H A L U A N S i s w a

Bersahsiah Dekat & Bererti

You are here: Laman Utama HS Wilayah Tengah SKEMA V: Mahasiswa Berukhwah Pemangkin Kesatuan Matlamat

SKEMA V: Mahasiswa Berukhwah Pemangkin Kesatuan Matlamat

E-mail Print PDF

PUTRAJAYA, 17 Januari - Seminar Kesejahteraan Mahasiswa Kali Ke-5 (SKEMA V) telah berjaya

diadakan di Auditorium Masjid Putra, Putrajaya. SKEMA V yang bertemakan "Mahasiswa Berukhwah Pemangkin Kesatuan Matlamat"  telah dihadiri 232 orang mahasiswa dan mahasiswi daripada pelbagai institusi pengajian tinggi sekitar Wilayah Tengah iaitu UM, UPM, UIAM, UKM, UiTM Shah Alam, Matrikulasi UIA, USIM, IPB, KUIS, KPM Beranang, Kolej Pusrawi, Kolej Dar Al-Hikmah, Kolej MARA Seremban, IPGM KPI, IPGM KBM, UNIKL MIAT dan IMU.

Slot pertama yang bertajuk “Halaqah Dan Kepentingannya: Zero To Hero” telah disampaikan oleh Dr. Ahmad Tarmizi Hashim, Pegawai Penyelidik Prinsipal MPOB. Dr. Ahmad Tarmizi telah menyentuh tentang keutamaan untuk menghadiri dan melalui proses pendidikan jiwa dalam halaqah. Beliau juga telah menjelaskan pengertian halaqah secara umum iaitu halaqah merupakan kumpulan-kumpulan kecil ataupun usrah yang menjalankan proses didikan terhadap akhlak dan pembinaan sahsiah. Melalui aktiviti halaqah, proses pembentukan jiwa muslim adalah lebih efektif dan mampu melahirkan da’ei yang berkualiti.

SKEMA V diteruskan dengan Slot Kedua iaitu “Peranan Siswa Berdakwah Ke Masyarakat Kampus”. Slot ini telah dikendalikan oleh Encik Mohd. Razali Maarop, Pengerusi Biro Latihan, HALUAN Malaysia. Beliau telah membicarakan tentang persiapan-persiapan yang perlu ada pada setiap mahasiswa untuk menjalankan peranan sebagai seorang pendakwah. Berdasarkan realiti keadaan mahasiswa di kampus sekarang yang kebanyakan mereka diselubungi masalah sosial yang meruncing, eksistensi golongan pendakwah daripada kalangan mahasiswa itu sendiri adalah amat diperlukan dan penting bagi membanteras masalah ini. Oleh itu, beliau menegaskan bahawa perancangan dakwah dan tarbiyah yang terancang sahaja mampu mengembangkan syiar Islam. 

Selepas solat Zohor dan makan tengahari, majlis diteruskan dengan Slot Ketiga yang bertajuk “Bersatu Membebaskan Palestin” oleh saudara dari Palestin iaitu Brother Ahmad, Pelajar Ph.D (UPM) bersama-sama dengan Saudara Muhammad Firdaus (UIAM) dan Saudara Hussein Azeemi (USIM) selaku penterjemah bahasa. Brother Ahmad telah menjelaskan keadaan di Palestin yang dipenuhi dengan sekatan-sekatan. Namun begitu, rakyat Palestin masih mampu menjalankan cara hidup Islam kerana mereka percaya dan yakin dengan janji Allah iaitu jika kita membantu agama Allah, maka Allah akan membantu kita dan menetapkan hati kita.

Sungguhpun terpaksa berdepan dengan situasi yang penuh tekanan, Brother Ahmad menyatakan bahawa mereka masih mampu untuk melahirkan 16000 orang tahfiz Al-Quran. Mereka juga sangat mengutamakan hubungan mereka dengan Allah berbanding hubungan sesama manusia. Oleh sebab itulah, kebanyakan ibu di Palestin sanggup menghantar anak-anaknya ke medan jihad. Brother Ahmad juga turut berpesan kepada hadirin bahawa sangat penting untuk kita mengetahui keadaan semasa di Palestin.                                

Sebelum berakhirnya SKEMA V, Ucapan Penutup telah disampaikan oleh Sdr. Muhammad Zakiran Mahmud, selaku Timbalan Pengerusi 2, Haluansiswa Wilayah Tengah. Beliau berharap agar ukhuwah yang telah terbina dapat mengikat hati-hati kita untuk melaksanakan suruhan Allah S.W.T. dan meninggalkan larangan-Nya. Beliau juga menekankan supaya kita mencagarkan diri kita untuk mendapatkan habuan syurga. Semoga seluruh hidup kita difokuskan dalam medan amal ubudiah kepada ALLAH swt.


Berita oleh: Sdri Noorhanin Dzulkfli
Gambar: Sdr Muttaqie

 

Siapa Kami?

Kelab Siswa HALUAN Malaysia (HALUANSiswa) ialah sebuah kelab yang ditubuhkan di bawah HALUAN Malaysia. Kelab ini menjadi platform kepada ahli-ahli yang terdiri daripada semua mahasiswa institusi pengajian tinggi awam dan swasta sama ada di dalam atau di luar negara untuk bergabung tenaga bagi menjayakan visi dan misi HALUAN. PPM 969/88

Who's Online

We have 7 guests online

Counter

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday250
mod_vvisit_counterYesterday305
mod_vvisit_counterThis week1411
mod_vvisit_counterLast week1955
mod_vvisit_counterThis Month849
mod_vvisit_counterAll days107833