Tahap 2 dan Tahap 3 dan seterusnya menjadi jurulatih bagi aktiviti rekreasi luar anjuran HALUAN Malaysia.

Rasullullah SAW bersabda, yang bermaksud, “Mukmin yang kuat lebih aku cintai daripada mukmin yang lemah.” (HR Muslim)

oleh : Abdullah Fahmi

 

 

Siapa Kami?

Kelab Siswa HALUAN Malaysia (HALUANSiswa) ialah sebuah kelab yang ditubuhkan di bawah HALUAN Malaysia. Kelab ini menjadi platform kepada ahli-ahli yang terdiri daripada semua mahasiswa institusi pengajian tinggi awam dan swasta sama ada di dalam atau di luar negara untuk bergabung tenaga bagi menjayakan visi dan misi HALUAN. PPM 969/88

Who's Online

We have 9 guests online

Counter

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday109
mod_vvisit_counterYesterday254
mod_vvisit_counterThis week109
mod_vvisit_counterLast week1070
mod_vvisit_counterThis Month2379
mod_vvisit_counterAll days544443