H A L U A N S i s w a

Bersahsiah Dekat & Bererti

You are here: Laman Utama HS Wilayah Timur HALUANSiswa Kelantan: Forum Sempena Seminar Pecutan Akhir SPM Sekolah Menengah Agama Kg Laut

HALUANSiswa Kelantan: Forum Sempena Seminar Pecutan Akhir SPM Sekolah Menengah Agama Kg Laut

E-mail Print PDF

KUALA TERENGGANU, 9 Oktober - Kelab Siswa HALUAN Kelantan telah

menjayakan forum sempena Seminar Pecutan Akhir SPM Sekolah Menengah Agama Kg. Laut (SMAKL) Kuala Terengganu pada 9 Oktober 2009. Forum telah dipengerusikan oleh Sdr Mohd Razali Maarof, Ketua Biro Latihan HALUAN Pusat.

Barisan panel terdiri daripada Sdr. Ahmad Faris Zakaria, mengikuti Program Teknologi Maklumat KTD kerjasama UTM, Sdr. Ahmad Daud Ibrahim, mengikuti Program Kejuruteraan Elektronik KTD kerjasama UTM dan Sdr. Shahidah Zulkifli yang sedang mengikuti Program TESL Institut Perguruan Kota Bharu, Kelantan. Kesemua mereka juga adalah merupakan alumni SMAKL.

Sepanjang forum berlangsung, pelbagai topik dibicarakan bermula daripada keperluan membina kejelasan matlamat dalam belajar sehinggalah kepada seruan kepada peserta untuk berusaha menempatkan diri menjadi pemimpin Islam masa depan.

Sdr. Ahmad Daud telah mengulas kepentingan memelihara dan menyuburkan niat dan matlamat belajar kerana Allah. Beliau yakin para peserta sudah ada kefahaman untuk belajar kerana Allah, namun yang paling sukar adalah untuk sentiasa istiqamah. Maka beliau mengajak para peserta untuk sentiasa memperingatkan antara satu sama lain agar komited dengan matlamat yang tertinggi ini. Konsep ”Ijlis bina nu’min saa’ah” wajar menjadi arus di sekolah.

Sdr. Ahmad Faris pula menghuraikan hubungkait antara impak tarbiah dan kecemerlangan akademik. Berdasarkan pengalaman beliau, tarbiah yang berjalan mampu membawa kepada perubahan sikap dan cara berfikir seseorang daripada kurang baik kepada baik dan daripada baik kepada lebih baik. Beliau meminjam kata-kata Syeikh Mustafa Masyur bahawa tarbiah bukanlah segala-galanya, tetapi segala-galanya bermula dengan tarbiah. Justeru beliau amat yakin bahawa penglibatan pelajar dengan tarbiah banyak membantu peningkatan akademik pelajar. Beliau memberikan contoh di Kolej Teknologi Darulnaim, ramai keputusan akademik kawan-kawannya meningkat setelah mula memberi komitmen dalam program tarbiyah yang dijalankan di kolej. Ini kerana melalui proses tarbiah tadi telah berjaya meningkat kefahaman pelajar akan tanggungjawab mereka sebagai pelajar, perubahan sikap kepada yang lebih positif, keterikatan hubungan dengan Allah swt meningkat dan menghindari pelajar dari mengikuti arus negatif yang sentiasa cuba merosakan para pemuda Islam.

Sdr. Shahidah pula berkongsi tip-tip kecemerlangan belajar khususnya saat SPM semakin menghampiri. Beliau menyarankan peserta untuk banyak melakukan latih tubi dengan menjawab soalan-soalan dari tahun-tahun yang lepas. Selain itu beliau menasihati peserta untuk banyak berdoa dan berharap kepada Allah swt agar membantu perjuangan kita. Selain dari itu, beliau juga menasihati para pelajar agar berusaha untuk melangkaj ke menara gading, dan sentiasa menjaga proses tarbiah yang telah diperolehi kerana cabaran di IPT amat dasyat. Kekentalan kita untuk istiqamah dengan Islam mampu dirampas oleh kehidupan yang bebas di IPT jika kita meninggalkan proses tarbiah Islamiyah.

Kelab Siswa HALUAN Kelantan mengucapkan Selamat Menghadapi Peperiksaan SPM kepada para pelajar SMAKL dan semoga beroleh kejayaan.

 

Siapa Kami?

Kelab Siswa HALUAN Malaysia (HALUANSiswa) ialah sebuah kelab yang ditubuhkan di bawah HALUAN Malaysia. Kelab ini menjadi platform kepada ahli-ahli yang terdiri daripada semua mahasiswa institusi pengajian tinggi awam dan swasta sama ada di dalam atau di luar negara untuk bergabung tenaga bagi menjayakan visi dan misi HALUAN. PPM 969/88

Who's Online

We have 19 guests online

Counter

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday291
mod_vvisit_counterYesterday469
mod_vvisit_counterThis week2071
mod_vvisit_counterLast week3676
mod_vvisit_counterThis Month4845
mod_vvisit_counterAll days291809