H A L U A N S i s w a

Bersahsiah Dekat & Bererti

You are here: Laman Utama HS Wilayah Selatan Kem Minda Kreatif Johor Dedah Kemahiran Kepimpinan Kepada Anak-anak

Kem Minda Kreatif Johor Dedah Kemahiran Kepimpinan Kepada Anak-anak

E-mail Print PDF

ULU TIRAM, 1 Disember – Program Kem Minda Kreatif (KMK) ke-10 anjuran

Kelab Remaja HALUAN (KeARAH) dan HALUAN Johor telah berlangsung dengan jayanya di Tiram Indah Village, Johor. Kem tiga hari dua malam ini telah mendapat sambutan yang memberangsangkan dari 110 orang peserta yang hadir. Dengan bertemakan ‘Kami Hadir Sebagai Pemimpin’, kem ini dipenuhi dengan modul-modul yang memberi kemahiran kepimpinan kepada para peserta. Fasilitator bagi kem ini adalah dari kalangan ahli-ahli HALUANSiswa yang sedang bercuti.

Sebanyak enam modul kemahiran kepimpinan diketengahkan dalam kem ini. Antara aktivitinya ialah Tsaqafah, Khuruj, Berani-Bicara Dai’e, Membuat Keputusan Yang Tepat, Bijak Berhujah dan Risalah Kami. Dan akhirnya modul Resolusi Kepimpinan menjadi penutup kepada enam modul kepimpinan tersebut.

Pada hari pertama kem, modul Ice Breaking dan Grouping telah berjaya dijalankan. Ini diikuti dengan modul pertama kepimpinan iaitu Tsaqafah-Tayangan Video Palestin yang mana para peserta didedahkan dengan isu-isu semasa yang menyentuh umat Islam semasa. Kehadiran penceramah yang berpengalaman dan berkaliber menambah ceriakan suasana kem yang dingin. Tumpuan kepada kepimpinan amat di titik beratkan bagi menangani masalah umat Islam semasa.

Pada hari kedua, para peserta keluar dari kawasan kem untuk bertemu dengan masyarakat di perkampungan Sungai Tiram. Sebagai impak dari modul itu, para peserta telah berjaya melakukan aktiviti mengemas rumah, memasak, menebas lalang dan pelbagai aktiviti lagi bersama dengan masyarakat kampung. Pada malamnya, modul kelima iaitu Bijak Berhujah telah membuka bakat-bakat terpendam para peserta yang memerlukan mereka memberikan dan mempertahankan hujah.

Akhirnya, pada hari ketiga kem, modul Kreatif dan Produktif – Risalah Kami menjadi penutup kepada semua modul-modul yang telah mereka lalui dua hari sebelumnya. Modul ini memberi ruang kepada para peserta untuk meluah rasa, memberi cadangan dan kritikan terhadap program KMK sepanjang para peserta berada di kem tersebut. Respon dari modul terakhir ini adalah tidak dijangka, apabila ada peserta yang membuat risalah dengan sangat kreatif dan produktif yang membuatkan sebahagian fasilitator kagum dan bangga. Seusai semua modul dijalankan, ucapan penutup oleh wakil HALUAN Johor telah menutup tirai program KMK ke-10 ini. Ramai ibubapa mengharapkan program KMK akan terus dijalankan bagi melahirkan ramai lagi anak-anak yang mendapat pendedahan kepada usaha dakwah Islam.

 

Siapa Kami?

Kelab Siswa HALUAN Malaysia (HALUANSiswa) ialah sebuah kelab yang ditubuhkan di bawah HALUAN Malaysia. Kelab ini menjadi platform kepada ahli-ahli yang terdiri daripada semua mahasiswa institusi pengajian tinggi awam dan swasta sama ada di dalam atau di luar negara untuk bergabung tenaga bagi menjayakan visi dan misi HALUAN. PPM 969/88

Who's Online

We have 17 guests online

Counter

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday276
mod_vvisit_counterYesterday469
mod_vvisit_counterThis week2056
mod_vvisit_counterLast week3676
mod_vvisit_counterThis Month4830
mod_vvisit_counterAll days291794