
SHAH ALAM, 14 September – HALUANSiswa Wilayah Tengah telah turun padang
membantu sekretariat HALUANPalestin dalam menjayakan ceramah Palestin atau road show Palestin dan kutipan derma Palestin di Surau Sekyen 8, Shah Alam. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh wakil Rabithah Ulama Palestin Sheikh Ahmad Abu Sousa (Koordinator Bantuan Kemanusiaan) anjuran HALUANPalestin dengan kerjasama KESUMA JAKIM. Ceramahnya diterjemahkan oleh seorang pelajar Malaysia yang pulang bercuti belajar dari Syria.

Hampir 250 orang jemaah yang merupakan penduduk setempat dan juga penduduk dari luar seperti daerah Kelang dan lain-lain lagi hadir bersama di majlis tersebut. Ceramah dilaksanakan sebaik selepas sahaja menunaikan solat sunat Terawikh. Dalam ceramah tersebut, Sheikh Ahmad Abu Sousa menyatakan peranan mempertahankan masjidil Al-Aqsa bukan sahaja terletak pada bahu penduduk Palestin sahaja malahan peranan ini perlu dipegang oleh umat Islam seluruh dunia.
Beliau menegaskan lagi bahawa, dalam hadis Rasulullah, Rasulullah s.a.w. bersabda yang membawa maksud bahawa “Barangsiapa yang tidak mengambil berat atau tidak memperdulikan isu-isu umat islam yang lain maka dia bukan dari golonganku ( umat Rasulullah)”.
“Al-Aqsa adalah bukan hanya milik umat Palestin atau ummat Arab, tetapi ia adalah milik umat Islam seluruh dunia. Ummat Islam wajib berusaha dan berjihad untuk membebaskannya dari cengkaman musuh-musuhnya seperti apa yang berlaku pada hari ini. Al-Aqsa telahpun diwariskan kepada umat Islam oleh Khalifah Islam yg kedua iaitu Syaidina Ummar Al-Khatab kemudian oleh Panglima Sallehuddin Al-Ayubi setelah beliau dapat membebaskan kembali Al-Aqsa dari tentera Salibi. Umat Islam di Palestin telah mendapat amanah untuk mempertahankan Al-Aqsa sejak dari Sultan Abdul Hamid ke-2, setelah beliau diturunkan dari tahtanya dalam tahun 1927.”

“Al-Aqsa adalah kiblat pertama ummat Islam seluruh dunia, Al-Aqsa adalah penghubung bumi dan langit, Al-Aqsa adalah tempat yang diberkahi oleh Allah seperti di dalam surah Al-Isra’:1, Palestin adalah tempat lahir, tempat jihad dan semadinya Rasul-rasul dari kalangan Bani Israel, Al-Aqsa adalah masjid ketiga suci di dalam Islam setelah Masjid Al Haram dan Masjid An Nabawi, Al-Aqsa adalah tempat di mana baginda Nabi SAW mengimami Rasul-rasul yang lain yang menandakan berlakunya perubahan kepimpinan dunia dari Bani Israel kepada Umat Islam.”
Majlis diakhiri dengan tayangan video Palestin setelah selesai sahaja menunaikan solah sunat witir. Video tersebut menayangkan gambar-gambar dan video yang terbaru yang dibawakan khas untuk tontonan umum. Sebahagian besar gambar dan klip yang ditayangkan ini belum pernah disiarkan oleh mana-mana media massa sama ada di dalam ataupun luar negara. Gambar-gambar mayat yang bergelimpangan dilatari lagu instrumental yang meruntun hati.Hadirin yang hadir pada malam tersebut sungguh tertarik dan tersentuh dengan tayangan video tersebut.

Majlis yang sungguh bermakna itu berjaya mengutip hampir RM 40 000. Pihak HALUANPalestin sangat berterima kasih ke atas sokongan padu yang diberikan oleh penduduk Shah Alam dan Klang serta tidak dilupakan kepada tenaga kerja HALUANSiswa Wilayah Tengah yang membantu menjayakan program terebut.
Semoga segala amal dan infaq yang diberikan menjadi medan untuk kita berjihad di jalan –Nya. Membebaskan Palestin adalah tanggungjawab umat Islam. Semoga Allah SWT akan terus menghidupkan hati-hati kita. Marilah kita sama-sama bersatu untuk Palestin!!














