H A L U A N S i s w a

Bersahsiah Dekat & Bererti

You are here: Laman Utama HS Wilayah Tengah Karnival Futsal Ukhwah Close Challenge Meriah

Karnival Futsal Ukhwah Close Challenge Meriah

E-mail Print PDF

SHAH ALAM, 24 OktoberĀ  - Biro Sukan & Rekreasi HALUANSiswa Wilayah

Tengah buat julung kalinya telah berjaya menganjurkan Karnival Futsal Ukhwah Close Challenge 2009 bertempat di Frenzy Futsal, Shah Alam pada 24 Oktober yang lalu. Sebanyak 8 buah pasukan dengan penyertaan lebih 70 orang pemain dari sekitar IPT di Negeri Selangor telah bertanding untuk merebut kejuaraan tersebut. Karnival futsal pada kali ini lebih meriah dengan kehadiran pasukan jemputan dari Team ALIRAN (JIM-IPT) serta pasukan dari HS Melaka, HS UiA Gombak & HS USIM Nilai. Manakala HS UiTM Shah Alam & HS MIAT masing-masing dengan dua pasukan.

Peserta mendengar ucapan perasmian

Program telah dirasmikan oleh Pengerusi HALUAN Shah Alam, Selangor, Sdr. Nor Hasbullah Omar. Menurut Sdr. Nur Hasbullah Omar, Islam juga amat menitikberatkan tentang pentingnya seseorang itu menjaga kesihatan fizikal. Ini kerana tubuh badan yang sihat akan melahirkan akal yang cerdas dan bijak sebagaimana dinyatakan di dalam sebuah kata-kata hikmah yang membawa maksud : "Akal yang sihat dan bernas hanya terdapat pada orang yang memiliki tubuh badan yang sihat". HALUANSiswa bukan hanya sekadar menganjurkan futsal untuk hiburan dan meningkatkan kesihatan peserta, tetapi dalam masa yang sama mengajak para peserta yang majoritinya generasi mahasiswa supaya merasai kenikmatan dalam berukhwah.

Menurut Pengarah Program, Sdr. Muhammad Radhi Bin Abdul Rahman yang juga merupakan Ketua Biro Sukan & Rekreasi HALUANSiswa Wilayah Tengah, antara objektif utama pertandingan ini dianjurkan adalah untuk memperkukuhkan lagi ikatan ukhwah islamiyah dikalangan ahli SiswaHALUAN di samping melahirkan mahasiswa yang sihat tubuh badan.

Pasukan UiTM A dari UiTM Kampus Shah Alam telah dinobatkan sebagai juara setelah mengalahkan UiTM B daripada kampus yang sama dengan jaringan satu gol tanpa balas. Hadiah sumbangan telah disampaikan oleh Sdr Shakir Sabaruddin, MT HALUANSiswa Nasional.

Ucapan penutup telah disampaikan oleh Sdr, Khalid Al Walid, MT HALUANSiswa Nasional. Dalam ucapan penutupnya, Sdr. Khalid al Walid telah menggesa para peserta agar memperkukuhkan lagi ikatan ukhwah ini kerana ikatan ini semakin lesu ditelan zaman. Beliau juga berharap supaya semua peserta sedar bahawa sukan adalah merupakan aktiviti yang penting untuk digiatkan oleh para mahasiswa, malahan ianya juga merupakan satu ibadah kepada ALLAH SWT.

 

Siapa Kami?

Kelab Siswa HALUAN Malaysia (HALUANSiswa) ialah sebuah kelab yang ditubuhkan di bawah HALUAN Malaysia. Kelab ini menjadi platform kepada ahli-ahli yang terdiri daripada semua mahasiswa institusi pengajian tinggi awam dan swasta sama ada di dalam atau di luar negara untuk bergabung tenaga bagi menjayakan visi dan misi HALUAN. PPM 969/88

Who's Online

We have 9 guests online

Counter

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday244
mod_vvisit_counterYesterday469
mod_vvisit_counterThis week2024
mod_vvisit_counterLast week3676
mod_vvisit_counterThis Month4798
mod_vvisit_counterAll days291762