H A L U A N S i s w a

Bersahsiah Dekat & Bererti

You are here: Laman Utama HS Wilayah Utara 45 Pelajar Ikuti Kem Smart Tahfiz Pelajar Sekolah Rendah di Pulau Pinang

45 Pelajar Ikuti Kem Smart Tahfiz Pelajar Sekolah Rendah di Pulau Pinang

E-mail Print PDF

PERMATANG PAUH, 11 Disember – HALUAN Pulau Pinang dengan

kerjasama Jawatankuasa Masjid Al Falah, Pengkalan Tambang, Permatang Pauh telah menganjurkan Kem Smart Tahfiz dari 4 Disember hingga 11 Disember baru lalu. Kem ini dihadiri oleh seramai 45 orang pelajar dari tahun 1 hingga tahun 5. Mereka terdiri daripada  28 orang pelajar lelaki dan 17 orang pelajar perempuan.

Melalui kem ini, anak-anak telah dilatih untuk menghafal surah-surah dalam Juz Amma dan membetulkan tajwid. Di samping aktiviti asas ini, ceramah motivasi, tayangan video, riadhah dan gotong royong juga telah diadakan.

Rata-rata peserta melahirkan rasa puas hati dengan perjalanan program ini. Bersandarkan kepada kejayaan program kali ini, pihak penganjur bercadang untuk mengadakan program yang sama pada cuti sekolah yang akan datang.

Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah dilaksanakan oleh YDP HALUAN Pulau Pinang, Tuan Haji Dr. Ismail Bin  Jusoh, dan Pengerusi Jawatankuasa Masjid, Cikgu Zaini Bin Mohd Zain.

 

Siapa Kami?

Kelab Siswa HALUAN Malaysia (HALUANSiswa) ialah sebuah kelab yang ditubuhkan di bawah HALUAN Malaysia. Kelab ini menjadi platform kepada ahli-ahli yang terdiri daripada semua mahasiswa institusi pengajian tinggi awam dan swasta sama ada di dalam atau di luar negara untuk bergabung tenaga bagi menjayakan visi dan misi HALUAN. PPM 969/88

Who's Online

We have 15 guests online

Counter

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday276
mod_vvisit_counterYesterday469
mod_vvisit_counterThis week2056
mod_vvisit_counterLast week3676
mod_vvisit_counterThis Month4830
mod_vvisit_counterAll days291794