H A L U A N S i s w a

Bersahsiah Dekat & Bererti

You are here: Laman Utama HS Wilayah Timur HALUAN Kelantan Anjur Program Pembangunan Minda Insan

HALUAN Kelantan Anjur Program Pembangunan Minda Insan

E-mail Print PDF

BACHOK, 30 November - HALUAN Kelantan dengan kerjasama

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah telah berjaya melaksanakan Program Pembangunan Minda Insan (PPMI) bersama masyarakat Kg. Pohon Nenasi, Bachok dari 20hb hingga 21hb November yang lalu. Program yang diadakan di Dewan Orang Ramai Pohon Nenasi tersebut memberi penumpuan kepada aspek kesihatan dan kemahiran keibubapaan.

Program yang bermula seawal jam 9.00 pagi telah dimulakan dengan ceramah dan juga khidmat pemeriksaan kesihatan yang dikendalikan oleh Kelab Kesihatan HALUAN (KKH) Kelantan. Dalam masa yang sama Kelab Siswa HALUAN (HALUANSiswa) mengadakan sesi soal-selidik terhadap 50 buah keluarga Pohon Nenasi.

Program dimeriahkan lagi dengan sesi gotong royong masak sekampung dan makan tengahari bersama di dewan Pohon Nenasi. Majlis pada hari Jumaat tersebut diakhiri dengan Kuliah Maghrib yang disampaikan oleh Ustaz Mohamad Nor Awang Kechik, seorang pensyarah Pengajian Islam dari UiTM Machang.
Sebahagian dari ibubapa yang menyertai PPMI

Modul Pembangunan Minda Insan (PPMI) diteruskan pada hari kedua di Sweet Beach Resort dari jam 8.30 pagi hingga jam 2.00 petang. Majlis ini telah dipengerusikan oleh Pn Norizan Othman, Pengerusi HALUANITA Kelantan. Pada kali ini, para ibubapa dari Pohon Nenasi disajikan dengan bimbingan dan panduan mendidik anak-anak mengikut Islam. Sesi ceramah kekeluargaan tersebut telah disampaikan oleh Tn. Hj. Rosdi Baharom, penceramah motivasi kekeluargaan HALUAN yang tidak asing lagi. Di akhir sesi kedua ini, ketua bagi setiap kumpulan membentangkan pandangan, cabaran dan harapan terhadap masa depan anak-anak dan keluarga mereka di Pohon Nenasi.

Sesi pembentangan ini amat menarik kerana para wakil kumpulan mampu berkongsi rasa hati dan perasaan mereka dengan jujur dan ikhlas. Para peserta amat berharap agar HALUAN dapat meneruskan usaha membantu mereka dan anak-anak mereka dalam membentuk sebuah masyarakat yang harmoni, bersatu-padu dan terdidik.

Program dua hari ini diakhiri dengan ucapan terima kasih oleh Ketua Kampung Kg. Pohon Nenasi, En. Umar. Manakala ucapan penutup telah disampaikan oleh Ketua Biro Motivasi dan Kekeluargaan HALUAN Kelantan, Cikgu Mahmud Jaafar.

 

Siapa Kami?

Kelab Siswa HALUAN Malaysia (HALUANSiswa) ialah sebuah kelab yang ditubuhkan di bawah HALUAN Malaysia. Kelab ini menjadi platform kepada ahli-ahli yang terdiri daripada semua mahasiswa institusi pengajian tinggi awam dan swasta sama ada di dalam atau di luar negara untuk bergabung tenaga bagi menjayakan visi dan misi HALUAN. PPM 969/88

Who's Online

We have 3 guests online

Counter

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday242
mod_vvisit_counterYesterday305
mod_vvisit_counterThis week1403
mod_vvisit_counterLast week1955
mod_vvisit_counterThis Month841
mod_vvisit_counterAll days107825