
GOMBAK, 26 Julai - Satu seminar telah diadakan di Dewan Utama Fakulti Kejuruteraan, Universiti Islam
Antarabangsa yang dilangsungkan pada pukul 8 pagi sehingga jam 5 petang. Seminar Kesejahteraan Mahasiswa kali ke-4 atau lebih dikenali dengan nama SKEMA ini bertemakan “Pendidikan Terancang Teras Kecemerlangan Rabbani”. Seramai 98 orang siswa dan 164 orang siswi telah menghadiri seminar ini. Para peserta terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi IPTA dan IPTS Wilayah Tengah. Objektif SKEMA pada kali ini membawa objektif untuk menyuntik kesedaran terhadap kepentingan kecemerlangan akademik di IPT dan hubungannya dalam menangani permasalahan umat Islam serta membangkitkan keperihatinan siswa terhadap isu-isu yang melanda umat Islam pada masa kini.
Seawal jam 9 pagi para peserta telah pun mendaftar di lobi dewan utama dan berpusu-pusu untuk masuk ke dewan utama. Kata-kata aluan dan sedikit taklimat telah disampaikan oleh wakil HALUANSiswa UIAM dan ditambah lagi dengan bacaaan Al-Quran, surah Al-Furqan ayat 61 hingga 77. Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian oleh yang berbahagia, Dr Ugi Suharto yang membawa tajuk “Kecemerlangan Dari Perspektif Islam”. Dalam ucapannya, “Apabila tercapai tujuan sesuatu perkara, maka perkara itu menjadi sangat berharga. Tetapi sekiranya tidak tercapainya tujuan sesuatu perkara maka tiada nilainya dan dianggap tidak berharga. Justeru, sekiranya manusia tidak mencapai tujuan hidupnya iaitu untuk berubudiah kepada Allah maka tiada nilainya kehidupan manusia itu”, katanya.
Majlis seterusnya disajikan dengan ceramah yang bertajuk “ Pendidikan Terancang Teras Kecemerlangan Rabbani ” oleh Ustaz Noorkhairan Nordin yang dijemput khas dari Kolej Komuniti Sabak Bernam yang banyak menekankan sifat-sifat umat Islam cemerlang menurut kaca mata Islam.
Majlis disusuli dengan acara kemuncak iaitu “Forum Peranan Mahasiswa dan Survival Ummah” yang dikendalikan oleh saudara Azrul Aminurrashid dan membawa ahli panel yang berkaliber dan dijemput khas terdiri daripada saudari Hafizah, PhD Usuluddin di Universiti Malaya, saudara Shakir Sabarudin, graduan kajiukur UIAM dan bekerja sebagai QS dengan syarikat consultant dan saudara Khalid Al-Walid, graduan Kulliyyah of Law dan bekerja sebagai peguam. Dalam forum banyak aspek yang ditekankan seperti peranan mahasiswa dalam memastikan survival ummah, masalah umat islam yang kebayakannya menyokong atau menyumbang kepada org kafir atau zionis untuk membunuh umat islam di Negara luar ciri-ciri mahasiswa yang perihatin terhadap
survival ummah pada masa kini dan banyak menyentuh 3 persoalan hidup iaitu dari mana kita datang, apa tujuan kita di datangkan dan ke mana kita akan pergi selepas ini serta kerja-kerja Islam yang perlu dilakukan sebagai seorang mahasiswa.
Saudara Shakir dalam komentarnya mengambil kata-kata “Sheikh Muhammad Ar-Rasyid dalam tulisannya, “Gilaplah hati-hati kamu dengan keletihan” membawa maksud yang sangat mendalam untuk membangkitkan hamasah dalam membawa kerja-kerja islam.”Kelangsungan ummah itu berjaya disebabkan oleh kelangsungan individu. Individu adalah diibaratkan satu batu bata kepada satu bangunan ummah”.
Majlis ke ucapan penutup yang disampaikan oleh Saudara Anaqi Ahmad Saleh yang merupakan Pengerusi HALUANSiswa dan dalam ucapannya beliau bersyukur kepada Allah SWT kerana Seminar kali ini berjalan dengan lancar dan berharap agar seminar memberi impak yang besar dan memupuk semangat mahasiswa dan mahasiswi dalam memastikan peranan mahasiswa dalam memastikan survival ummah terlaksana. Majlis ditutup dengan sedikit cenderahati kepada para penceramah dan ahli forum dan diakhiri dengan tasbih kafarah dan surah Al-‘Asr.
Laporan Oleh: Saudara Adam Kadir (SU HALUANSiswa WTH)
Foto: Saudara Muttaqi (Media HS)














