H A L U A N S i s w a

Bersahsiah Dekat & Bererti

You are here: Laman Utama HS Wilayah Selatan Sehari Bersama Mahasiswa

Sehari Bersama Mahasiswa

E-mail Print PDF

KLUANG, 21 Mei - Program perkongsian tentang definisi kejayaan yang sebenar telah diadakan di

Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Haji Hassan Yunus (SMKDHHY), Renggam yang telah dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling Dan Makdis SMKDHHY bar-baru ini. Seramai 56 orang pelajar Tingkatan Enam Rendah SMKDHHY yang menyertai program yang dinamakan 'Sehari Bersama Mahasiswa' ini turut dibantu oleh 10 orang fasilitator dari HALUANSiswa dalam membina sikap positif yang sepatutnya dimiliki oleh pelajar dan mengetengahkan teknik-teknik belajar yang berkesan.

Program dimulakan seawal jam 9 pagi sejurus pendaftaran dan sarapan kemudian peserta berkumpul di dewan, acara dimulakan dengan dipengerusikan oleh salah seorang peserta dan diteruskan dengan ucapan daripada pengarah program iaitu En. Muhammad Luqman b. Hassan, seterusnya fasilitator memperkenalkan diri masing-masing.

Program berlangsung selama lapan jam itu diisi dengan ceramah yang penuh bertenaga dan bersemangat berkenaan membina kejayaan disampaikan oleh Cik Balqis binti Abdul Hakim selain aktiviti kumpulan membincangkan tentang 10 ciri-ciri muslim cemerlang serta permainan menguji minda dan katangkasan mereka dalam menitikberatkan kasih sayang mereka terhadap kawan-kawan.

Program berakhir setelah Majlis penutup dan majlis luahan rasa dari wakil peserta lelaki dan perempuan dan dari setiap fasilitator. Para fasilitator menyampaikan nasihat dan pesanan yang membina semangat untuk berjaya di dunia dan akhirat.


 

 

 

Siapa Kami?

Kelab Siswa HALUAN Malaysia (HALUANSiswa) ialah sebuah kelab yang ditubuhkan di bawah HALUAN Malaysia. Kelab ini menjadi platform kepada ahli-ahli yang terdiri daripada semua mahasiswa institusi pengajian tinggi awam dan swasta sama ada di dalam atau di luar negara untuk bergabung tenaga bagi menjayakan visi dan misi HALUAN. PPM 969/88

Who's Online

We have 6 guests online

Counter

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday274
mod_vvisit_counterYesterday460
mod_vvisit_counterThis week1631
mod_vvisit_counterLast week3292
mod_vvisit_counterThis Month7479
mod_vvisit_counterAll days339700