H A L U A N S i s w a

Bersahsiah Dekat & Bererti

You are here: Laman Utama HS Wilayah Timur Kem Ibadah Remaja Kendalian HALUANSiswa Kelantan

Kem Ibadah Remaja Kendalian HALUANSiswa Kelantan

E-mail Print PDF

BACHOK, 21 Ogos - HALUANSiswa Kelantan sekali lagi diberikan kepercayaan dan

amanah bagi mengendalikan Kem Ibadah Remaja (KIBAR) oleh pihak HALUAN Malaysia dan HALUAN Kelantan. Kali ini sasaran peserta adalah anak-anak dari perkmpungan miskin Kg. Pohon Nenasi Bachok Kelantan. Program telah diadakan di Ridhuan Beach Resort, Bachok pada 20 – 21 Ogos 2009 yang lalu. Kg. Pohon Nenasi adalah merupakan Kampung Angkat HALUAN Malaysia melalui projek Program Kecemerlangan Pelajar (PKP) kerjasama Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

 

Alhamdulillah seramai 84 pelajar yang terdiri daripada 41 pelajar putera dan 43 pelajar puteri telah berjaya menghadiri kem tersebut. Seramai 16 orang fasilitator dari HALUANSiswa Kelantan telah berkampung dengan diketuai oleh Kem Komanden, Sdr. Mohd Zubair Bin Zakaria. 

Turut mengiringi peserta di sepanjang program adalah 10 orang wakil kampung Pohon Nenasi yang diketuai sendiri oleh Ketua Kampung, En. Umar Marzuki. Menurut En. Umar inilah kali pertama anak-anak kampung mereka menyertai program seperti ini. Beliau amat berbesar hati dengan usaha HALUAN dan berharap agar HALUAN akan terus dapat membantu mereka dalam mendidik dan membangunkan anak bangsa yang berjaya di dunia dan akhirat. Beliau juga cukup mengkagumi barisan fasilitator HALUANSiswa yang berdisiplin, berakhlak dan dedikasi.

Program ini merupakan program susulan HALUAN kali ke 3. Program pertama telah diadakan dengan kunjungan hormat ke Kg. Pohon Nenasi oleh Naib Presiden HALUAN Pusat,  Dr. Azizan Ahmad dan Naib Pengerusi HALUANITA Pusat, Dr, Wan Muhaizan bersama jawatankuasa projek dari HALUAN Kelantan yang diketua oleh Cikgu Mahmud Jaafar.

Kemudian pada awal Ogos, HALUANITA Kelantan bersama 40 SiswiHALUAN Kelantan telah mengadakan pula ziarah ke 50 buah rumah penempatan di Pohon Nenasi yang berlatarbelakangkan keluarga miskin. Turut hadir dalam lawatan tersebut Ustaz Hafiz Jaafar, Pengerusi HALUANSiswa Kelantan.

Dalam program Khemah Ibadah Remaja (KIBAR) ini, para peserta telah di ajak untuk memahami erti hidup dan matlamat diri dan membina sikap positif untuk berubah. Mereka juga melalui model Motivasi dan praktikal solat. Walaupun masa program singkat, namun ini akan menkadi pemangkin hubungan intim yang telah terbina di antara fasilitator HALUAN Kelantan bersama para remaja Kg. Pohon Nenasi.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Cikgu Kamarudin Deraman, Timb Yang Di Pertua 1 HALUAN Kelantan. Menurut Cikgu Kamarudin, HALUAN sentiasa mencari peluang untuk mendidik dan berbakti di mana sahaja HALUAN berada. Dan pihak HALUAN bersyukur kerana dapat bersama dengan anak-anak pewaris masa depan agama dan bangsa ini dan diharapkan akan ada dikalangan peserta yang akan mewarisi kerja mulia yang telah lakukan oleh para fasilitator HALUAN dari kalangan para peserta kelak. Turut hadir di majlis penutup tersebut adalah En. Mohd Razali Maarof, Ketua Biro Latihan HALUAN Pusat, AJK HALUAN Kelantan dan AJK HALUANITA Kelantan.

 

 

Siapa Kami?

Kelab Siswa HALUAN Malaysia (HALUANSiswa) ialah sebuah kelab yang ditubuhkan di bawah HALUAN Malaysia. Kelab ini menjadi platform kepada ahli-ahli yang terdiri daripada semua mahasiswa institusi pengajian tinggi awam dan swasta sama ada di dalam atau di luar negara untuk bergabung tenaga bagi menjayakan visi dan misi HALUAN. PPM 969/88

Who's Online

We have 13 guests online

Counter

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday281
mod_vvisit_counterYesterday469
mod_vvisit_counterThis week2061
mod_vvisit_counterLast week3676
mod_vvisit_counterThis Month4835
mod_vvisit_counterAll days291799