H A L U A N S i s w a

Bersahsiah Dekat & Bererti

You are here: Laman Utama HS Wilayah Timur HALUANSiswa Bersama Pelajar SMK Mahmud Mahyidin di Kem SATRIA 21

HALUANSiswa Bersama Pelajar SMK Mahmud Mahyidin di Kem SATRIA 21

E-mail Print PDF

PASIR PEKAN, 31 Oktober - Unit Kaunseling dan Bimbingan Kerjaya Sekolah

Menengah Kebangsaan Mahmud Mahyidin, Pasir Pekan telah bekerjasama dengan HALUAN Kelantan bagi menjayakan Kem Sahsiah Remaja Terpuji (SATRIA 21) dari 29 hingga 31 Oktober 2009 lalu. Objektif utama program ini adalah untuk membina sahsiah dan jatidiri pelajar.

Seramai 400 pelajar tingkatan 1 dan 2 telah menyertai kem yang diadakan diperkarangan sekolah tersebut. Para peserta telah dibahagikan kepada dua kumpulan, di mana program untuk Kumpulan 1 telah diadakan dari 29hb hingga 30hb Oktober, manakala Kumpulan Kedua pula mengikutinya dari 30hb hingga 31hb Oktober.

Seramai 30 orang fasilitator dari Kelab Siswa HALUAN (HALUANSiswa) Kelantan dan Kelab Fasilitator Harapan (KAFAH) Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) telah memberi khidmat, mendidik dan berbakti di sepanjang program tersebut. Para fasilitator ini telah diketuai oleh Sdr. Suhaib Shafie.


Guru Kaunseling sekolah, Cikgu Aisyah melahirkan rasa amat gembira dengan penglibatan fasilitator mahasiswa dari HALUANSiswa yang bertugas bertungkus-lumus mendidik para pelajar terbabit. Beliau berharap para peserta telah mendapat manfaat dan menimba ilmu di sepanjang mereka Masalah remaja masakini... mereka fikirkan sendiri jalan penyelesaian

mengikuti pelbagai modul yang dijalankan. Menurut Cikgu Hidayah, beliau mendapat respon yang amat baik dari peserta, sehingga ada peserta yang meminta kem SATRIA 21 ini dilanjutkan kepada 3 hari. Ada juga peserta yang meminta diadakan selama seminggu, kerana teruja dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

Majlis penutup SATRIA 21 ini telah disempurnakan oleh Pengetua SMK Mahmud Mahyidin, Pn. Hajjah Nik Raina Nik Taib. HALUAN Kelantan telah diwakili oleh Timb. Yang Di Pertua HALUAN Kelantan, Cikgu Kamarudin Deraman.

 

Siapa Kami?

Kelab Siswa HALUAN Malaysia (HALUANSiswa) ialah sebuah kelab yang ditubuhkan di bawah HALUAN Malaysia. Kelab ini menjadi platform kepada ahli-ahli yang terdiri daripada semua mahasiswa institusi pengajian tinggi awam dan swasta sama ada di dalam atau di luar negara untuk bergabung tenaga bagi menjayakan visi dan misi HALUAN. PPM 969/88

Who's Online

We have 3 guests online

Counter

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday242
mod_vvisit_counterYesterday305
mod_vvisit_counterThis week1403
mod_vvisit_counterLast week1955
mod_vvisit_counterThis Month841
mod_vvisit_counterAll days107825