
SHAH ALAM, 22 Februari - Program motivasi perantau bagi pelajar-pelajar Mesir telah diadakan baru-baru ini
anjuran Kelab Siswa HALUAN (HALUANSiswa) dan Biro Luar Negara HALUAN di Shah Alam, Selangor. Seramai 50 orang pelajar perubatan, pergigian dan deeniah telah hadirkan diri. Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Hj. Sr. Sabbri Md Yudin, Naib Presiden 2 HALUAN. Di dalam ucapan perasmian, beliau menyatakan rasa simpati kepada para pelajar dan menasihatkan agar para pelajar bersabar menerima ketentuan Ilahi.
Pelbagai aktiviti membangunkan minda dan motivasi dalaman dalam bentuk kuliah, bengkel dan dialog bagi membangunkan dan membangkitkan motivasi para pelajar perantau Mesir. Turut hadir di dalam majlis perasmian tersebut ialah Penasihat Kelab Siswa HALUAN (HALUANSiswa), PM Dr. Nik Mu’tasim Abd. Rahman.


Setelah berseminar selama 3 hari 2 malam dengan kehangatan ukhuwwah dan cerna minda, perasmian penutup telah disempurnakan oleh Dr. Abdullah Sudin Ab Rahman, Presiden HALUAN Malaysia. Di dalam ucapan penutup beliau mengingatkan para pelajar redha dan positif dengan ujian yang dihadapi mereka.
"Tukarkan masalah yang ada agar ianya menjadi peluang", ujar Dr. Abdullah Sudin.
Beliau mengingatkan lagi kepada para pelajar agar para pelajar dapat terus menghayati falsafah pendidikan negara iaitu penekanan kepada proses tarbiah; jasmani, emosi, ruhi dan intelek ditambahi lagi dengan penekanan aqidah.
"Berilah juga penekanan kepada tarbiyah hati. Tugas kita bukan sahaja bertumpu kepada pencapaian akademik dan akal sahaja. Semuanya perlu seimbang", tambah beliau lagi.
Turut hadir di dalam majlis perasmian penutup tersebut ialah Penasihat Kelab Rekreasi HALUAN, Tuan Hj. Abduh Zainal Abidin dan Tuan Haji Mohd Ghani Salleh, Setiausaha HALUAN Malaysia.



















