H A L U A N S i s w a

Bersahsiah Dekat & Bererti

You are here: Laman Utama HS Wilayah Timur 46 Mahasiswa IPTA/IPTS Kelantan dilatih untuk berkhidmat kepada masyarakat

46 Mahasiswa IPTA/IPTS Kelantan dilatih untuk berkhidmat kepada masyarakat

E-mail Print PDF

BACHOK, 1 Ogos – HALUAN Kelantan dengan kerjasama Kolej Teknologi Darulnaim telah berjaya

menganjurkan “Program Membina Generasi Pewaris (PEWARIS)” di Kampung Chat, Pantai Cham, Bachok dari 30hb Julai hingga 1hb Ogos 2009.

Seramai 46 peserta yang terdiri dari kalangan mahasiswa dan mahasiswi IPTA dan IPTS Kelantan seperti Kolej Teknologi Darulnaim (KTD,) Institut Perguruan Kota Bharu (IPKB) dan Kolej lslam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS.). Mereka juga diiringi oleh ahli-ahli HALUAN Kelantan yang turut memeriahkan program ini.

Objektif utama kursus ini adalah untuk melatih pesereta dalam merancang dan melaksanakan sesuatu program, mewujudkan persekitaran yang solehah, membentuk kesedaran dan kefahaman Islam serta membuka ruang kepada mahasiswa/i dalam memberi khidmat kepada masyarakat.

Sebanyak 2 kertas kerja telah dibentangkan dalam program ini. Kertas-kertas kerja tersebut telah disampaikan  oleh penceramah-penceramah jemputan dari Universiti Teknologi Mara, Mac

 

hang iaitu Ustaz Mohd Noor Bin Awang Kechik dan dari Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) iaitu Tn. Hj. Rosdi Bin Baharom.

Para peserta juga telah menjalankan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong membersihkan masjid dan menziarahi penduduk sekitar Kampung Chat, Pantai Cham.

Ucapan penutup program telah disampaikan oleh Prof. Dr. Abdul Hakim Bin Mohammed selaku Naib Presiden 1 HALUAN Pusat.

Program kali ini telah berjalan dengan lancar dan respon dari peserta adalah amat positif dan ada beberapa saranan yang baik telah diterima bagi memperbaiki lagi mutu penganjuran program ini. Semoga usaha kerdil ini diterima oleh Allah SWT sebagai amal soleh dan dapat mendekatkan diri kita kepadaNya. InsyaAllah.

Laporan disediakan oleh,
Ahmad Hafiz Bin Jaafar                                                                     
Pengerusi Kelab Siswa HALUAN Kelantan.

 

 

 

 

Siapa Kami?

Kelab Siswa HALUAN Malaysia (HALUANSiswa) ialah sebuah kelab yang ditubuhkan di bawah HALUAN Malaysia. Kelab ini menjadi platform kepada ahli-ahli yang terdiri daripada semua mahasiswa institusi pengajian tinggi awam dan swasta sama ada di dalam atau di luar negara untuk bergabung tenaga bagi menjayakan visi dan misi HALUAN. PPM 969/88

Who's Online

We have 14 guests online

Counter

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday279
mod_vvisit_counterYesterday469
mod_vvisit_counterThis week2059
mod_vvisit_counterLast week3676
mod_vvisit_counterThis Month4833
mod_vvisit_counterAll days291797