H A L U A N S i s w a

Bersahsiah Dekat & Bererti

You are here: Laman Utama HS Wilayah Tengah Menyuburkan Roh Ramadhan al Mubarak Bersama SiswaHALUAN Shah Alam

Menyuburkan Roh Ramadhan al Mubarak Bersama SiswaHALUAN Shah Alam

E-mail Print PDF

SHAH ALAM, 25 Ogos – Kehadiran bulan Ramadhan telah dimanfaatkan

sepenuhnya oleh SiswaHALUAN Shah Alam dalam rangka untuk menyuburkan lagi ruh Ramadhan al-Mubarak disamping memperkukuh ukhwah islamiyah. SiswaHALUAN Shah Alam telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa bertempat di Al Kahfi Community Centre, Shah Alam pada 25 Ogos yang lalu.

Pada jam 7.20 malam menandakan waktu berbuka puasa dan juadah ringan dijamu sebelum diteruskan dengan solat Maghrib berjemaah. Seusai solat Maghrib, majlis diteruskan lagi dengan sesi tazkirah yang disampaikan oleh En. Ahmad Shahbudin wakil dari HALUAN Shah Alam. Tazkirah yang disampaikan lebih banyak menjurus kepada merasai kepentingan memperbanyakkan ibadah di dalam bulan ramadhan.

Beliau mengajak SiswaHALUAN bersama-sama mengambil peluang yang ada sebaik-baiknya untuk memperolehi janji-janji Allah SWT di bulan Ramadhan ini. Dalam kesibukan melayani pengajian dan urusan-urusan seharian yang lain, janganlah diabaikan tanggunjawab menyediakan perbekalan di hari kemudian sebagaimana kata Saidina Ali RA: "Dunia adalah tempat beramal tanpa pembalasan, akhirat pula adalah tempat menerima pembalasan tanpa ada lagi peluang untuk beramal". Tazkirah ditutup dengan bacaan doa Rabithah.

Majlis diteruskan dengan jamuan makanan berat berkonsepkan "pot luck" yang dibawa oleh sendiri oleh rakan-rakan SiswaHALUAN Shah Alam. Pelbagai juadah disajikan dari nasi ayam, lauk pauk, kuih muih, aneka minuman dan pencuci mulut. SiswaHALUAN seterusnya bersama-sama solat terawikh di Masjid Negeri Shah Alam.

Semoga pertemuaan yang bertahtakan ukhwah ini dapat diteruskan dari masa ke semasa bagi memupuk semangat persaudaraan Islam yang sebenarnya.

 

Siapa Kami?

Kelab Siswa HALUAN Malaysia (HALUANSiswa) ialah sebuah kelab yang ditubuhkan di bawah HALUAN Malaysia. Kelab ini menjadi platform kepada ahli-ahli yang terdiri daripada semua mahasiswa institusi pengajian tinggi awam dan swasta sama ada di dalam atau di luar negara untuk bergabung tenaga bagi menjayakan visi dan misi HALUAN. PPM 969/88

Who's Online

We have 14 guests online

Counter

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday271
mod_vvisit_counterYesterday469
mod_vvisit_counterThis week2051
mod_vvisit_counterLast week3676
mod_vvisit_counterThis Month4825
mod_vvisit_counterAll days291789