H A L U A N S i s w a

Bersahsiah Dekat & Bererti

You are here: Laman Utama HS Wilayah Utara Ukhwah Dipupuk! Iftar Jama'ie HALUANSiswa Wilayah Utara

Ukhwah Dipupuk! Iftar Jama'ie HALUANSiswa Wilayah Utara

E-mail Print PDF

ALOR SETAR, 11 September - HALUANSiswa Wilayah Utara telah

menganjurkan majlis iftar jama'ie bertempat di Ko-Insan, Alor Star, Kedah pada 11 september 2009 yang lalu. Tentatif program ini ialah majlis berbuka puasa, diikuti dengan solat Maghrib, Isya, dan terawikh secara berjemaah, serta qiamullail. Majlis ini telah dihadiri oleh 47 orang siswa dan siswi daripada pelbagai institusi pengajian di bahagian utara semenanjung Malaysia, iaitu KTDN, UUM, USM, KUIN dan Qassah MATRI.

 

Majlis bermula dengan ketibaan hadirin bermula sebelum 7.00 petang, 11 September. Namun begitu, peserta dari USM, Pulau Pinang tiba selepas Maghrib. Setelah berbuka dengan jamuan ringan, hadirin bersolat maghrib kemudian barulah menjamu selera dengan hidangan nasi dan lauk-pauk. Setelah itu, hadirin menunaikan solat isya, berterawikh dan solat sunat witir berjemaah.

Majlis diteruskan dengan sesi ta'aruf, iaitu sesi perkenalan sesama peserta. Hadirin perlu memperkenalkan nama, maksud nama, asal dan institusi pendidikan. Sesi ini memberi peluang kepada hadirin untuk memperkenalkan diri masing-masing di samping mengenali peserta lain. Ta'aruf amat penting dalam membina ukhuwah sesama insan. Sesi ini hanya mengambil masa 30 minit, kemudian pada 10.30 malam diadakan pula sesi bersama Cikgu Azmi. Cikgu Azmi memberi tazkirah tentang kepentingan takwa, pentafsiran ketuhanan tidak dengan kemanusiaan, tentang galakan mencontohi ibadah para sahabat serta kepentingan ibadah pada sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan demi mencari malam lailatul qadar, iaitu malam yang lebih baik berbanding ibadah dalam seribu bulan. Cikgu Azmi merupakan seorang pendidik di MATRI, Beseri, Perlis.

Setelah itu, majlis diteruskan oleh Saudara Fadhli bin Mohd Diah yang memberi penerangan kepada hadirin serba sedikit tentang HALUAN, HALUANSiswa, dan HALUANSiswa Wilayah Utara dari segi tujuan, objektif dan halatujunya. Sesi ini berakhir pada jam 11.30 malam.

Setelah berkemas dan bersiap, iaitu menyusun atur semula peralatan di madrasah Ummi, hadirin mula meninggalkan SeRU menuju ke Masjid Zahir yang terletak di pusat bandar Alor Star untuk beriktikaf dan qiamullail. Namun terdapat sedikit masalah bagi pihak muslimat dimana pihak masjid tidak dapat membenarkan peserta muslimat masuk ke dalam masjid bahagian muslimat, atas sebab tidak memohon kebenaran awal. Setelah perbincangan dan musyawarah, peserta muslimat berkeputusan untuk bermalam di SeRU sahaja

Program qiamullail bermula pada pukul 3.30 pagi. Peserta muslimin ikut serta program qiamullail yang dianjurkan oleh pihak Masjid Zahir, manakala peserta muslimah tiba di masjid pada pukul 4.15 pagi dan terus ikut serta solat sunat tasbih yang sedang ditunaikan secara berjemaah. Program Qiamullail ini dimulai dengan solat sunat tahajjud, solat sunat taubat diikuti dengan solat sunat tasbih secara berjemaah yang diimamkan oleh imam Masjid Zahir. Kemudian, para peserta ikut bersahur bersama jemaah masjid yang lain. Hidangan sahur ini disediakan oleh pihak Masjid Zahir.  Terima kasih kepada pihak pengurusan Masjid Zahir.

Peserta program iftar jama'ie bersurai setelah bersolat jemaah bersama-sama jemaah masjid. Semoga program perkampungan ibadah seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan, dan semoga ukhuwwah yang terbina tidak terhenti begitu sahaja, malah dipereratkan lagi.

Disediakan oleh;
(NORASHIKIN RAHMAT)
Setiausaha,
HALUANSiswa Kedah

 

Siapa Kami?

Kelab Siswa HALUAN Malaysia (HALUANSiswa) ialah sebuah kelab yang ditubuhkan di bawah HALUAN Malaysia. Kelab ini menjadi platform kepada ahli-ahli yang terdiri daripada semua mahasiswa institusi pengajian tinggi awam dan swasta sama ada di dalam atau di luar negara untuk bergabung tenaga bagi menjayakan visi dan misi HALUAN. PPM 969/88

Who's Online

We have 9 guests online

Counter

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday250
mod_vvisit_counterYesterday469
mod_vvisit_counterThis week2030
mod_vvisit_counterLast week3676
mod_vvisit_counterThis Month4804
mod_vvisit_counterAll days291768