H A L U A N S i s w a

Bersahsiah Dekat & Bererti

You are here: Laman Utama HS Wilayah Tengah Iftar Jama'ie bersama Kelab Remaja HALUAN (KeARAH) di Shah Alam

Iftar Jama'ie bersama Kelab Remaja HALUAN (KeARAH) di Shah Alam

E-mail Print PDF

SHAH ALAM, 7 September – SiswaHALUAN Wilayah Tengah dan HALUAN

Shah Alam Klang telah menghadiri Program Iftar Jama’ie bersama remaja-remaja HALUAN anjuran Kelab Remaja HALUAN (KeARAH) di Pejabat HALUAN yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam. Seramai 25 orang muslimin, siswa dan remaja hadir di majlis ini dalam rangka untuk mendekati para remaja bersama-sama menyuburkan ruh Ramadhan al Mubarak.

Majlis ini dimulakan dengan tazkirah daripada yang berbahagia Ustaz Adni Abd Razak dan dipengerusikan oleh yang berbahagia Sdr. Hasbullah selaku YDP HALUAN Shah Alam, Selangor. Tazkirah yang disampaikan lebih banyak menyentuh tentang fadhilat Ramadhan dan kepentingan menjaga Al-Quran serta kepentingan memahaminya. Tazkirah tersebut berlangsung sehingga 20 minit sebelum azan berkumandang.

Seterusnya, hadirin dijamu dengan juadah berbuka yang lazat dan enak. Program seperti banyak memberikan banyak manfaat seperti merasai kepentingan memperbanyakkan ibadah di dalam bulan Ramadhan Al Mubarak, memupuk semangat ukhuwah antara remaja, pelajar IPT dan aktivis-aktivis HALUAN, serta berkongsi kegembiraan ketika berbuka.

Kelab Remaja HALUAN (KeARAH) adalah salah sebuah kelab di bawah HALUAN yang melaksanakan aktiviti pendidikan yang melibatkan remaja yang masih di bangku sekolah rendah dan menengah.  KeARAH bermottokan ‘Ke Hadapan, Aktif dan Responsif’ telah melakukan pelbagai pendekatan bagi menarik minat golongan remaja untuk melibatkan diri dalam program-program pembangunan insan, kecemerlangan akedamik, di samping melatih mereka dalam aktiviti  kemasyarakatan dan kesukarelaan. Turut hadir di majlis ini Sdr Mohd Nasarudin bin Abdul Manaf selaku Pengerusi Kelab Remaja HALUAN (KeARAH) Kebangsaan.

 

Siapa Kami?

Kelab Siswa HALUAN Malaysia (HALUANSiswa) ialah sebuah kelab yang ditubuhkan di bawah HALUAN Malaysia. Kelab ini menjadi platform kepada ahli-ahli yang terdiri daripada semua mahasiswa institusi pengajian tinggi awam dan swasta sama ada di dalam atau di luar negara untuk bergabung tenaga bagi menjayakan visi dan misi HALUAN. PPM 969/88

Who's Online

We have 17 guests online

Counter

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday264
mod_vvisit_counterYesterday469
mod_vvisit_counterThis week2044
mod_vvisit_counterLast week3676
mod_vvisit_counterThis Month4818
mod_vvisit_counterAll days291782