KOTA BHARU, 27 Ogos - SiswiHALUAN Kelantan dengan kerjasama Kelab
Fasilitator Harapan (KAFAH) KTD dan AJK Asrama telah mengadakan Bengkel Kajian Ramadhan (Siri 1) pada 27 Ogos yang lalu. Program telah diadakan di Surau Siswi Kediaman Tanjung Chat, Kolej Teknologi Darulnaim bermula jam 6.00 petang.
Program ini terbuka kepada mahasiswi di asrama tersebut yang berminat untuk meningkatkan kefahaman mereka dengan Ramadhan agar peserta dapat mempertingkatkan kualiti Ramadhan masing-masing. Urusetia juga telah menyediakan santapan berbuka puasa percuma untuk peserta yang hadir.
Seramai 40 peserta telah menghadiri Bengkel Siri 1 ini yang telah disampaikan oleh Sdr. Mohd Razali Maarof, Ketua Biro Latihan HALUAN Pusat. Beliau telah mengupas Kajian Ramadhan bertajuk Kelebihan dan Keutamaan Ramadhan.
Program diakhiri dengan majlis berbuka puasa bersama di surau tersebut yang disediakan oleh Urusetia SiswiHALUAN Kelantan.














