H A L U A N S i s w a

Bersahsiah Dekat & Bererti

You are here: Laman Utama HS Wilayah Timur Seminar Cemerlang Akademik Sahsiah Terpuji

Seminar Cemerlang Akademik Sahsiah Terpuji

E-mail Print PDF

alt

BACHOK, 27 Januari - HALUANSiswa telah bersama dengan lebih dari 300 pelajar dari SMU (A) Nurul Falah,

Cherang Ruku Pasir Puteh dan Maahad Yaakubiah, Bachok Kelantan dalam program Seminar Cemerlang Akademik Sahsiah Terpuji yang telah diadakan di sekolah masing-masing pada 27 Januari 2010 yang lalu.

alt

Seminar yang dianjurkan oleh HALUAN dan Kolej Teknologi Darulnaim dibantu oleh fasilitator dari HALUANSiswa diadakan dalam rangka membantu meningkatkan potensi dan motivasi peserta dalam pelajaran. Di samping itu diharapkan melalui perkongsian ilmu tersebut akan dapat membangkitkan kesedaran dan kefahaman pelajar agar turut mengambil berat dalam aspek pembinaan akhlak dan jatidiri pelajar supaya seiring dengan kecemerlangan akademik.

Seminar tersebut yang dijalankan serentak di dua buah sekolah tersebut turut dihadiri oleh 60 peserta dari Kem Jati Diri dan Kesukarelawanan Remaja 2010 anjuran HALUAN dan Kolej Teknologi Darulnaim dengan kerjasama JAKIM yang telah bermula sejak Disember 2009 yang lalu.

Di SMU (A) Nurul Falah, Cerang Ruku, penceramah motivasi HALUAN yang tidak asing lagi, Tn Hj Rosdi Baharom telah menyampaikan ceramah beliau yang memberikan penekanan kepada halatuju dan sikap pelajar muslim yang sebenar. Beliau juga menyeru pelajar agar sentiasa memiliki matlamat yang jelas dalam kehidupan. Manakala di Maahad Yaakubiah, sesi motivasi telah disampaikan oleh Sdr. Mohd Razali Maarof, Ketua Biro Latihan HALUAN Pusat. Beliau juga turut mengajak para peserta untuk mensyukuri nikmat yang Allah berikan menjadi seorang penuntut ilmu dan mengajak para peserta serius dalam pelajaran mereka kerana arus untuk mengajak mereka leka dan lalai dari matlamat sebenar sebagai penuntut muslim amat kuat.

alt alt

Di sesi kedua, para peserta telah dibahagikan dalam kumpulan dan menyertai latihan Dalam Kumpulan dan sesi pembentangan yang turut dibantu oleh para fasilitator dari Kelab Siswa HALUAN dan para peserta kem JATIDIRI. Para peserta begitu teruja dan merasa seronok disepanjang program berjalan sehinggakan masa program terpaksa dilajakkan sejam lagi.

Respon dari pihak sekolah amat baik dan berharap agar program-program sebegini dapat diadakan lagi bagi membantu para pelajar luar bandar khususnya memperbaiki prestasi pembelajaran mereka.

Last Updated ( Tuesday, 09 February 2010 00:22 )  

Polls

Misi Life Line 4 Gaza. Mampukah kita rakyat Malaysia mengumpulkan sumbangan sebanyak USD10juta dalam masa sebulan untuk membantu warga Palestin?
 

Siapa Kami?

Kelab Siswa HALUAN Malaysia (HALUANSiswa) ialah sebuah kelab yang ditubuhkan di bawah HALUAN Malaysia. Kelab ini menjadi platform kepada ahli-ahli yang terdiri daripada semua mahasiswa institusi pengajian tinggi awam dan swasta sama ada di dalam atau di luar negara untuk bergabung tenaga bagi menjayakan visi dan misi HALUAN. PPM 969/88

Who's Online

We have 5 guests online

Counter

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday239
mod_vvisit_counterYesterday311
mod_vvisit_counterThis week2057
mod_vvisit_counterLast week2095
mod_vvisit_counterThis Month4152
mod_vvisit_counterLast Month195
mod_vvisit_counterAll days55319