H A L U A N S i s w a

Bersahsiah Dekat & Bererti

You are here: Laman Utama HS Wilayah Tengah HALUANSiswa Shah Alam bersama di Iftar Jamaie HALUAN Shah Alam & Klang

HALUANSiswa Shah Alam bersama di Iftar Jamaie HALUAN Shah Alam & Klang

E-mail Print PDF

SHAH ALAM, 31 Ogos – Merasai Ramadhan yang kian menyusul, HALUANSiswa

Shah Alam bersama HALUAN Shah Alam & Klang telah bersama-sama mengadakan Iftar Jamaie pada 31 Ogos yang lalu. Majlis ini telah dihadiri oleh ahli-ahli HALUAN muslimin dan muslimat, serta siswa dan siswi di institusi pengajian di sekitar Shah Alam & Klang. Ianya telah diadakan di rumah aktivis HALUAN Shah Alam, Sdr. Ahmad Shahbudin yang terletak di Seksyen 6, Shah Alam.

Seawal jam 5.30 petang, majlis ini dimulakan dengan sesi tazkirah yang disampaikan oleh tetamu jemputan yang berbahagia Dr Ugi Suharto, pengajar Universiti di Qatar dan dipengerusikan oleh yang berbahagia Sdr. Hasbullah selaku Yang Dipertua HALUAN Shah Alam Klang. Tazkirah yang disampaikan lebih banyak menyentuh tentang fadhilat Ramadhan, ibadah sunnah di dalam bulan Ramadhan dan kepentingan menjaga Al-Quran.

Beliau mengingatkan bahawa pertuturan yang tidak dikawal dalam puasa Ramadhan mungkin memerangkap seseorang itu dalam kancah dosa umpatan atau pembohongan. Kedua-dua itu merosakkan kelebihan puasa. Seseorang akan kehilangan janji rahmat dan keampunan daripada Allah SWT. Kesemua sikap sederhana di atas disimpul dalam hadith baginda yang berbunyi:


اَرْبَعٌ اِذَا كُنَّ فِيْكَ فَلاَ عَلَيْكَ مِمَّا فَاتَكَ مِنَ الدُّنْيَا: حِفْظُ أَمَانَةٍ وَصِدْقُ حَدِيْثٍ وَحُسْنُ خَلِيْقَةٍ وَعِفَّةُ مِنْ طُمْعَةٍ

Empat perkara yang apabila ada padamu, tidak akan merugikan apapun (peluang) dunia daripadamu, iaitu: memelihara amanah, tutur kata yang benar, akhlak yang baik dan bersih dari tamak

(Hadith Riwayat: Ahmad)

Terdapat manusia yang berasa rugi dalam kehidupannya apabila dia tidak berbohong, tidak bercakap banyak dan tidak membolot peluang orang lain. Namun hadith di atas menerangkan sebaliknya, bahawa dunianya tidak akan rugi. Dia akan dipercayai oleh manusia, dan diberkati Allah.


مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الأَخِرِ فَلْيَقلْ خَيْرًا اَوْ لِيَصْمُتْ

Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, hendaklah ia berkata yang baik atau diam

(Hadith Riwayat: Bukhari dan Muslim)

Beliau turut menegaskan bahawa, ketika kita rasa letih berpuasa jangan diungkapkan sesalan, tetapi hendaklah kita bersabar atas ujian letih yang sedikit itu. Ini adalah sesuai dengan Ramadhan digelar sebagai ‘syahru sabar’, bulan kesabaran. Tazkirah tersebut diteruskan dengan sesi soal jawab daripada HALUANSiswa sehingga 10 minit sebelum azan berkumandang.

Pada jam 7.20 malam menandakan waktu berbuka puasa dan juadah ringan dijamu sebelum diteruskan dengan solat Maghrib berjemaah. Seusai solat Maghrib, majlis diteruskan dengan jamuan makanan berat berkonsepkan "pot luck" yang dibawa oleh sendiri oleh ahli-ahli HALUAN. Pelbagai juadah disajikan dari nasi ayam, lauk pauk, kuih muih, aneka minuman dan pencuci mulut.

 

Siapa Kami?

Kelab Siswa HALUAN Malaysia (HALUANSiswa) ialah sebuah kelab yang ditubuhkan di bawah HALUAN Malaysia. Kelab ini menjadi platform kepada ahli-ahli yang terdiri daripada semua mahasiswa institusi pengajian tinggi awam dan swasta sama ada di dalam atau di luar negara untuk bergabung tenaga bagi menjayakan visi dan misi HALUAN. PPM 969/88

Who's Online

We have 16 guests online

Counter

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday276
mod_vvisit_counterYesterday469
mod_vvisit_counterThis week2056
mod_vvisit_counterLast week3676
mod_vvisit_counterThis Month4830
mod_vvisit_counterAll days291794