
Program dimulakan dengan perkongsian rasa bersama En. Rosdi bin Baharom. Beliau membicarakan tentang Cinta & Kebahagiaan. Sesi forum adalah sesi yang dinanti-nantikan oleh para peserta di mana mereka berpeluang untuk mengetengahkan masalah dan konflik yang mereka hadapi semasa di kampus. Tiga panel berkaliber telah diundang khas; En. Rosdi Baharom, Pn Nurhashimah Abd Wahid dan Us Ali Irfan Jamaluddin.
Majlis berakhir dengan ucapan penutup oleh Pn Mardziah Kamaruddin, pensyarah Politeknik Syed Sirajuddin dengan memberi beberapa ungkapan nasihat buat para peserta. Semoga seminar seperti ini akan terus dianjurkan pada semester yang akan datang kerana sambutan dan respon para mahasiswa kampus amat menggalakkan. Semoga Allah meredhai perjalanan program dan merahmati setiap peserta yang hadir.














