
Pengkalan Chepa, 9 Julai – Majalah HALUAN dan HALUAN Siswa Kelantan telah menganjurkan
Bengkel Penulisan bersama Dzikrullah W. Paramudia yang merupakan Ketua Editor Brunei Times dan editor SahabatAlqasa dan mantan editor majalah Hidayatullah. Seorang lagi moderator ialah Puan Santi Soekanto juga merupakan Ketua Editor Brunei Time, Ketua Editor Majalah Aulia serta Editor SabahatAlAqsa.
Seramai 25 orang peserta menyertai bengkel penulisan tersebut. Menurut Ustaz Ali Irfan Jamaluddin, Ketua Biro HALUANSiswa Kelantan, tujuan bengkel ini bertujuan mendedahkan kepada para peserta mengenai asas-asas kewartawanan dan pelaporan media. Bengkel ini lebih kepada perkongsian mengenai teknik-teknik asas untuk menulis berita. Peserta juga telah diberi tugasan untuk mencari dan menulis berita sendiri.
Pihak penganjur berharap supaya peserta mendapat ilmu yang bermanfaat dalam bidang penulisan dan mudah-mudahan para peserta dapat menghasilkan artikel atau berita yang terbaik. Majlis penutup telah disempurnakan oleh Cikgu Kamaruddin Deraman, Naib YDP HALUAN Kelantan. Dalam ucapan penutup tersebut, beliau mengajak para peserta menjadikan bidang penulisan sebagai salah satu medan dakwah bagi menyebarkan kebenaran dan kebaikan.















