H A L U A N S i s w a

Bersahsiah Dekat & Bererti

You are here: Laman Utama HS Wilayah Selatan HALUANSiswa dekat di hati SMK Bekok

HALUANSiswa dekat di hati SMK Bekok

E-mail Print PDF

SEGAMAT, 26 Julai - HALUANSiswa terus melebarkan sayapnya dekat di hati masyarakat. Kali

ini HALUANSiswa bersama HALUAN Johor telah berganding bahu mengendalikan Kem Motivasi Menuju Puncak Gemilang untuk pelajar-pelajar asrama SMK Bekok Segamat. Program telah diadakan diadakan di Pusat Latihan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) Kluang, Johor pada 24 – 26 Julai 2009 yang lalu. Seramai 71 orang pelajar telah hadir yang melibatkan 31 pelajar melayu dan 40 pelajar orang asli. Program ini merupakan anjuran SMK Bekok dengan kerjasama HALUAN Johor, PPD Segamat dan JHEOA Segamat.

 

Seramai 11 orang fasilitator HALUANSiswa dari KTD dan UTM yang diketuai oleh Sdr Muadz Eswan memikul tanggungjawab mendidik para peserta di sepanjang program berjalan.

Program ini juga dikuatkan dengan kehadiran aktivis HALUAN dari Kluang, Simpang Rengam dan Muar yang diketuai oleh Cikgu Eswan bin Keliwan, Pengerusi Motivasi Dan Kaunseling HALUAN Johor.

 

Menurut Cikgu Eswan, objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan kemahiran kendiri peserta, khususnya kalangan pelajar orang asli. Selain daripada itu diharapkan program ini dapat meningkatkan kesedaran peserta untuk serius dan bersungguh-sungguh belajar dan membina akhlak yang terpuji.

Di sepanjang 3 hari 2 malam, peserta telah melalui pelbagai modul yang menarik yang telah di rangka oleh pasukan fasilitator HALUANSiswa yang terlatih. Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti ice breaking, ceramah kecemerlangan, bina identiti remaja, persembahan kumpulan, walk a hunt, kuliah subuh dan maghrib bagi yang beragama Islam dan kuliah akhlak bagi yang bukan beragama Islam.

Menurut saudara Faizal Mohd Nor, HALUANSiswa dari KTD, ini merupakan pengalaman berharga bagi beliau kerana dapat mendekati para pelajar kalangan orang asli yang bukan beragama Islam.. Kebanyakan mereka di awal program kelihatan tidak bersemangat, kurang keyakinan diri dan kurang mesra. Namun Alhamdulillah, dengan izin Allah, masuk hari ke dua, mereka semakin ceria dan sentiasa komited di sepanjang aktiviti dijalankan. Potensi mereka semakin menyerlah terutama ketika sesi persembahan kumpulan.

Majlis penutup turut dihadiri Pengetua SMK Bekok, Tn. Hj. Busro Md Said, dan telah disempurnakan oleh Penolong Pegawai Pelajaran SPK PPD Daerah Segamat, Tn. Hj. Anuar B Hashim. Turut hadir En. Mohd Saim B Abu Salim, Penolong Pegawai Hal Ehwal Orang Asli Daerah Segamat. dan wakil HALUAN Johor, Cikgu Eswan. Program susulan akan menyusul selepas Aidilfitri kelak, insyaallah.

Galeri Foto

 

 

Siapa Kami?

Kelab Siswa HALUAN Malaysia (HALUANSiswa) ialah sebuah kelab yang ditubuhkan di bawah HALUAN Malaysia. Kelab ini menjadi platform kepada ahli-ahli yang terdiri daripada semua mahasiswa institusi pengajian tinggi awam dan swasta sama ada di dalam atau di luar negara untuk bergabung tenaga bagi menjayakan visi dan misi HALUAN. PPM 969/88

Who's Online

We have 15 guests online

Counter

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday72
mod_vvisit_counterYesterday469
mod_vvisit_counterThis week2682
mod_vvisit_counterLast week3253
mod_vvisit_counterThis Month4626
mod_vvisit_counterAll days291590