H A L U A N S i s w a

Bersahsiah Dekat & Bererti

You are here: Laman Utama HS Wilayah Selatan HALUANSiswa bersama 47 Lepasan SPM Ikuti HIMEGA di Johor

HALUANSiswa bersama 47 Lepasan SPM Ikuti HIMEGA di Johor

E-mail Print PDF

SIMPANG RENGGAM, 24 Disember - Hijrah Menara Gading atau singkatannya HIMEGA telah

berlangsung di Sekolah RendahAgama Ghufran, Simpang Renggam dari pada 23 hingga 24 Disember 2009. Program yang julung-julung kalinya dilaksanakan di negeri Johor ini telah menerima penyertaan daripada 47 orang pelajar lepasan SPM 2009 dari seluruh negeri Johor.

Program ini telah dianjurkan oleh Kelab Guru HALUAN Johor dengan gandingan fasilitator daripada Kelab Siswa HALUAN Malaysia (HALUANSiswa). Seramai 25 orang ahli HALUANSiswa telah turun untuk membantu menjayakan aktiviti yang julung-julung kali diadakan ini. Tujuan utama HIMEGA kali ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai halatuju pendidikan seterusnya selepas berjaya menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM.)

Para peserta telah disajikan dengan pelbagai maklumat melalui  beberapa slot pengisian. Pada hari pertama Tuan Haji Abdul Razak bin Kaprawi yang merupakan seorang pensyarah di Institut Perguruan Temenggong Ibrahim (IPTI) telah menyuntik para peserta tentang kesedaran minda kelas pertama. Pengisian ini telah memberikan suatu impak yang dapat dilihat daripada keyakinan para peserta menjalani program selama 2 hari 1 malam ini. Pada sebelah malam pula, para peserta dibangkitkan jiwa mereka oleh Puan Hajjah Norlida binti Md Top, yang merupakan seorang kaunselor. Beliau telah dapat membawa peserta untuk merancang peta hidup mereka, dan diakhiri dengan pembentangan daripada setiap kumpulan peserta. Pada hari terakhir program, para peserta telah mendapat bimbingan daripada seorang lagi kauselor, iaitu Puan Hajjah Salmah binti Salleh, berkenaan halatuju pendidikan selepas SPM.

Program ini juga telah mendapat perkongsian langsung daripada mahasiswa dari pelbagai institusi pegajian tinggi. Dua slot perkongsian bersama HALUANSiswa telah dimanfaatkan oleh para peserta untuk memperoleh pelbagai maklumat berkaitan pendidikan di menara gading.

Majlis penutup yang disempurnakan oleh Prof. Dr. Abdul Hakim Mohammed, Naib Presiden HALUAN, juga diisi dengan peringatan dan bimbingan agar para peserta memperkuatkan diri dengan membentuk iman yang mantap bagi memastikan hijrah ke menara gading suatu hijrah yang sesuai dengan kehendak Allah s.w.t.

 

 

Siapa Kami?

Kelab Siswa HALUAN Malaysia (HALUANSiswa) ialah sebuah kelab yang ditubuhkan di bawah HALUAN Malaysia. Kelab ini menjadi platform kepada ahli-ahli yang terdiri daripada semua mahasiswa institusi pengajian tinggi awam dan swasta sama ada di dalam atau di luar negara untuk bergabung tenaga bagi menjayakan visi dan misi HALUAN. PPM 969/88

Who's Online

We have 18 guests online

Counter

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday263
mod_vvisit_counterYesterday469
mod_vvisit_counterThis week2043
mod_vvisit_counterLast week3676
mod_vvisit_counterThis Month4817
mod_vvisit_counterAll days291781